Monday, January 22, 2024

Aku takut sebenarnya kalau kalau kifarah tu datang pada aku.

Aku ni jahat, jahatt sangat.

Tipu kalau aku cakap aku tak menyesal. 

Ya Allah, sesungguhnya aku takut, menyesal..aku nak berubah, aku nak bertaubat.

Tapi dosa tu tetap kembali.

Kalau lah dia faham apa yg aku rasakan sekarang..

Kalau lah dia ada kesedaran untuk tolong aku...

Kalau aku dgn dia, kifarah tu akan datang?

Kalau aku tidak dgn dia pun, kifarah tu tetap akan datang......


Saturday, January 6, 2024

06 Januari 2024 - satu tarikh yg perlu aku catatkan di sini

Kali pertama accident dengan kereta. Honda pulak tu! Tak pasal2 melayang seribu ringgit untuk kos ketuk kereta dia.

Ni semua salah roundabout depan IOI tu. Haha!

Thursday, January 4, 2024

Mengantuk takleh bawak bincang dah ni.

Dari subuh tadi hujan lebat sampai sekarang belum stop.

I loveee hujan so much tapi kalau hujan time tengah kerja ni rasa macam kena cucuk dengan asap tebal lah mata ni, rasa nak pejammm je 😓

Ingatkan masa lunch hour nanti aku nak membuta je, tak nak makan.

Tapi tak boleh lah you, sebab I kena temankan clerk I pergi minum stabak dekat airport. 

Malasnyaaaaaaaaa

Buat kerja tak seberapa, reward je lebih. Urgh.

Wednesday, December 27, 2023

Akhirinya

Dengan nama Allah, aku redha dia bukan milik aku.

Dengan nama Allah, aku redha dia bukan jodoh aku.

Dengan nama Allah, aku redha atas takdir yg telah tertulis.

Aku maafkan diri aku atas segala kebodohan yg aku dah buat selama ni. Aku ambil sebagai pengajaran dan sempadan.

Aku nak bahagia. Aku nak jadi lebih baik drpd sebelum ni. Dan untuk mencapai kedua2nya, aku perlu tinggalkan dia...

Kahwin

Dah hujung tahun ni maksudnya dah tiba musim kahwin

Sana kahwin sini kahwin, 

Kawan-kawan kahwin, 

Kenalan di social media kahwin

Ex crush kahwin

Oops


Teringin nak kahwin jugak

- nak rasa dilindungi dan disayangi oleh seorang lelaki yg halal utk disayangi juga

- macam mana agaknya rasanya kan


Sama-sama melayari alam rumah tangga yang ada naik dan turun, gaduh dan mesra, ketawa dan nangis, lemah dan kuat, senang dan susah...


Ah sudahlah. Aku tak layak.

Akan malang lah nasib lelaki yang berkahwin dengan aku

- yang serba serbi kekurangan, tak lengkap dan tak sempurna


Lebih indah lagi cipta imaginasi dalam kepala

Kerana boleh bebas mencorakkan kisahnya bagaimana

I Might

I might be missed

I might be not

Thursday, January 26, 2023

Perjuangan

Bismillah

Perjuangan - 

bunyinya seperti aku sedang mengangkat senjata untuk mengalahkan musuh negara
tapi hakikatnya ia hanyalah sekadar sebuah perjuangan kecilku untuk mengalahkan nafsu dan perasaan.

Semalam, 25 Januari 2023.
Ia adalah hari pertama dalam perjuanganku untuk melupakan dan meninggalkan dia.
Kebiasaannya aku akan ws dia seawal pagi lagi untuk mengucapkan selamat pagi, mendoakan agar harinya berjalan mudah dan sekadar bertanya khabar walaupun aku tahu ia tidak pernah berbalas.
Tapi semalam, aku tidak melakukannya lagi.

Dia sudah menyekat aku dari hidupnya. Dia sudah membuang aku dari hidupnya.
Dan aku harus sedar diri bahawa aku tidak lagi mahu diperjuangkannya.

"walau apa pun yg jadi, awak jgn harap abg akan lepaskan awak"
"kita dah mulakan, kita habiskan"

Kata-kata indah darinya ini tidak pernah aku lupakan. 

Tapi..aku harus ingat. Itu hanya sekadar kenangan silam yg tidak mungkin berulang lagi.
Mungkin aku yg tidak sempurna untuk dia, tidak mampu membuatnya gembira, apa lagi bahagia.
Mungkin melepaskannya adalah keputusan yg terbaik buat kami agar dia lebih bahagia, dan aku lebih..........
tidak, aku tidak akan lebih bahagia.

Namun aku harap, perjuangan ini akan berakhir dengan sebuah kemanisan yg tidak pernah aku duga.

Hari pertama sudah aku berjaya lalui - tanpa cuba mencari tahu ttgnya, tanpa merasa sedih saat melihat gambarnya. 
Hari pertama sudah aku berjaya lalui - dengan membuang nombor telefonnya dan mula membuang gambar2nya juga.

Menuju 39 hari lagi, mudah-mudahan aku berjaya...
Mungkin tak mudah, tapi aku boleh berjaya. Aku yakin, inshaaAllah.

Tuesday, January 10, 2023

Entah apa sebenarnya rasa yg sedang menjeruk jiwa ini
Ia semakin hari semakin parah
Setiap kali bangun pagi, aku dihimpit dengan pelbagai persoalan
Berhargakah aku
Bermaknakah aku
Dia sayang aku lagi ke
Kenapa dia berubah
Aku ke yg buat hati dia berubah
Dia dah tawar hati dengan aku ke
Apa yg aku dah buat
Ikhas ke dia dgn aku sebenarnya
Bersungguhkah dia terhadap aku
Nak ke dia menikahi aku

Bila aku boleh bebas drpd fikiran ini
Bila aku boleh bebas drpd perasaan ini

Aku penat
Aku penat

Monday, January 2, 2023

31.12.2022

Pada 31.12.2022 yang lalu..

Itu waktu puncak di mana aku sudah terlalu membenci diriku.

Aku menangis.

Aku sedih, aku marah.

Kenapa aku selalu sakitkan hati orang? Kenapa aku tak pandai nak hargai orang? Kenapa aku suka menangkan emosi aku, hati aku? Kenapa aku tak berfikir secara waras sebelum mengambil keputusan? 

Kenapa aku mcm ni...

Aku benci diri aku.

Kenapa aku mintak maaf? Kenapa aku mintak maaf?

Aku ke yg salah? Aku je ke yg salah?

Kenapa aku selalu mengalah dgn kau? 

Aku penat. Aku selalu rasa keseorangan. Orang tak suka aku, tak sayang aku.

Atau salah aku kerana aku yg meletakkan jurang?

Asyik aku je yg cari orang, orang tak cari aku pun.

Bila ada salah faham, aku terus salahkan diri aku.

Aku bodoh, aku bodoh, aku bodoh!

Aku yg pilih kau, bermakna aku dah siap untuk makan hati setiap hari. Aku dah siap untuk menangis, untuk kecewa, untuk cemburu.

Aku worthless.....

Aku tak ada apa-apa. Orang tak nak layan aku.

Aku penat, aku penat, aku penat!

Aku yg selalu terikat. Hakikatnya orang tak peduli, orang tak rasa apa.

Kalau kau tak suka aku, kau pergi lah

Aku dah biasa sorang-sorang...

Tuesday, November 8, 2022

Friday, August 12, 2022

Kekasihku 19

Abg, nak tahu tak? Kalau saya diberikan kuasa kan, saya teringinn sgt nak kuasa utk tahu isi hati org, terutamanya isi hati lelaki yg dulu paling sygkan saya.

Saya teringin nak tahu, sbnrnya dlm hati dia tu, ada saya lagi atau tak? Apabila dia berdoa, dia akan sebut nama saya atau tak.

Saya teringin nak tahu apa yg hati dia rasa bila saya diam, bila saya jauh drpd dia..Sebab saya pelik. Dulu, lelaki tu pantang saya senyap, mesti dia akan cari. Kalau saya block dia, mesti dia akan perasan, mesti dia akan call saya sampai dpt. Siap guna phone member dia lagi untuk call saya. Skrg, dia dah tak cari2 saya lagi. Dia tak kisah pun kalau saya senyap. Bahkan, dia tak sedar pun yg saya dah tak kawan dgn dia lagi dkt ig.

Saya teringin nak tahu isi hati dia. Betul ke dia sygkan saya lagi? Dia ckp dia sygkan saya. Tapi kadang kadang tindakan dia tak sama dgn apa yg dia ckp. Dia ckp dia sygkan saya, tapi dia selalu reply ws saya lambatt sgt..Dia ckp dia rindukan saya, tapi kalau saya tak call dia, dia tak call pun saya..Dia ckp dia sygkan saya, tapi dia tak tahu pun yg saya tgh sakit, saya tgh susah...Dia biarkan saya sorang2 sampai saya dah sembuh sendiri, dia biarkan saya sorang2 sampai saya dah boleh selesaikan mslh saya sendiri..sdgkan pada waktu tu saya amat2 memerlukan dia sebagai pasangan saya...

Saya teringin nak tahu, sbnrnya dia masih dgn saya sbb apa....Kalau dia dah tak nak saya, dia dah takde rasa nak teruskan hubungan ni, kenapa dia masih berikan saya harapan? Saya prnh kata dkt dia, kalau dia dah tak nak saya, tolong lepaskan saya dgn cara yg baik sebagaimana dulu dia mampu dtg kpd saya dgn cara yg baik sampai saya boleh jatuh cinta dgn dia..Tapi kenapa dia diam? Mksdnya dia nak saya lagi ke?

Kalau betul dia masih nak saya, kalau betul dia masih sygkan saya..Kenapa saya dah tak rasa disayangi? Saya rasa saya dah kehilangan diri dia yg dulu. Sikap dia dlm melayani saya dah berubah sepenuhnya......

Monday, July 25, 2022

Kekasihku 18

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

Hari ini aku gembiraa sangat. Gembira dan bahagia.
Kerana setelah dua minggu aku dan dia berada dalam fasa konflik dan hampir sahaja mengakhirkan perhubungan ini, akhirnya kami berdua kembali berbaik dan kembali seperti sebelum ini.
Saling bertanya khabar, bertukar cerita, bergurau senda..Alhamdulillah

Syukurku setinggi-tingginya buat Yang Maha Mendengar yang telah memakbulkan doa-doaku.

Aku janji, akanku jaga hubungan ini dengan sebaiknya, lebih baik drpd sebelum ini. 
Kali ini, lebih teguh dengan iringan doa dan bimbingan daripada Yang Maha Esa, inshaaAllah..

Wednesday, July 20, 2022

Kekasihku 17

Abg, walaupun skrg kita dah berbaik dan hubungan kita dah kembali mcm dulu, tapi jauh dalam hati saya, saya dpt rasakan seperti abg dah berubah..

Suara abg apabila bercakap dgn saya, dah tak manis dan penuh dgn pujian dan gurau senda spt dulu..

Kalau dulu, abg suka ungkapkan perkataan sayang, tapi skrg tidak lagi..

Abg ikhlas kah melayan saya? Atau ia sekadar atas rasa kasihan atau bersalah?

Abg dah tak mahukan saya?

Abg dah putus asa dgn saya?

Abg....dah tak cintakan saya?

Saya keliru.