Wednesday, May 6, 2015

Asal Lah

Asal lah aku ni

Selalu sgt terlanjur bicara

Berkata tanpa ada sela

Membuka minda, berfikir seketika

Apa perlu aku berkata-kata?

Atau diam menyimpan bicara?

Kadang hati tak tahan

Bila perkara mungkar dibiar sahaja

Tapi diri sedar juga, "kau pun apa kurangnya"


Asal lah aku ni

Tak reti bercakap sibuk nak bercakap

Tak sedar diri sbnrnya sdg diperhatikan

Dlm diam ditertawakan


Asal lah aku ni

Dilahirkan utk selalu menyakitkan

Jarang sekali menggembirakan

Mengundang rasa tak selesa pd insan yg mendengar


Kadang hati berkata

Teruskan saja

Kau juga punya hak berbicara

Seperti mereka

Akal pula menyapa

"Sehingga kau sanggup dipandang hina?"


Asal lah aku ni

Niat semata-mata nak bertanya

Tapi berakhir dgn salah faham

Farah, mgkn kau patut senyap

"Tapi aku tak boleh senyap"


Apa kau ckp ni Farah?

Tiada apa...

Sekadar mengenang dosa semalam

Monday, May 4, 2015

Pesan utk Kita

First of all, i would like to say that im trully sorry if this entry might offense people out there. Chill, this is a gentle reminder for me myself as well :) Lapangkan hati dan dada. Buka minda dan jiwa :) Pesan utk saya, awak, dia dan mereka. Pesan utk kita :)

Tak faham. Serius aku tak faham. Lelaki, kau ckp kau sayang dia. Kau ckp kau cinta dia. Perempuan itu. Tapi apa buktinya kata-kata kau? Aku tgk, kau selamba pegang tangan dia. Aku tgk, kau selamba cium pipi dia. Aku tgk, tiap masa kau heret dia ke mana-mana. Sedangkan kau dan dia, masih lagi ajnabi antara satu sama lain. Dah nikah ke? Dah halal ke? Hahahaa aku kolot ke bila bertanya mcm ni? Kalau aku dikatakan kolot utk berbicara spt ini, maka aku rela dipulaukan dan ditertawakan seumur hidup dgn gelaran Si Kolot itu.

Perempuan... Ya. Kau lah. Aku juga. Kau kata kau sayang lelaki tu. Kau kata kau cinta lelaki tu. Tapi, jgn jadi naif dan bodoh sgt. Sayang dan cinta, kalau masih belum ada redha drpd Dia, jgn terlalu yakin lelaki tu milik kau. Jgn bodoh sgt utk beri segala apa yg kau punya utk dia. Perempuan. Kalau dia betul-betul cintakan kau, dia akan dtg ke rumah kau mengikut anjuran syariat dan menikahi kau. Bukannya menggunakan kau dan pergi mcm tu je bila dia dah jumpa org yg lebih baik drpd kau. Org yg dia fikir itulah jodoh sbnr dia.

Wahai sang lelaki pencinta wanita. Wahai sang wanita perhiasan dunia...
Kau org Islam. Islam itu indah. Kau tahu, cinta itu indah. Anugerah drpd Allah, utk aku, kau, dia dan mereka. Cinta itu anugerah terindah utk kita.

Tapi, indahkah cinta bila pd awalnya lagi dah dicemari dgn perkara mungkar? Hahahaha kau rasa aku baik ke bercakap mcm ni? Tak, aku juga prnh leka berbalas mesej dgn lelaki itu sehingga aku lupa Allah itu keutamaan aku. Aku lupa, lelaki itu belum tentu pasangan aku yg halal, yg boleh aku byk menghabiskan masa aku utk dia. Kau rasa skrg aku masih menghabiskan masa aku utk dia? Tak. Aku tak nak jadi perempuan bodoh. Kalau dia untuk aku, aku akan biar Allah laksanakan segala perancangan Dia. Aku akan tunggu dan lihat kesudahannya.

Lelaki, ke hulur ke hilir kau bawak dia. Kau rasa dia suka. Ya, dia suka. Perempuan rasa gembila bila kau beri perhatian pd dia. Bawa dia ke mana-mana shj. Menghabiskan waktu bersama-sama. Tak peduli pandangan org sekeliling. Kau kata, "biarlah. aku tak buat apa pun. aku tak pegang dia. aku tak ajak dia buat benda tak senonoh. Cinta aku dan dia adalah cinta islamik. Yg Islam tak larang".....Hahahahaha kau. kelakar. kau tahu? 

Perempuan. Ya. Aku. Kamu semua. Bangga sgt ke tunjuk dia di hdpn kawan-kawan kau? Bangga ke dikatakan pasangan serasi? Sedangkan dia blm tentu pasangan yg halal utk kau pd msa hdpn nanti. Kau bangga, bila org bercakap pasal kau? Kau kata "ah biarlah. aku keluar dgn dia pun aku tutup aurat. jalan-jalan pun kat tmpt ramai org. aku tak kacau org pun. dia dah janji nak kahwin dgn aku". Hahahaaaha perempuan. Semudah itu percaya pd lelaki. Maruah emak dan ayah letak di mana? Persepsi org berbeza-beza. Buka telinga dgr apa org kata. Jgn sombong, merasakan perbuatan kau tak salah. Tak salah dari aspek budaya kita yg semakin jahil, tapi tetap salah dari aspek agama yg kau anuti sejak kau masih bayi.

Lelaki. Aku tak faham. Kau kata kau cinta dia. Kau kata kau sayang dia. Tapi mana usaha kau? Mencari duit sbgi persiapan utk memberi nafkah zahir kpd dia? Yg aku nmpk, semuanya sekadar di bibir cuma. Cinta. Sayang...Terlalu klise bagi aku. Lelaki. Jadilah seorang lelaki. Bkn lelaki di atas ic tapi sbnrnya masih lagi berperangai budak. Matanglah...

Hahahaha kolotnya kau Farah...Bodohnya kau Farah...Apa kau merepek ni??

Silakan. Teruslah gelarkan aku sedemikian rupa.

Org lain sibuk fikir agama. Aku sibuk fikir cinta. 

Oh...mungkin kau lupa cinta itu dtg dari agama?? Dan agama kuat kerana cinta juga??

Teruskan merepek Farah. Tiada siapa nak dgr. Kau hiduplah dlm dunia kau. Biarkan mereka hidup dlm dunia rekaan Barat. Hahahaha 

Lelaki. Kesianlah dkt perempuan tu..Dia mudah cair bila kau mula buka mulut. Dia mudah tewas bila kau mula beri perhatian. Kesianlah dkt perempuan tu. Bila dia cinta kau, dia mmg niat nak kahwin dgn kau. Sbb tu dia setia walau nmpk mcm perempuan bodoh. Tapi kau? Kau tak salah. Mungkin fitrah lelaki mcm tu..Entahlah. Aku tak tahu apa yg bermain di fikiran kau. Tapi, tolonglah hormat dia. Jgn kau biarkan dia memperbodohkan diri dia.

Perempuan. Kentallah sikit! Baru diberi janji manis, kau dah cair. Bukalah mata tu! Jgn mudah sgt percayakan dia. Kau dah nmpk apa yg terjadi dkt perempuan-perempuan lain. Tapi kau tetap biarkan diri kau dikawal hati dan perasaan kau. Kenapa??

Perempuan. Mahalkan diri kau. Hanya utk suami kau. 

Lelaki. Jangan kau ambil kesempatan ke atas makhluk Allah yg Dia cipta dgn 9 nafsu dan 1 akal ni.

Penatlah. Aku penat.

Perempuan. Kau tak kisah ke tayang segala aset kau di hdpn dia? Kau rasa dia suka ke tgk tu semua? Lelaki. Dia tak bodoh. Dia juga ada keinginan utk mencari isteri yg tahu menjaga aurat. Kau. Jgn terikut-ikut dgn apa yg kau tgk kat tv tu.

Lelaki. Garanglah sikit! Tegaslah dgn dia! Kau lelaki. Mana ciri-ciri kepimpinan kau? Lembik. Kau lembik. Kau lembik kalau kau sanggup biarkan perempuan yg kau katakan kau syg tu terus-terusan memperbodohkan diri dia.

Kau percaya pd ayat kalau dah jodoh tak ke mana. Tapi kau tak yakin dgn ayat tu. 

Perempuan. Jadilah wanita. Farah, tolonglah jd wanita. 

Perempuan. Kau kata kau tu fitrahnya lembut. Lembut pd akhlak. Lembut di hati. Tapi bila dia pegang-pegang kau, kau biarkan dia. Biarlah, aku orgnya lembut. Tak sampai hati utk kata "jangan". Aku dah ckp. Jgn jadi bodoh. Kau berlembut bila dia main-mainkan maruah kau?? Jgn jd bodoh. Garanglah sikit! Benda mcm ni tak pyh kau tunjuk kau punya lembut tu.

Kenapa kau emosi? Kau jugak ckp kau pun bknnya baik sgt kan Farah?

Aku mmg suka beremosi. Buat org sekeliling aku benci, meluat dan menyampah pd aku. Mencabar keegoaan mereka. mencabar mereka utk mengakui silap mereka. Aku tahu buang masa aku ckp mcm ni. Tak siapa peduli. Kau skrg hidup di tahun 2015 Farah. Fasa keempat. Zaman di mana semua lebih mementingkan cinta drpd maruah dan agama. Kau bodokan diri kau sendiri Farah. Biar. Mmg ini yg aku lakukan sejak dulu. Memperbodohkan diri aku. Biar. Biar aku terus hidup dlm zaman atuk nenek aku yg semuanya menghormati cinta, anugerah dari Allah. Biar. Biar kau terus hidup dlm zaman manusia memperjudikan cinta. Biar. Biar budaya Barat terus hidup subur dlm jiwa manusia jahiliyah. Farah, kau juga jahil. Biar.



Saturday, May 2, 2015

Saya Sayang Awak 2.0

Bismillah :)

Nurin, aku syg kau. Ye, kau. Kau je kawan aku nama Nurin yg masih setia dgn aku hahaha. Nurin, terima kasih sbb selalu ada dgn aku di saat susah dan sng. Aku tahu dah byk kali aku sebut benda yg sama kan? Nak buat cemana...dah mmg aku syg kau...Hehehe

Nurin, masuk tahun ni baru 3 tahun kita kenal kan? Baru 3 tahun. Sgt singkat kan? Tapi aku syg kau, melebihi syg aku terhadap org-org yg dah lama aku kenal.

Nurin, aku tak sangka yg one day kau akan mainkan peranan yg sgt besar dlm hidup aku. Aku tak prnh sangka bahawasanya org yg aku tak berapa suka dulu tu lah yg aku pggl sahabat skrg. Ya, dulu masa f3 aku tak suka kau sgt. Sbb aku tgk kau ni mcm budak nerd. Pakai glasses, suka baca buku, duduk sorang-sorang, suka melekat dgn Fahira je, suka ckp benda baik-baik je.......Totally different from me. Huwaaa aku minta maaf, sayang. Aku minta maaf sbb prnh tak menyukaimu suatu ketika dahulu...Tapi itu dulu okayyy. Waktu aku belum mengenali kau. Waktu aku belum menyapa Nurin Nabihah dan waktu kau belum menyapa Nur Farah Liyana. Skrg ni alhamdulillah, aku sayangkan kau. Aku suka berkawan dgn kau :)

Nurin, terima kasih sbb ajak aku duduk sebelah kau masa f4. Terima kasih sbb hulurkan Versus dkt aku. Terima kasih sbb kenalkan aku dgn Hlovate. Alhamdulillah, Versus byk mengubah aku drpd Farah yg agak huha huha kpd Farah yg kau kenal selepas tu. Kau perasan kan, dulu sblm aku baca Versus, aku suka update status kat FB. Aku byk bagi pendapat aku kat situ. Aku tak fikir pun apa org nak kata. Aku tak peduli pun kalau pendapat aku dgn mereka bercanggah dan menimbulkan perbalahan. Aku byk membuang masa kerana FB. Tapi lepas aku baca Versus, aku dah jarang update status. Aku selalu berfikir dua tiga kali sblm cakap apa-apa supaya mereka tak salah tafsir dgn apa yg aku cuba nak sampaikan. Aku meraikan setiap pendapat mereka tanpa rasa ego.

Nurin, aku rasa waktu tu Allah mmg nak bagi aku hidayah. Selepas kau bagi aku buku tu, alhamdulillah ustazah Mardiana pulak pilih aku utk masuk Nadwah. Kau pun tahu kan betapa besarnya impak yg aku dpt drpd Nadwah? Dulu, aku jemur baju tak pakai tudung. Aku keluar rumah tak pakai stoking. Aku selalu dgr Hot FM je. Aku paling tak suka dgr IKIM FM, lagi-lagi lagu nasyid. Aku rasa rimas, bosan...Al-Quran pun aku bukak lepas maghrib je. Solat bersepah. Kalau rajin, solatlah. Kalau malas, burn lah. Tapi disebabkan Versus dan Nadwah lah, matlamat kita jadi satu kan, Nurin? Aku dah mula rajinkan diri pakai tudung even masa nak jemur baju je. Aku keluar rumah pakai stoking. Solat mula dijaga. IKIM FM jadi first choice, over Hot FM, Hit FM and Era FM. Playlist aku pun byk lagu Opick, Hijjaz, UNIC....Aku tahu, family aku pun perasan dgn perubahan aku. Alhamdulillah... :)

Nurin, terima kasih :)

Terima kasih sbb tak prnh tinggalkan aku. Tak pernah langsung! Even kau dah masuk BP dan ramai kwn baru pun kau still cari aku, tanya khabar aku...Cuma..aku nak minta maaf sbb selalu ignore kau kat Minda Prima. Aku mengaku aku mmg malas nak tegur kau waktu tu. Aku cemburu. Cemburu tgk kau ramai kwn baru yg baik-baik, sdgkan aku ni siapa jelah kan...Hahahaha maaf teremosi pulak.. Aippp Farah Liyana ni... --"

Kau ingat tak last year kau ada wish birthday aku kat fb? Wish kau tu paaaaaanjang sgt syg. Tapi aku tak bosan pun baca. Sejujurnya, aku terharu bila baca wish kau. Aku gembiraaaaa sgt waktu tu. Kalau lah kau nmpk mcm mana reaction aku masa baca wish kau tu...Serius weh, seolah-olah aku baru dpt mesej drpd pakwe! Hahahaha. Kau jelah yg ingat birthday aku, yg wish birthday aku...Even ayah aku pun buat donno je...Hahaha sampai hati ayah ek? Takpelah, ayah mmg mcm tu...Suka main acah-acah. Errr XD

And Nurin, kau ingat lagi tak last year kita suka berbalas surat? Heheheheh sweet gak kan kita ni? Tapi sampai hati kau ek? Aku tulis surat punyalah berhelai-helai, tapi kau balas balik sehelai jeeee?? Nasib baik kau tulis dpn blkg. But still aku tak puas hati k? Hmph *jeling* Tapi takpelah, my love towards you lagi besar drpd hal remeh temeh camtu XD

Nurin, terima kasih juga sbb bagi aku kekuatan utk lepaskan abg tu kerana Dia. Kau tahu kan abg tu yg pertama utk aku? Susahhh sgt nak lepaskan org yg aku syg :( But you were there. Kau byk bagi dorongan. Lagipun aku tinggalkan dia utk jaga ikhtilat kan? InsyaaAllah Allah akan redha. Dulu masa mula-mula aku lepaskan abg tu, beraaaaat sgt hati aku ni Nurin. Aku buat apa pun mesti teringatkan dia. Tapi alhamdulillah, berkat nasihat yg berterusan drpd kau, dan berkat pertolongan Allah s.w.t juga, hati aku makin tenang. Jalan aku dipermudahkan. Mungkin kerana Allah meredhai pengorbanan tu kan? Skrg ni pun aku dah tak selalu ingatkan abg tu lagi :) Hehehe. Alhamdulillah... :)

Tapi Nurin...skrg aku ada masalah dgn sang Pencipta kita... :( Nurin, kenapa sgt susah utk aku istiqomah? Ke mana hilangnya Farah yg masa f4 f5 tu? Nurin boleh tolong carikan utk saya tak? Please Nurin. Saya rindu Farah yg tu. Saya tak nak Farah yg ni. Farah yg ni tak best. Jahat. Emmm :(

Nurin, maafkan aku. Maafkan aku sbb membiarkan kau menuju ke syurga tanpa teman. Padahal kita dah prnh berjanji nak masuk syurga sama-sama kan? Tapi nmpknya skrg saya dah masuk salah lorong, dan awk sedang menuju ke sana tanpa saya. Nurin, boleh awk tarik saya semula, sebagaimana awk prnh menarik saya dulu? :( Please Nurin, jgn biarkan saya sorang-sorang.... :(

Nurin, aku tak sekuat kau. Aku selalu perhatikan kau. Alhamdulillah, kau sentiasa istiqomah. Kalau kau leka pun mesti tak lama. Tak mcm aku ni. Susah nak istiqomah. Bila dah leka tu, masyaAllah....susahnya nak sedar diri balik.

Nurin, mcm mana nak jaga hati? Aku dah berusaha. Setiap hari bila aku bangkit drpd tidur je aku akan berniat nak jadi hamba Allah yg baru, yg baik. Tapi setiap hari ada saja hasutan syaitan dan godaan nafsu yg berjaya mengawal dan mensesatkan aku. Mcm mana ni Nurin.....Sampai bila aku nak mcm ni......

Nurin, terima kasih sbb selalu ada utk aku. Kau je yg faham masalah aku skrg. Selain Allah, aku dah takde sesiapa nak mengadu. Kau pun tahu mak aku org apa kan dulu? Takkan aku nak cerita pasal ni kat mak aku? Mesti mak aku pun buntu :(

Nurin, aku berharap sgt semoga kau takkan tinggalkan aku. Jangan tinggalkan saya ya Nurin. Saya takut saya tak mampu teruskan semua ni tanpa awk. Awak tahu kan betapa sygnya saya terhadap awak? Betapa perlunya saya akan kehadiran awak dlm hidup saya? Saya berharap, jika ditakdirkan nanti biarlah antara kita berdua, aku yg pergi dulu, bkn kau. Sbb aku takut tanpa kau, aku tiada tmpt utk teman aku cari Allah lagi. Ya, kita tak tahu future kita mcm mana. Mgkn kat luar sana nanti aku akan jumpa ramai org mcm kau. Tapi mereka tu nanti mgkn tak sama mcm awk. Awk je yg fhm saya :')

Nurin, awk insan yg dah byk bantu saya keluar dari zaman tu. Awk insan yg baik. Awk seorang yg kuat. Awk berjuang kerana Allah, kerana agama. Saya mendoakan segala yg terbaik utk awak. InsyaaAllah, kalau saya masuk syurga, saya akan merayu kat Allah utk amik awk juga. Nurin, saya sayang awak. Saya sayang awak kerana Allah Taala. Semoga kita terus bersahabat mcm ni, sampai bila-bila. Infiniti :) Awk jgn prnh tinggalkan saya k? Sayang awk, Nurin Nabihah bt Samsol :)

Assalamualaikum :)

Saya Sayang Awak

"Nurin, tolong akuuuu :'("

"Ye sayangggg. Kenapa ni? :)"

"Aku lost lah.......Tarbiyah sentap aku byk2 weh hahaahahmmmm. Buku apa yg sesuai nak buka pintu hati ek wkwkwkw. Aku mcm org gila skrg hahahahahmmmm"

"Oiii kenapa niiii. Lost mcm mana? Kau buat apa?"

"Entahlaaa :( Hahahahah.........."

"Aip aip. Okay...tell me. Apa mslh kau?"

"Haaa entahlah idk how to say"

"Kau sunyi?"

"Takkk. Bukannn"

"Habis tu....Okey, first, kalau kau down, jgn down lama2"

"pastu :'("

"Dekatkan diri dgn Allah...Tu plg pntg. Kalau kau perlu bersendirian utk dkt dgn Allah, just do it. Cuma dgn mengingati Allah hati akan tenang...Aku rasa kau takde masalah lain dgn manusia kan...Maksudnya, kau buat salah dgn org ke apa ke...Kalau ada, minta maaflah baru tenang... :)"

"I'll try. Ye takde. Masalah dgn sang Pencipta jee :'( Huwaaa"

"Haaa thats it. Mmg, nak dktkan diri dgn Dia is not an easy thing. Sbb kau kena berlawan dgn diri sendiri. Lemahhh je kaki nak melangkah amik wudhu kan? Tu yg kita kena lawan. Sbb nak dpt syurga bkn senang ;) Org yg kuat luar dlm je boleh ;)"

"Betullll. Lemahhh je kaki nak melangkah amik wudhu..... :( :( :(. Entahlah weh asal ntah aku mcm ni haish. Aku tak tahulah start bila aku mcm ni."

"Erm, bersihkan hati dulu ^^ Cuba jauhkan diri dari benda yg melaghakan"

"Apa mksd bersihkan hati?"

"Macam...tgk balik lagu apa yg kau dgr...cerita apa kau tgk...bila kau borak dgn org, topik apa kau borak..Nmpk mcm benda kecik, tapi ada effectnya"

"Apa contoh benda yg melaghakan? Hmmmm aku suka dgr lagu sedih wkwkwkw. Dah lamaaa tak dgr IKIM"

"Alaaa tak semestinya IKIM..haha. Melaghakan tu, membuang masa. Kau tgk cerita kat tv3 maghrib2 tu...Lagha. Kau borak benda2 yg tak pntg, benda yg byk buat kau gelak, lagha. Benda yg sia2. Haaa mcm tu lah"



**************************

:')

A mug of coffee

An armed chair

A morning breeze

A shower of sunshine

A sound of machine

A pile of newspapers

A web in the brain


Thinking of all the sins :')


Friday, May 1, 2015

Perlu ke berpuak???

Assalamualaikum :)

Hai! Rasa mcm kelakar pulak sbb baru tadi update entry lain, skrg sibuk nak update entry baru pulak. Nmpk tak di mana ke-sakai-an dia tu? Hahaha. Enough Farah enough. Straight to da point okay? -.-

Well guys, perlu ke berpuak? Ya, mmg skrg ni kita bkn lagi hidup pd zaman jahiliyah di mana wujudnya pelbagai puak dgn smgt assobiyah yg menebal dlm diri masing-masing. Tapi sedarkah kita yg sebenarnya jauh dlm diri kita tu masih ada lagi sisa-sisa sikap manusia yg tak bertamadun ini? Sedar tak?

Let me ask you first. Apa tu hidup berpuak? Hidup berpuak tu adalah kehidupan sekumpulan manusia yg suka bergaul dlm kumpulan tertentu shj sehingga tidak mahu bercampur dgn org sekeliling. Refresh. Recall. Ada lagi tak manusia mcm ni zaman skrg? Jgn tipu atau buat-buat tak perasan k. Ofc lah masih ada manusia sebegini. Even skrg kita dah berada dlm tahun 2015 pun we are still mundur dlm konteks ni right? Shoot me.

Aku dah lama perhati je kita punya society ni. Suka sgt berpuak. Or dlm bahasa modennya ber-geng. Dulu masa aku sklh rndh ada Geng MCR (My Chemical Romance kot) and Geng SLG (Standard Level Girls). *jap. i really wanna laugh hard right now! hahahahahaha!* Wait, no offense. Aku just nak berikan contoh yg relevan spy korang faham dan sedar apa yg mgkn korang tak sedar selama ni.

Dari aku kecik ke sklh rendah ke sklh menegah sampailah dah hbs sklh menengah ni pun, aku tak prnh lagi jumpa mana-mana tmpt yg takde geng. Tbh, kadang aku bangga dgn diri aku sendiri sbb walaupun aku bknlah jenis yg boleh survive sorang-sorang tanpa kwn, but aku juga tak perlukan geng utk buat aku nmpk valid dan diterima dlm society. Faham tak ayat aku ni?

Aku bkn apa weh...Aku just menyampah sgt dgn budak-budak yg suka bergeng ni.Lagi-lagi bdk-bdk melayu lah. Oh yes, mmg normally org melayu je pun yg suka hidup berpuak ni. Actually, nak bergeng ni is okay. Nothing is wrong with that. Tapi kalau korang ni jenis geng yg sombong dan tak nak mix dgn bdk-bdk lain ni yg eeeee aku rasa mcm nak sepak sorang-sorang bagi sedar yg korang bkn diva ok? -.- Asal nak poyo sgt mcm tu ek? Salah ke kalau kita bergaul dgn semua org? Salah ke kalau kita berkawan dgn semua org? Tak luak apa pun kalau kita tunjukkan sikit semangat muhibbah kita dkt org lain. We live in a country with multi-races remember? And for Muslims, dont forget that in Islam, setiap drpd kita itu bersaudara.

Aku dah penat dgn manusia mcm ni. Sbb apa? Sbb aku dah nmpk byk sgt kesan buruk bila kita hidup berpuak. Pentingkan diri sendiri, susah nak bagi kerjasama, mengumpat mengutuk dan bergosip bila berkumpul...Itu semua dah sinonim lah bila wujudnya puak-puak mcm tu. Puak ANWARINAS lain cerita k. Itu sembang meja kopi. Hahaha.

Back to topic. Ok baiklah. Aku mengaku. Sebenarnya ada sbb lain mengapa aku marah sgt dgn isu ni.
Aku mengaku dulu aku tak ramai kwn. I might say that dorang yg tak nak berkawan dgn aku kot sbb dulu aku ni bdk gemuk yg tak reti senyum dan sgt annoying dan bajet garang. Dan apabila aku takde kwn, aku byk spend time sorang-sorang mcm org bodoh. Yes, mcm org bodoh. Aku cuma memerhatikan betapa taksubnya seseorang manusia tu dgn geng dia yg dia bangga-banggakan tu.

Aku perhatikan je. Aku perhatikan je. Bila kau ada geng, everyting yg kau buat, semua kau buat antara korang-korang je. Lgsg mcm takde feeling nak offer org lain utk join geng korang. Tak salah weh, tak salah. Kalau mmg korang khaskan aktiviti tu just utk korang-korang je tak salah..But takkan la EVERYYYYYTHING yg korang buat korang buat sesama sendiri je? Ishhh tak produktif nya korang ni ya kwn-kwn? -.- At least sekali sekala tu cubalah ajak org lain jugak, especially org yg takde kwn mcm aku ni haa. Aku jeles tau tgk korang keluar outing sama-sama, study sama-sama, berborak sama-sama tapi tak ajak aku pun kan? Rasa diabaikan sgt tau. Aku umpama sekuntum Bunga tahi ayam yg hidup segan mati tak mahu je kadang :(

Lagi satu yg paaaaaling aku geram sgt dgn kewujudan hidup berpuak ni adalah sbb korang tend to bermasam muka dan bergaduh dgn geng lain. Ni acah-acah taiko ke apa? Hahaahahaha XD Well it sounds funny sometimes to think how immature you guys are XD Kalau jenis yg suka gaduh ni aku tahu sbb apa. Ini tak lain tak bkn sbb geng sblh sana lagi hot. Bdk-bdk dia lagi lawa, lagi pandai, lagi kaya, lagi popular...Kannnn? Takyah lah malu-malu awak..Awak mengaku jelahhh. Saya faham okay? Hehehek. And lagi satu korang paling tak suka bila geng sblh sana cuba nak rampas salah sorang drpd geng korang kannn? Kiranya mcm...weh Mat Dodol ni budak aku lah. Asal  kau nak tarik dia masuk geng kau pulak? Ishhh kemon guys, jgn bergaduh mcm tu please. Its so funnyyyy XD Hahahaha

And tak terlepas juga apabila korang yg bergeng ni suka menangkan geng korang je sbb korang rasa korang yg paling bagus, paling betul. Haishhh

Well guys, as i said earlier, hidup berpuak ni tak salah. But! as long as korang pandai control semangat assobiyah korang tu dan tahu limits yg korang patut letak dlm friendship korang lah. I just dont get it sometimes. Why we really hv to live like that when we can choose utk hidup sebagai one big family? Jgn sampai one day, kita terlalu setia sgt dgn puak kita ni sehinggakan kita tak bergaul dgn masyarakat di luar sana kerana mengganggap bahawa kita lebih baik drpd mereka dan kita tak setaraf sama sekali utk berada dlm kalangan mereka. No no no guys. Dont you guys ever think like that. No. Just dont. Sbb apa?

Ok ni aku ckp dlm konteks org melayu dan org Islam eh. Korang yg Melayu dan Muslim ni tahu tak org kat luar tu sana sukaaa sgt tgk kita hidup berpuak mcm ni? Sbb apa? Sbb mereka tahu apabila kita hidup berpuak-puak, maka snglah utk kita hidup berpecah. Bila kita hidup berpecah, maka snglah utk mereka menghancurkan kita. Utk apa mereka nak menghancurkan kita? Well guys, saya pasti semua dah matang, dah boleh faham apa yg saya nak ckp kan?

Look, maybe kalian rasa saya yg overacting sgt. Sengaja nak membesar-besarkan hal kecik yg sebenarnya takde hal pun. Sengaja nak cari topik yg entah pape just sbb nak bykkan entry and utk spend my leisure time. No. Tidak sama sekali. I found this scenario mcm percikan api. Bila dibiarkan nanti dia jadi api yg marak. Haa gitu. Got it? So marilah kita fikir-fikirkan. Panaskan otak. Lets create a better society. Cewah hahahahahahmmmm k lah tak tahu mcm mana nak buat closing. So bye lah. Hehe. Assalamualaikum :D