Thursday, January 26, 2023

Perjuangan

Bismillah

Perjuangan - 

bunyinya seperti aku sedang mengangkat senjata untuk mengalahkan musuh negara
tapi hakikatnya ia hanyalah sekadar sebuah perjuangan kecilku untuk mengalahkan nafsu dan perasaan.

Semalam, 25 Januari 2023.
Ia adalah hari pertama dalam perjuanganku untuk melupakan dan meninggalkan dia.
Kebiasaannya aku akan ws dia seawal pagi lagi untuk mengucapkan selamat pagi, mendoakan agar harinya berjalan mudah dan sekadar bertanya khabar walaupun aku tahu ia tidak pernah berbalas.
Tapi semalam, aku tidak melakukannya lagi.

Dia sudah menyekat aku dari hidupnya. Dia sudah membuang aku dari hidupnya.
Dan aku harus sedar diri bahawa aku tidak lagi mahu diperjuangkannya.

"walau apa pun yg jadi, awak jgn harap abg akan lepaskan awak"
"kita dah mulakan, kita habiskan"

Kata-kata indah darinya ini tidak pernah aku lupakan. 

Tapi..aku harus ingat. Itu hanya sekadar kenangan silam yg tidak mungkin berulang lagi.
Mungkin aku yg tidak sempurna untuk dia, tidak mampu membuatnya gembira, apa lagi bahagia.
Mungkin melepaskannya adalah keputusan yg terbaik buat kami agar dia lebih bahagia, dan aku lebih..........
tidak, aku tidak akan lebih bahagia.

Namun aku harap, perjuangan ini akan berakhir dengan sebuah kemanisan yg tidak pernah aku duga.

Hari pertama sudah aku berjaya lalui - tanpa cuba mencari tahu ttgnya, tanpa merasa sedih saat melihat gambarnya. 
Hari pertama sudah aku berjaya lalui - dengan membuang nombor telefonnya dan mula membuang gambar2nya juga.

Menuju 39 hari lagi, mudah-mudahan aku berjaya...
Mungkin tak mudah, tapi aku boleh berjaya. Aku yakin, inshaaAllah.

No comments:

Post a Comment