Thursday, August 23, 2018

It has been written farah...it has been written...learn your lesson and live your life like it never happen unless you wanna die regretting, and unless the regret can undo the damage that has done!

Sunday, August 19, 2018

Air mata

Air mata...
Terkadang ia hadir kerana sebuah duka
Terkadang ia hadir kerana terlalu gembira
Apa pun alasannya, ucaplah syukur kerana ia mengajar kita erti tabah dan redha.

Thursday, August 16, 2018

Harta

Harta kekayaan bukanlah tujuan kita hidup di atas muka bumi ini. Memang benar, dgn wang dan harta, kita boleh beli segalanya. Hatta ia bisa mewujudkan kebahagiaan yg selama ini kita dambakan. Tapi jgnlah kita lupa bahawa kehidupan ini hanyalah permainan semata2. Akhirat jualah yg menjadi cita2 dan pengakhiran kita nanti. Maka berlumba2 lah dlm menjadi manusia yg kaya dgn iman dan takwa, bkn dgn harta semata2.

Tak salah jika dikau mahu mengejar harta kekayaan, asalkan biar lah ia diiringi dgn matlamat yg jelas dan membawa kebaikan kpd agama dan masyarakat. Dgn wang itu, kita bisa bersedekah dan berinfak. Dgn wang itu, kita bisa menubuhkan yayasan2 yg dpt membela mereka2 yg kurang bernasib baik. Dgn wang itu, kita bisa melukiskan senyuman di wajah ibu bapa kita. Dgn wang itu, ia menjadi asbab kita menjadi hamba-Nya yg lebih beriman dan bertakwa.

Seperti Saidatina Khadijah dan sahabat baginda iaitu Saidina Usman yg membelanjakan seluruh harta mereka demi memperjuangkan dakwah Islamiah, semoga kita juga bisa menjadi dan meneladani kehebatan dan keikhlasan mereka. InshaaAllah.

Dan jgnlah kita menjadi hamba dunia yg mengejar kekayaan demi kepuasan nafsu semata2. Kerana sesungguhnya bkn kebahagiaan yg bakal kita perolehi, sebaliknya kesengsaraan dan penyesalan. Usahlah kita menyia2kan usia dan masa kita utk mengejar harta dunia sehingga kita mengabaikan tanggungjawab kita sebagai khalifah-Nya di atas muka bumi ini.

Oleh itu sama2 lah kita bermuhasabah, merenung kembali matlamat kita di dunia ini. Tajdid niat, moga2 Allah redha.

Semoga Allah mengurniakan kita dgn rezeki yg melimpah ruah agar melaluinya Islam akan bertambah hebat dan teguh. InshaaAllah amiin.



NUR FARAH LIYANA BT A'FENDI

Random thought

Terfikir utk berkongsi rasa
Namun aku fikir lebih baik rasa itu dipendam sahaja
Kerana di dunia ini, hanya Dia yg Maha Mengetahui.
Hanya dgn mengingati-Nya hati akan menjadi tenang.

----------------------

Dlm proses menjadi insan yg lebih baik drpd sebelumnya.
Moga dikurniakan kekuatan dan kesabaran dlm mengharungi setiap ujian dan pancaroba kehidupan yg fana ini
Sesungguhnya hanya Dia lah tempat aku bergantung kini dan selamanya.

----------------------

Menyedari hakikat kehidupan membuatkanku lebih menyedari betapa hinanya aku kerana terlalu mencintai dunia. Sedangkan negeri akhirat itu sentiasa memanggil-manggilku kepadanya.

Friday, August 3, 2018

Lelaki dari Masa Hadapan 3.0

Saya berjanji utk sentiasa menjaga mata, hati, lisan dan maruah diri demi kamu, si lelaki dari masa hadapan.

Saya berikrar, sejarah tak akan berulang walau apa pun yg terjadi.

Dan saya berharap dgn sepenuh keyakinan, doa berserta harapan agar kamu juga akan sentiasa menjaga mata, hati, lisan dan maruah diri kamu, buat saya.

Moga Allah permudahkan perjalanan kita berdua.
Moga Allah permudahkan urusan kamu menghalalkan saya.
Moga Allah izinkan hubungan ini berkekalan sehingga ke syurga firdausi.
Moga Allah jaga kamu walau di mana sahaja kamu berada.

Saya yakin, kamu ada. Dan saya akan sentiasa yakin bahawa Allah akan gerakkan hati kamu utk rasa apa yg saya rasakan skrg.

Demi Allah ye?