Asal lah aku ni
Selalu sgt terlanjur bicara
Berkata tanpa ada sela
Membuka minda, berfikir seketika
Apa perlu aku berkata-kata?
Atau diam menyimpan bicara?
Kadang hati tak tahan
Bila perkara mungkar dibiar sahaja
Tapi diri sedar juga, "kau pun apa kurangnya"
Asal lah aku ni
Tak reti bercakap sibuk nak bercakap
Tak sedar diri sbnrnya sdg diperhatikan
Dlm diam ditertawakan
Asal lah aku ni
Dilahirkan utk selalu menyakitkan
Jarang sekali menggembirakan
Mengundang rasa tak selesa pd insan yg mendengar
Kadang hati berkata
Teruskan saja
Kau juga punya hak berbicara
Seperti mereka
Akal pula menyapa
"Sehingga kau sanggup dipandang hina?"
Asal lah aku ni
Niat semata-mata nak bertanya
Tapi berakhir dgn salah faham
Farah, mgkn kau patut senyap
"Tapi aku tak boleh senyap"
Apa kau ckp ni Farah?
Tiada apa...
Sekadar mengenang dosa semalam
No comments:
Post a Comment