Monday, May 4, 2015

Pesan utk Kita

First of all, i would like to say that im trully sorry if this entry might offense people out there. Chill, this is a gentle reminder for me myself as well :) Lapangkan hati dan dada. Buka minda dan jiwa :) Pesan utk saya, awak, dia dan mereka. Pesan utk kita :)

Tak faham. Serius aku tak faham. Lelaki, kau ckp kau sayang dia. Kau ckp kau cinta dia. Perempuan itu. Tapi apa buktinya kata-kata kau? Aku tgk, kau selamba pegang tangan dia. Aku tgk, kau selamba cium pipi dia. Aku tgk, tiap masa kau heret dia ke mana-mana. Sedangkan kau dan dia, masih lagi ajnabi antara satu sama lain. Dah nikah ke? Dah halal ke? Hahahaa aku kolot ke bila bertanya mcm ni? Kalau aku dikatakan kolot utk berbicara spt ini, maka aku rela dipulaukan dan ditertawakan seumur hidup dgn gelaran Si Kolot itu.

Perempuan... Ya. Kau lah. Aku juga. Kau kata kau sayang lelaki tu. Kau kata kau cinta lelaki tu. Tapi, jgn jadi naif dan bodoh sgt. Sayang dan cinta, kalau masih belum ada redha drpd Dia, jgn terlalu yakin lelaki tu milik kau. Jgn bodoh sgt utk beri segala apa yg kau punya utk dia. Perempuan. Kalau dia betul-betul cintakan kau, dia akan dtg ke rumah kau mengikut anjuran syariat dan menikahi kau. Bukannya menggunakan kau dan pergi mcm tu je bila dia dah jumpa org yg lebih baik drpd kau. Org yg dia fikir itulah jodoh sbnr dia.

Wahai sang lelaki pencinta wanita. Wahai sang wanita perhiasan dunia...
Kau org Islam. Islam itu indah. Kau tahu, cinta itu indah. Anugerah drpd Allah, utk aku, kau, dia dan mereka. Cinta itu anugerah terindah utk kita.

Tapi, indahkah cinta bila pd awalnya lagi dah dicemari dgn perkara mungkar? Hahahaha kau rasa aku baik ke bercakap mcm ni? Tak, aku juga prnh leka berbalas mesej dgn lelaki itu sehingga aku lupa Allah itu keutamaan aku. Aku lupa, lelaki itu belum tentu pasangan aku yg halal, yg boleh aku byk menghabiskan masa aku utk dia. Kau rasa skrg aku masih menghabiskan masa aku utk dia? Tak. Aku tak nak jadi perempuan bodoh. Kalau dia untuk aku, aku akan biar Allah laksanakan segala perancangan Dia. Aku akan tunggu dan lihat kesudahannya.

Lelaki, ke hulur ke hilir kau bawak dia. Kau rasa dia suka. Ya, dia suka. Perempuan rasa gembila bila kau beri perhatian pd dia. Bawa dia ke mana-mana shj. Menghabiskan waktu bersama-sama. Tak peduli pandangan org sekeliling. Kau kata, "biarlah. aku tak buat apa pun. aku tak pegang dia. aku tak ajak dia buat benda tak senonoh. Cinta aku dan dia adalah cinta islamik. Yg Islam tak larang".....Hahahahaha kau. kelakar. kau tahu? 

Perempuan. Ya. Aku. Kamu semua. Bangga sgt ke tunjuk dia di hdpn kawan-kawan kau? Bangga ke dikatakan pasangan serasi? Sedangkan dia blm tentu pasangan yg halal utk kau pd msa hdpn nanti. Kau bangga, bila org bercakap pasal kau? Kau kata "ah biarlah. aku keluar dgn dia pun aku tutup aurat. jalan-jalan pun kat tmpt ramai org. aku tak kacau org pun. dia dah janji nak kahwin dgn aku". Hahahaaaha perempuan. Semudah itu percaya pd lelaki. Maruah emak dan ayah letak di mana? Persepsi org berbeza-beza. Buka telinga dgr apa org kata. Jgn sombong, merasakan perbuatan kau tak salah. Tak salah dari aspek budaya kita yg semakin jahil, tapi tetap salah dari aspek agama yg kau anuti sejak kau masih bayi.

Lelaki. Aku tak faham. Kau kata kau cinta dia. Kau kata kau sayang dia. Tapi mana usaha kau? Mencari duit sbgi persiapan utk memberi nafkah zahir kpd dia? Yg aku nmpk, semuanya sekadar di bibir cuma. Cinta. Sayang...Terlalu klise bagi aku. Lelaki. Jadilah seorang lelaki. Bkn lelaki di atas ic tapi sbnrnya masih lagi berperangai budak. Matanglah...

Hahahaha kolotnya kau Farah...Bodohnya kau Farah...Apa kau merepek ni??

Silakan. Teruslah gelarkan aku sedemikian rupa.

Org lain sibuk fikir agama. Aku sibuk fikir cinta. 

Oh...mungkin kau lupa cinta itu dtg dari agama?? Dan agama kuat kerana cinta juga??

Teruskan merepek Farah. Tiada siapa nak dgr. Kau hiduplah dlm dunia kau. Biarkan mereka hidup dlm dunia rekaan Barat. Hahahaha 

Lelaki. Kesianlah dkt perempuan tu..Dia mudah cair bila kau mula buka mulut. Dia mudah tewas bila kau mula beri perhatian. Kesianlah dkt perempuan tu. Bila dia cinta kau, dia mmg niat nak kahwin dgn kau. Sbb tu dia setia walau nmpk mcm perempuan bodoh. Tapi kau? Kau tak salah. Mungkin fitrah lelaki mcm tu..Entahlah. Aku tak tahu apa yg bermain di fikiran kau. Tapi, tolonglah hormat dia. Jgn kau biarkan dia memperbodohkan diri dia.

Perempuan. Kentallah sikit! Baru diberi janji manis, kau dah cair. Bukalah mata tu! Jgn mudah sgt percayakan dia. Kau dah nmpk apa yg terjadi dkt perempuan-perempuan lain. Tapi kau tetap biarkan diri kau dikawal hati dan perasaan kau. Kenapa??

Perempuan. Mahalkan diri kau. Hanya utk suami kau. 

Lelaki. Jangan kau ambil kesempatan ke atas makhluk Allah yg Dia cipta dgn 9 nafsu dan 1 akal ni.

Penatlah. Aku penat.

Perempuan. Kau tak kisah ke tayang segala aset kau di hdpn dia? Kau rasa dia suka ke tgk tu semua? Lelaki. Dia tak bodoh. Dia juga ada keinginan utk mencari isteri yg tahu menjaga aurat. Kau. Jgn terikut-ikut dgn apa yg kau tgk kat tv tu.

Lelaki. Garanglah sikit! Tegaslah dgn dia! Kau lelaki. Mana ciri-ciri kepimpinan kau? Lembik. Kau lembik. Kau lembik kalau kau sanggup biarkan perempuan yg kau katakan kau syg tu terus-terusan memperbodohkan diri dia.

Kau percaya pd ayat kalau dah jodoh tak ke mana. Tapi kau tak yakin dgn ayat tu. 

Perempuan. Jadilah wanita. Farah, tolonglah jd wanita. 

Perempuan. Kau kata kau tu fitrahnya lembut. Lembut pd akhlak. Lembut di hati. Tapi bila dia pegang-pegang kau, kau biarkan dia. Biarlah, aku orgnya lembut. Tak sampai hati utk kata "jangan". Aku dah ckp. Jgn jadi bodoh. Kau berlembut bila dia main-mainkan maruah kau?? Jgn jd bodoh. Garanglah sikit! Benda mcm ni tak pyh kau tunjuk kau punya lembut tu.

Kenapa kau emosi? Kau jugak ckp kau pun bknnya baik sgt kan Farah?

Aku mmg suka beremosi. Buat org sekeliling aku benci, meluat dan menyampah pd aku. Mencabar keegoaan mereka. mencabar mereka utk mengakui silap mereka. Aku tahu buang masa aku ckp mcm ni. Tak siapa peduli. Kau skrg hidup di tahun 2015 Farah. Fasa keempat. Zaman di mana semua lebih mementingkan cinta drpd maruah dan agama. Kau bodokan diri kau sendiri Farah. Biar. Mmg ini yg aku lakukan sejak dulu. Memperbodohkan diri aku. Biar. Biar aku terus hidup dlm zaman atuk nenek aku yg semuanya menghormati cinta, anugerah dari Allah. Biar. Biar kau terus hidup dlm zaman manusia memperjudikan cinta. Biar. Biar budaya Barat terus hidup subur dlm jiwa manusia jahiliyah. Farah, kau juga jahil. Biar.



No comments:

Post a Comment