Mengapa di dalam dunia ini, tidak siapa yg akan kekal bersama kita hingga ke akhirnya?
Mereka datang, lalu pergi.
Tanpa salam yg terakhir.
Seolah² perpisahan itu suatu yg diharapkan.
Tidak sedarkah mereka bahawa perpisahan itu sesuatu yg menyeksakan?
Jika dari raut wajah shj sudah terlihat jelas rindu yg ditanggung, bagaimana pula dgn apa yg disimpannya jauh di dlm hati?
Mereka kejam.
.....
Hari ini aku melihat engkau bersama si dia.
Berjalan beriringan. Senyuman tidak lekang dari wajah kalian yg manis dipandang.
Iya aku cemburu.
Masakan tidak, sudah lama benar nama engkau berada di dlm hati ini.
Masakan tidak, mmg hanya nama kau yg ku sebutkan dlm doaku.
Namun aku sedar.
Sesungguhnya diriku dan dirinya itu sungguh lah ibarat seekor gagak dan merak.
Dia sungguh cantik paras rupanya. Sedangkan aku?
Aku cuba. Aku cuba utk melupakan engkau. Aku akan cuba. Tapi aku tidak janji aku mampu.
.....
Hampir 20 tahun aku hidup di dunia yg fana ini.
Entah apa lah sumbangan yg telah aku berikan kpd masyarakatku
Tidak seperti si gadis itu
Sudah byk tempat dia pergi menabur bakti
Sudah byk org dia bantu ringankan beban
Aku di sini?
Masih mengeluh itu dan ini
Masih sibuk dgn urusan duniawi yg takkan prnh selesai
Aku juga mahu jadi seperti dia
Tapi adakah aku mampu melawan segala nafsuku?
Adakah aku insan terpilih?
Adakah aku mampu?
.....
3 Mei 2017
0020
Sehariku
No comments:
Post a Comment