Tuesday, November 5, 2019

Aku rindu..aku rindu aku yg dulu. Dah aku kata, sampai masanya aku akan terpesong lagi apabila sudah mengecap nikmat bahagia. Inilah masanya.

Terasa hidup sesak. Semakin sempit, rumit. Apa bezanya dgn yg dulu? Makin teruk aku rasa.

Hilang nikmat, gerun. Entah.

Dah pandai bermain kata. Dah pandai ikut bicara. Dah hilang hormat. Sombong, angkuh. Aku tak nak. Aku tak nak.

Aku tak tahu mcm mana nak mula.......aku tak kuat. Siapa nak tolong? Aku malu. Malu nak berterus-terang. Itu aib. Aku....aku nak hidup aku seperti 5 tahun yg lepas. Atau sekurang2nya setahun yg lalu.

Tapi aku tak cukup kuat....aku tak kuat!!!

Sunday, June 2, 2019

Zaman ni zaman fitnah. Org yg kita tgk betul tu kadangnya ituu lah yg salah dan sesat. Sebaliknya boleh jadi yg kita pndg hina kerana kononnya salah itu pulak sbnrnya yg betul dan difitnah. Dah2 lah tuu...usahlah ghairah sgt nak viralkan benda2 yg takde kaitan dgn kita, yg takde bawa manfaat malah memudaratkan kita...ke kau nak jadi pengikut dajjal, sebar fitnah sini sana? Tak kisah lah betul atau salah, benda yg takde kaitan dgn kita, usah sibuk2. Jaga diri sendiri jelaa lebih baik.
Rindunya nak kerja kat Grab N Go, lebih2 lagi time bulan puasa. Masuk kerja pkl 5.00 pagi, balik kadang2 pukul 1 pm kadang2 pkl 9 pm lebih. Penat tu tak terasa sgt sbb kerja dlm aircond kan, pastu surrounding best. Sampai prnh lah rasa bestnya kalau dpt kerja hari2. Takde off pun takpe hahahaha. Gaji pun sedap. Alahaiii rindunyaa.

Tuesday, May 21, 2019

"Berpisah itu tiada apa. Rindu itu je yg celaka"

Couple

Couple ni tak payah nak fikir dlm2 pun kita dah tahu hukum dia haram. Tapi ramai gak nak bercouple. Sbb apa? Sbb benda haram ni best buat. Sbb tu aku terjebak sekali. Mujur tak lama. Tapi lama tak lama dosa tetap dosa bro.

Time bercinta ni siapa yg boleh tahan nafsu tak keluar berdua, tak pegang2 tangan tu mmg power ah. Benda2 tu kan benda2 basic masa bercinta kan? Ahhh tipulah kalau korang tak prnh buatt kannn? Kalau betul tak prnh buat mmg bagus ah korang ni. Kuat jugak iman korang ni.

Dulu aku tertanya2, betul ke org bercinta ni boleh sampai ke tahap cium, peluk and even sampai berzina? Ye betul lah. Ternyata itu lah hakikatnya. Bila nafsu mula menguasai diri, nothing is impossible.

Hatta yg bertudung labuh, berkopiah, ber-handsock dan berstoking sekali pun kalau kau letak nafsu nombor satu, mmg kelaut lah cerita dia. Thats why Allah haramkan kita ni MENGHAMPIRI zina. Even menghampiri pun Allah dah larang guys! Seeeee, apa yg Allah perintahkan mesti ada alasan dia! Kau nak elak mcm mana lagi??

Kalau boleh, kau usaha lah sekuat yg mungkin utk elakkan diri drpd terjebak dgn couple2 ni guys. Even kau ada niat nak bernikah dgn dia sekali pun, just avoid it! Sbb kita tak tahu pun masa depan kita nanti mcm mana. Dgn siapa jodoh kita, mcm mana pengakhiran kita...So tak payah lah gatal2 nak bercouple. Kalau betul kau syggg and cintaaa sgt kat org tu, cepat2 lah halalkan dia dgn cara yg mulia. Binalah masjid. Bukan dgn cara bercouple. Keluar dating sampai larut malam. No guys.

Sbb aku ada pengalaman. Couple dgn lelaki yg aku fikir akan jadi suami aku. End up, hbgn tu terputus di tgh jalan. Tak kisah lah apa pun alasannya, but it hurts. So so sooo muchhh. Mujur je tak sampai nak bunuh diri. Sbb apa? Sbb Allah masih syg lah Dia jauhkan aku drpd terus2an hanyut dgn dosa.

So guys, aku merayu. Kalau korang ada niat nak couple atau bercinta sblm nikah, tolongggg hapuskan angan2 tu. It doesnt bring us anywhere. Cukup lah kau cinta dan syg keluarga dan sahabat kau. Urusan jodoh tu kau serahkan kepada Allah yg lebih mengetahui.

Aku tak nak korang sakit mcm aku. Menyesal mcm aku. Penuh dosa dan noda mcm aku.
Dont guys. Just...dont. Im begging.

Monday, May 20, 2019

School Days

I hv never missed my school days because for me, school days are so tiring and stressing. Sblm subuh dah kena bangun mandi siap2 nak pi sklh. Sampai sklh bljr3, waktu rehat sekejap sgt. Tak sampai sejam. Time tu lah rushing nak pi beratur beli mknn, nak makan lagi, nak gosip2 lagi..hahaha. Itu pun kadang2 time rehat tu lah nak pi jumpa cikgu tanya apa2 yg tak faham. So kalau tak sempat nak makan masa rehat tu, mmg kebulur lah kat sklh tu. Kena tunggu balik rumah baru dpt makan sedap2.

Kerja sekolah pun byk. Kalau aku dulu aku suka lah buat homework math and sejarah. Sambil buat homework sambil dgr radio. Kalau tak dgr nanti rasa bosan je. Aku jenis yg suka duduk kat bilik. Buat homework senyap2 dlm bilik. Eh, sblm buat homework tu kena iron dulu baju sklh nak buat pakai besok. Paling best kalau ada subjek pj, sbb takyah susah2 iron uniform, just iron tudung and baju sukan je. Lenggang kangkung ja pi sklh takyah risau baju renyuk. Buat kerja sklh kalau homework sikit boleh siap cpt pastu tgk drama kat tv3. Kalau byk homework, lepas settle semua terus masuk tidur. Zaman sklh dulu aku takdak socmed. So takdelah aku jadi burung hantu duk scroll atas bawah tgk life org.

Yg pastinya masa school days dulu aku mcm org lain gak, school holidays adalah waktu yg palinggg ditunggu2 sbb dont have to wake up early! But kelakar kan, cuti2 pun still ada homeworks? Hahahahaha. Tapi kan yg tak best nya cuti sekolah ni, hg tak dpt lah tgk crush hg kat sklh! Hahahaha. Masa zmn sklh ni aku suka cuci mata. Ushar abg2 senior yg handsome2. Cuma mampu tgk dari jauh jelah. Kalau org lain prnh rasa beradik angkat, abg angkat kakak angkat...aku tak prnh rasa semua tu. Takde sape nak jadikan aku adik atau kakak angkat. Sbb aku tak hot kot noh...hahahaha. Dulu masa f4 and f5 aku ada crush kat sorang budak sarawak ni, setahun muda drpd aku. Entah apa nama dia aku lupa. Tapi aku suka tgk dia sbb dia putih handsome. Aku takdelah on sgt dgn laki yg putih2 ni, tapi bdk tu lain ah. Hahahaha. Aku rasa dia perasan aku suka ushar dia dari jauh sbb kami kalau bertembung kat mana2 mesti main jeling² mata. Mcm lagu siti nurhaliza tu..."menjeling menjeling ku bertentang..mata kita sama memandang.."Hahahahah eee gatal noh hg ni farah!

Dulu kan masa zmn sklh aku ni kira mcm budak pandai and baik gak ah. Selalu naik pentas utk academic award. Kalau sukan tu tak prnh lah. Masa sklh rndh je aku ni atlet. Atlet lumba lari kot! Naik sklh menengah skjp je jadi atlet pastu resign dah. Hahahaha. Masa sklh menengah anugerah yg paling membanggakan aku dpt adalah anugerah sains and math...tak tahu lah anugerah tu utk apa and dinilai based on what tapi rasa cam pandai ah bila dpt anugerah science math ni. Hahahahaha. Padahal ramai lagi bdk cina yg lagi power drpd aku kot. Lagi satu aku prnh dpt tokoh ihya' ramadhan. Hat ni aku mcm dah agak aku akan dpt anugerah tu sbb aku dulu cam alim gak ah kat sklh tu yg lain semua rock2. Hahahahah aduhhh baiknya gue dulu sampai dpt anugerah camtu. Skrg ni tak tahu lah mcm mana nak nilai perangai sendiri. Hahahah.

One thing lagi yg membuatkan aku tak rindu zaman sklh mgkn sbb aku takde kwn kot. Eh bknlah lgsg takde kwn. Tapi aku takde kwn yg boleh kamceng dgn aku. Sbb dulu aku annoying gila wehhh. Sikit2 nak marah sikit2 nak complain. Aku rasa sbb tu kot aku tak ramai kwn. Pastu dah lah gemuk, tak cantik..hahahahah. Entah lah kan aku tak kisah sgt pun takde kwn. Sbb nanti bila kita susah yg betul2 akan ada dgn kita adalah family kita sendiri bkn org lain. Tak ke? Huhuhu.

Apa2 pun, skrg aku bersyukur sgt2 sbb dpt masuk U and akan habiskan degree pada usia 23 tahun. Proud of myself! Dari dulu lagi aku teringin nak masuk u sbb nak rasa bebas, pi program sini sana...alhamdulillah tercapai hajat tu. Setiap minggu masuk kmpg org asli kat kelantan. Lol.

Anyway ada baaaanyak benda sbnrnya nak cerita bila bukak topik zaman sklh ni. Yelah 11 tahun kot kita bljr kat sklh. Dari drjh satu sampai lah tingkatan 5. Itu blm campur sklh agama lagi. Sklh agama aku bljr sampai darjah 4 je sbb aku rasa iman aku dah mantap dah so takyah bljr pandai2 sgt. Hahahah okay tak, gurau jee.

Yg pntg skrg aku cuma nak fokus kat degree aku pastu aku nak jadi contoh yg terbaik utk adik2 aku. Aku nak depa pun masuk universiti mcm aku. Sian depa. Bdk2 zaman Z. Mesti depa stress kat sklh tu kan? Yelah skrg kan byk subjek baru diajar di sklh. Dgn perkembangan teknologi yg berlaku skrg ni pun, depa kena jadi student yg pantas and advance. Kesian...competition is real bruh. Takpe adik2. Sikit je lagi tu...
Sikit? Hahahahah

Wait and see.

Sunday, May 19, 2019

Kadang2 perkara yg paling susah sekali kita nak buat adalah memaafkan kesilapan diri sendiri.

Monday, May 6, 2019

JANGAN JADIKAN TUHAN TU SEBAGAI ALAT


SEBALIKNYA JADIKAN TUHAN ITU MATLAMAT

Wednesday, April 3, 2019

Kalau kita betul2 faham kenapa Allah timpakan ujian ke atas hamba2-Nya, pasti kita mahu diuji oleh-Nya setiap hari tanpa sedikit pun keluh kesah.

Itu lah apa yg aku tengah rasakan skrg.

Aku takut hidup senang mcm ni. Tanpa masalah, tanpa bebanan. Kerana aku risau itu asbab aku jauh daripada Dia.

Sebaliknya, bila aku ditimpa susah, dilanda kesedihan, dirundung ketakutan, aku akan lebih dekat kepada Allah. 

Tuesday, January 29, 2019

Ah, lelaki!
Bicaranya manis sekali
Umpama menanam tebu di tepi bibir
Berjanji itu dan ini
Bahkan bintang sanggup digapai, laut sanggup direnangi
Kononnya bunga itu hanya satu
Sudahlah!
Kami wanita sudah tahu kemahuanmu
Simpan saja segala dusta kalian itu!