Wednesday, May 10, 2017

Surat Buat Kalian

Atas segala yg telah berlaku hari semalamnya, aku mohon maaf.
Sesungguhnya aku sedar yg benda tu jadi melarat disebabkan keegoan aku dan sebab diri aku yg terlalu ikutkan perasaan.
Aku minta maaf.

Aku minta maaf sbb hati aku sgt sensitif. Aku tak suka dipinggirkan, aku tak suka kawan-kawan aku plan something tanpa pengetahuan aku, aku tak suka bila aku tak dilayan...aku minta maaf.
Aku minta maaf sbb aku biarkan call korang tak berjawab. Aku merajuk. Aku marah. Aku ikutkan perasaan aku.
Aku minta maaf andai kata-kata, tingkah laku dan apa shj yg aku buat mengguris hati korang. Kadang aku tak sedar benda tu buat korang tak senang hati.
Aku minta maaf kalau aku ni sgt menjengkelkan, suka marah-marah, suka buat lawak hambar, suka jeling-jeling, suka buat muka dsb. Aku tahu byk lagi kelemahan dan kekurangan aku...
Aku minta maaf.

Dah lama juga aku pendamkan.
Aku kecil hati bila korang plan something yg aku tak tahu.
Aku tersinggung bila korang tak sedar yg aku sdg merajuk.
Aku sedih bila aku sakit, takde siapa yg tanya khabar aku.
-tapi aku masih bersyukur kerana ada juga yg sanggup bersusah payah belikan aku makanan dan paksa aku makan ubat waktu aku sakit teruk dulu. Kau tahu kau siapa.

Aku perasan yg ada masanya korang awkward dgn aku.
Aku sedar ada masanya korang lebih selesa bila aku tak ada.
Aku tahu. Aku nmpk.
Seandainya ni semua hanyalah sangkaan aku semata, maka aku minta maaf.
Tapi, seandainya benar...
Aku juga minta maaf
--kerana tak mampu menjadi kawan yg terbaik buat korang.

Semoga persahabatan kita berada di dlm peliharaan Allah selalu. InshaaAllah, amiin...


No comments:

Post a Comment