Sunday, May 28, 2017

Cabaran Si Penuntut Ilmu

Dugaan dan cabaran dlm menuntut ilmu tu sememangnya sgt berat dan kadang tak terkata. Akan sampai one point tu, rasa nak give up. Sebab apa? Sebab penat. Penat knp? Penat utk cuba memahamkan dan menghadamkan segala ilmu yg diberi. Tapi...fikir balik. Knp Allah pilih kau utk berada di situ? Kau dpt merasa bljr di kolej, universiti...Knp? Sebab itu yg lebih baik utk kau. Kau kena yakin satu perkara iaitu Dia takkan bagi kau sesuatu itu dgn sia-sia, sebaliknya bertujuan utk menjadikan kau insan yg lebih kuat dan hebat utk masa depan. Sabar sabar sabar. Nak senang kenalah bersusah-susah dahulu. Jadilah seorang Muslim yg kuat dan berilmu. Jgnlah lembik sgt. Baru penat sikit nak give up. Baru jatuh sikit nak give up. Kau kata bljr kerana Allah?? Kalau betul kau bljr kerana Allah, relax. Everything yg kita niatkan kerana Allah SWT, inshaaAllah Dia akan permudahkan segalanya. Senyum. Chin up! Bangkit! Buka buku baru. Kumpulkan semangat! Mulakan Semula! Kau mampu!!

Monday, May 15, 2017

Aku tak mampu nak ubah persepsi kau terhadap aku selepas apa yg terjadi.
Aku tak dpt nak halang kau drpd salah faham dan pandangan sinis kau terhadap aku.
Cuma satu aku minta, jgn layan aku seolah aku ni org luar yg kau baru kenal. Oh, tak. Cara kau layan aku adalah lagi menyedihkan drpd cara kau layan org yg kau baru kenal.
Beb, aku rindukan kita yg dulu doe. Yg menggila sama-sama, susah senang sama-sama, lepak sama-sama, ketawa sama-sama...
Takkan lah baru satu salah faham, kau terus nak letak jarak antara kita berdua?
Kau perlu tahu, kau takde kena mengena pun dgn apa yg terjadi, tapi aku tgk kau yg melebih, siap nak perli aku bagai. Kemon lah.
Kau pun patut bljr utk hormat perasaan org.
Benda kecik pada kau tak semestinya benda kecik pd org lain juga. Boleh jadi, benda kecik pd kau, tapi benda yg besar pd org lain.
Dah dah lah tu abaikan aku.
Aku rindu kau doe...

Saturday, May 13, 2017

Ada juga aku tertanya, sampai bila aku nak salahkan diri sendiri atas segala hal yg berlaku di luar kemahuan aku?

"Life goes on
No matter how many wrongs you hv done
There is always time to do right
No matter how bad you are
There is always time to be good
As long as Allah gives you another chance to see another day" _AO

Friday, May 12, 2017

Aku yg bersalah kerana menganggap bhw manusia akan sentiasa ada utk aku. Pd hakikatnya, tiada siapa yg akan kekal di sisi selain keluarga dan maha Esa.
Sepatutnya dari dulu lagi aku fahamkan benda ni. Supaya nanti takde lah aku sendiri memasang harapan yg terlalu tinggi terhadap manusia lepas tu aku juga lah yg kecewa dan menuduh semua org tak faham aku.
Rupa-rupanya, aku yg salah. Aku yg complicated dan menyukarkan keadaan.
Alahai, belum matang lagi rupanya aku ni.
So cerita dia skrg, aku kena belajar utk meletakkan sepenuh kebergantungan aku terhadap Allah s.w.t semata. Dannn, aku juga kena didik hati aku spy tidak terlalu sensitif. Oh, penat lah jadi org yg super sensitive ni. Semua benda nak terasa. Auch!
Tapi papehal pun, semua manusia buat silap dan semua manusia boleh berubah. Yes, semua manusia.
Aku boleh berubah jugak, cuma it takes time laa. Bkn sng nak berubah kan, lagi-lagi nak ubah benda yg dah sebati dlm diri sejak azali. Ye dok?
Jadi utk itu, farah liyana berjanji utk CUBA BERUBAH walau sesukar mana pun. Kalau berjaya, terima kasih utk yg mendoakan. Kalau tidak, maafkan lah saya ini dan teruskan berdoa utk saya ye hahah!

12 Mei 2017
2018H
#roadto20
#dlmperjalananperubahan

22

Utk kehidupan yg akan dtg nanti, semoga Nur Farah Liyana menjadi seorang wanita yg berakhlak mulia. Semoga farah liyana menjadi lebih tabah, kuat, cerdik, sabar dlm segala hal, berfikiran kritis, pandai bergaul, berbudi kpd masyarakat dan keluarga, dan cemerlang dlm segala hal duniawi dan ukhrawi. InshaaAllah, amiin :)

Dilahirkan pd 22 mei 1997, entah kematiannya bila. Doakan.

Wednesday, May 10, 2017

Surat Buat Kalian

Atas segala yg telah berlaku hari semalamnya, aku mohon maaf.
Sesungguhnya aku sedar yg benda tu jadi melarat disebabkan keegoan aku dan sebab diri aku yg terlalu ikutkan perasaan.
Aku minta maaf.

Aku minta maaf sbb hati aku sgt sensitif. Aku tak suka dipinggirkan, aku tak suka kawan-kawan aku plan something tanpa pengetahuan aku, aku tak suka bila aku tak dilayan...aku minta maaf.
Aku minta maaf sbb aku biarkan call korang tak berjawab. Aku merajuk. Aku marah. Aku ikutkan perasaan aku.
Aku minta maaf andai kata-kata, tingkah laku dan apa shj yg aku buat mengguris hati korang. Kadang aku tak sedar benda tu buat korang tak senang hati.
Aku minta maaf kalau aku ni sgt menjengkelkan, suka marah-marah, suka buat lawak hambar, suka jeling-jeling, suka buat muka dsb. Aku tahu byk lagi kelemahan dan kekurangan aku...
Aku minta maaf.

Dah lama juga aku pendamkan.
Aku kecil hati bila korang plan something yg aku tak tahu.
Aku tersinggung bila korang tak sedar yg aku sdg merajuk.
Aku sedih bila aku sakit, takde siapa yg tanya khabar aku.
-tapi aku masih bersyukur kerana ada juga yg sanggup bersusah payah belikan aku makanan dan paksa aku makan ubat waktu aku sakit teruk dulu. Kau tahu kau siapa.

Aku perasan yg ada masanya korang awkward dgn aku.
Aku sedar ada masanya korang lebih selesa bila aku tak ada.
Aku tahu. Aku nmpk.
Seandainya ni semua hanyalah sangkaan aku semata, maka aku minta maaf.
Tapi, seandainya benar...
Aku juga minta maaf
--kerana tak mampu menjadi kawan yg terbaik buat korang.

Semoga persahabatan kita berada di dlm peliharaan Allah selalu. InshaaAllah, amiin...


Tuesday, May 9, 2017

Sunday, May 7, 2017

Yang Sebenarnya

Bukan sombong, tapi tak pandai bercakap.

Bukan anti-sosial, tapi pemalu.

Yang sebenarnya, aku suka berkawan dan bergurau. Usik-mengusik, gelak sama-sama, lepak lama-lama, borak ttg itu dan ini. Nak borak psl apa? Artis? Ekonomi? Politik? Masalah sosial? Masalah ummah? Masalah awak? Semua boleh.

Tapi tu lah, aku ni tak pandai bercakap. Mungkin sebab tu lah aku buat blog ni. Aku lebih selesa bercerita apa sahaja dkt sini. Takde siapa kisah apa aku fikirkan dan apa aku rasakan. Kan?

p/s Sejak bila aku jadi seorang pemalu? Hm...

Wednesday, May 3, 2017

Mengapa di dalam dunia ini, tidak siapa yg akan kekal bersama kita hingga ke akhirnya?
Mereka datang, lalu pergi.
Tanpa salam yg terakhir.
Seolah² perpisahan itu suatu yg diharapkan.
Tidak sedarkah mereka bahawa perpisahan itu sesuatu yg menyeksakan?
Jika dari raut wajah shj sudah terlihat jelas rindu yg ditanggung, bagaimana pula dgn apa yg disimpannya jauh di dlm hati?
Mereka kejam.

.....

Hari ini aku melihat engkau bersama si dia.
Berjalan beriringan. Senyuman tidak lekang dari wajah kalian yg manis dipandang.
Iya aku cemburu.
Masakan tidak, sudah lama benar nama engkau berada di dlm hati ini.
Masakan tidak, mmg hanya nama kau yg ku sebutkan dlm doaku.
Namun aku sedar.
Sesungguhnya diriku dan dirinya itu sungguh lah ibarat seekor gagak dan merak.
Dia sungguh cantik paras rupanya. Sedangkan aku?

Aku cuba. Aku cuba utk melupakan engkau. Aku akan cuba. Tapi aku tidak janji aku mampu.

.....

Hampir 20 tahun aku hidup di dunia yg fana ini.
Entah apa lah sumbangan yg telah aku berikan kpd masyarakatku
Tidak seperti si gadis itu
Sudah byk tempat dia pergi menabur bakti
Sudah byk org dia bantu ringankan beban
Aku di sini?
Masih mengeluh itu dan ini
Masih sibuk dgn urusan duniawi yg takkan prnh selesai
Aku juga mahu jadi seperti dia
Tapi adakah aku mampu melawan segala nafsuku?
Adakah aku insan terpilih?
Adakah aku mampu?

.....

3 Mei 2017
0020
Sehariku