Harta kekayaan bukanlah tujuan kita hidup di atas muka bumi ini. Memang benar, dgn wang dan harta, kita boleh beli segalanya. Hatta ia bisa mewujudkan kebahagiaan yg selama ini kita dambakan. Tapi jgnlah kita lupa bahawa kehidupan ini hanyalah permainan semata2. Akhirat jualah yg menjadi cita2 dan pengakhiran kita nanti. Maka berlumba2 lah dlm menjadi manusia yg kaya dgn iman dan takwa, bkn dgn harta semata2.
Tak salah jika dikau mahu mengejar harta kekayaan, asalkan biar lah ia diiringi dgn matlamat yg jelas dan membawa kebaikan kpd agama dan masyarakat. Dgn wang itu, kita bisa bersedekah dan berinfak. Dgn wang itu, kita bisa menubuhkan yayasan2 yg dpt membela mereka2 yg kurang bernasib baik. Dgn wang itu, kita bisa melukiskan senyuman di wajah ibu bapa kita. Dgn wang itu, ia menjadi asbab kita menjadi hamba-Nya yg lebih beriman dan bertakwa.
Seperti Saidatina Khadijah dan sahabat baginda iaitu Saidina Usman yg membelanjakan seluruh harta mereka demi memperjuangkan dakwah Islamiah, semoga kita juga bisa menjadi dan meneladani kehebatan dan keikhlasan mereka. InshaaAllah.
Dan jgnlah kita menjadi hamba dunia yg mengejar kekayaan demi kepuasan nafsu semata2. Kerana sesungguhnya bkn kebahagiaan yg bakal kita perolehi, sebaliknya kesengsaraan dan penyesalan. Usahlah kita menyia2kan usia dan masa kita utk mengejar harta dunia sehingga kita mengabaikan tanggungjawab kita sebagai khalifah-Nya di atas muka bumi ini.
Oleh itu sama2 lah kita bermuhasabah, merenung kembali matlamat kita di dunia ini. Tajdid niat, moga2 Allah redha.
Semoga Allah mengurniakan kita dgn rezeki yg melimpah ruah agar melaluinya Islam akan bertambah hebat dan teguh. InshaaAllah amiin.
NUR FARAH LIYANA BT A'FENDI
No comments:
Post a Comment