Wednesday, March 1, 2017

Mati

Mati
Bagaimana nanti andainya kita mati, tanpa sempat kita menutup aurat dgn sempurna?
Bagaimana nanti andainya kita mati, tanpa sempat kita bertaubat atas segala dosa yg sengaja dan tidak kita lakukan?
Bagaimana nanti andainya kita mati, sedangkan solat yg menjadi tiang agama itu sendiri jarang sekali kita dirikan?
Bagaimana nanti andainya kita mati, tanpa sempat kita meminta maaf atas segala kesalahan kita terhadap keluarga kita, sahabat kita, jiran-jiran kita...?
Bagaimana nanti andainya kita mati, dengan amalan yg sebesar zarah sedangkan dosa seluas lautan?


Mati.
Bila? Kenapa? Bagaimana?

Selamatkah kita di sana nanti?


Apa rasanya apabila roh terpisah dari jasad??
Apa rasanya apabila hati memberontak utk bersama keluarga, sdgkan kini kau sudah di dalam kubur, keseorangan?
Apa rasanya nanti bila jasad kau ditimbus di dalam tanah? -Tiada cahaya. Tiada udara. Tiada ruang. Tiada suara. Tiada harta.
Apa rasanya bila akhirnya kau sedari bahawa sesungguhnya janji Allah itu benar, Akhirat itu kenyataan, Dunia itu fana?
Apa rasanya bila akhirnya engkau sedari bahawa selama ini engkau terlalu hanyut dgn dunia sehinggakan engkau lupa hakikat sebenar kehidupan?

Hidup utk mati.
Kita di dunia utk kembali kepadaNya.

Tapi.
Kita di sini masih bersuka ria.
Masih terhanyut dgn dunia maya dan gajet.
Masih sombong tidak mahu mencari Dia.
Masih berduka apabila nikmat dunia tidak dirasai.
Masih leka dgn urusan duniawi.
Masih selesa di katil yg empuk tanpa memikirkan nasib saudara kita yg ditindas?
Masih jahil tidak mahu mencari ilmuNya yg tak akan prnh habis digali.
Masih risau dgn pandangan manusia andai kita tidak spt mereka.
Masih hanyut mencari cinta manusia. Sedangkan cinta kita terhadap Dia?

Mati.
Andai esok aku mati, aku mahu pinta kpdNya, kembalikan aku di dunia

-kerana aku mahu ibadatku, hatiku, hidupku dan matiku hanya demi Dia.


No comments:

Post a Comment