Thursday, March 30, 2017

Secebis Dosa

Kita tak maksum.
Kita pendosa.
Kau berdosa.
Dia berdosa.
Bezanya, dosa dia terlihat zahir.
Sedang dosa kau, aib kau, Allah pelihara drpd pengetahuan manusia.

Friday, March 24, 2017

Dan pada akhirnya, kita harus menerima hakikat bahawa sesungguhnya hati manusia itu tidak boleh dipaksa tanpa kerelaannya.

Undur diri.

Bkn mengalah. Tapi sedar diri.

Harapan masih hidup, tapi dia umpama cuba bernafas tanpa oksigen. Sakit.

Monday, March 20, 2017

Belajar Kerana Exam

Sejak nak makin dekat dgn musim exam ni, makin stress pulak. Bukan utk semua subjek, tapi stress dgn subjek Bahasa Arab ( BA ) je. Sem 2 ni kos aku ambil dua subjek BA which is BA ASP (wajib) and BA KEBANGSAAN (for those who do not have basic in arabic language).

The problem here is...aku sgt lah tidak boleh 'in' lgsg dgn BA ASP ni. I do enjoy my BA KEBANGSAAN class so much as the lecturer is very fun and our class is very santai. Mcm bdk tadika baru nak bljr abc 123. But BA ASP class is so stressful for myself. I do not understand anything from what my lecturer taught in class. Yes, salah aku lah sbb aku tak byk bertanya dgn ustazah aku utk dptkan penjelasan yg lebih jelas ttg topik yg aku sdg bljr. But i notice something.

I enjoy my BA KEBANGSAAN class more sbb the way we learn is very santai as i said earlier. We learn from basic. Bermula dgn how to introduce ourselves in arabic, berbual in arabic....and my lecturer always introduce us with soooo many new vocabs that might helps us. And one fact that kinda affect my joy and enthusiasm of learning arabic is that...BA KEBANGSAAN tak masuk dlm final exam. So i think that is why aku lebih suka bljr sbjk ni compared to BA ASP.

BA ASP ni sbjk paling aku tak suka sekali sem ni. Sbb aku rasa everytime aku masuk kelas, hanya 10-20% je ilmu baru yg aku dpt dan aku fhm. Dan satu lagi mslh aku dlm kelas ni adalah, aku tak tahu apa yg aku tak tahu. Sampai skrg ni pun, aku masih tak tahu how to bina ayat padahal that is the simplest question could be asked in our final exam kot. I kind of annoyed jugak sbb my lecturer ajar too fast. Yeah i know utk BA ASP ni semua bdk wajib ambil either u do hv basic in arabic or not. So nak tak nak ustazah terpaksa lah ajar dgn agak laju since majority my classmates mmg ada basic arab. But the rest? Aduh....stress!

I need my own tutor. I need to do something. I dont want my pointer to be lower than 3.5 again...*sigh*

P/s Belajar utk exam ni stressful sbb kau kena tahu benda yg kau belum ready nak tahu.


Sunday, March 19, 2017

Terima

Minggu ni semua dok bercakap psl result SPM 2016. Yelah result baru release kan...hahaha. Very proud and happy for those yg dpt result cemerlang XD Iolls tumpang bangga tau. Hehe. Tapi kalau tak dpt result yg memberangsangkan pun tak salah. Dah itu je takat rezeki yg Allah bagi kan? Bersyukur je. Sbb apa saja yg Allah bagi kat kita tu, pasti dan pasti ada hikmah dia yg sendiri. Result baguih ka kurang baguih ka, kalau kita usaha utk improve diri kita, niat kita betoi, kita jaga disiplin diri kita, inshaaAllah kejayaan tu dekat ja dgn kita.

Teringat seorang kawan aku ni. Aku dah kenal dia sejak sekolah rndh lagi. After hbs SPM, aku keje part time kat sama tmpt dgn dia. Kat LFS Cinema, IOI Mall. Kalau tgk cara dia bekerja, aku mmg kagum. Dia ni fast learner. Workaholic. Sesiapa yg amik dia bekerja mmg takkan rugi lah dpt pekerja mcm dia ni. Aku sendiri cemburu dgn kelebihan dia. Sbb apa? Sbb dia punya soft skills mmg tiptop. Dah lah cantik, buat keje pun bagus.

So apa yg aku nak cerita psl kwn aku ni adalah....

Result SPM dia tak seberapa pun kalau nak achieve expectation org. Dia cuma dpt 4A dan selebihnya aku tak tahu. Yg aku tahu, Kimia dia D. Tapi aku suka tgk cara dia terima result dia. Aku tahu jauh dlm sudut hati dia, dia kecewa dgn result SPM dia. Yelah, dah lah dia tu anak tunggal. Mestilah mak ayah dia dah pasang harapan yg besar sgt dkt dia kan? But end up rezeki dia takat tu je. Siapa yg tak sedih kan? Tapi kawan aku ni kuat. Dia tak tunjukkan kelemahan dan kesedihan dia pd org pun. Malah dgn berbesar hati dia ucapkan tahniah dkt semua kawan-kawan dia yg dpt result baguih-baguih.

Okay so lets move to the other part of the story.

Result SPM dah tahu. Tunggu result permohonan UPU lah pulak kan? So hari yg ditunggu pun dah tiba...Apa yg aku tahu, kwn aku ni dia tak dpt mana-mana tawaran U pun. Even after dia dah buat permohonan pun, but still...failed. Kalau tak silap aku dia ada juga dpt tawaran utk pergi Form 6, tapi dia tolak tawaran tu atas faktor apa entah aku tak berniat nak tanya pula. So selama berbulan-bulan dia tunggu mana-mana tawaran tapi takde satu pun yg dia dpt. But know what? Rezeki dia dkt tmpt keje sangat sangat murah. Drpd bekerja sbgi staff biasa mcm aku dulu, lama-kelamaan Allah murahkan rezeki dia sampai lah dia dpt naik pangkat step by step. Bermula drpd staff biasa, kemudian leader department seterusnya ke Cinema Assistant. Kemon lah. Waktu tu umur dia baru 19 tahun kot. 19 tahun beb. Baru 19 tahun dah jadi CINEMA ASSISTANT. Tak ke hebat tu? Bkn semua org tau boleh buat mcm tu. Bkn semua org dpt rasa benda tu.

Aku yakin, kejayaan dia tu adalah ganjaran Allah kepada dia sbb selama ni dia sentiasa bersangka baik dgn Allah. Dia kecewa sbb tak dpt keputusan SPM yg bagus. Dia kecewa sbb tak dpt mana-mana tawaran U di saat semua kawan-kawan dia dah mula bercerita ttg assignment, university life and so on. Tapi, kecewa mcm mana sekali pun, dia tak pernah berputus asa, tak pernah berhenti berdoa, tak pernah berputus harap. Dia teruskan hidup dia mcm biasa. Org lain bangun pagi nak pergi kelas, dia bangun pagi pergi kerja. Org lain bersengkang mata nak siapkan esaimen, dia bersengkang mata nak siapkan daily report...

Apa yg aku nak sampaikan skrg adalah...

Tak kisah lah apa pun yg Allah bagi kat kau, kau kena terima dgn hati yg terbuka. Mgkn kau akan rasa benda tu tak adil utk kau. Kau rasa kau layak dpt yg lebih baik drpd tu. Tapi kau kena tahu satu benda. Allah tak jadikan satu perkara tu sia-sia. Ada sebab kenapa Dia hold dulu kehendak / doa kau. Mgkn apa yg kau inginkan tu bkn yg terbaik buat kau pd masa skrg. Jadi Allah berikan dulu apa yg kau PERLUKAN. Tugas kau sebagai hamba adalah BERSYUKUR, BERSABAR, REDHA DAN TAWAKAL. Aku berani cakap mcm ni sbb aku juga ada kisah aku sendiri. Kekecewaan yg prnh membuatkan aku marah dkt Dia. Tapi once aku accept benda tu, Allah tunjukkan dkt aku hikmah di sebalik semuanya. Kau cuma perlu percayakan Dia beb. Aturan Allah tak pernah salah. Jadi, jgn kau prnh kecewa kalau kau tak dpt apa yg kau nak. Sebaliknya, kau cuba muhasabah diri kau balik and improve mana yg kurang baik. Either the dissapoinment is a test or balasan utk kau, you NEED to accept it beb. Teruskan perjuangan dan jgn berhenti berdoa. Simpan kata-kata aku ni sbb one day kau akan setuju dgn apa yg aku ckp. Cheer up!

P/s Alhamdulillah, setelah hampir setahun menunggu, akhirnya kawan aku berjaya menyambungkan pelajaran di sebuah politeknik dlm jurusan yg sgt dia minati dan applicable dlm pekerjaan dia skrg. Semoga Allah murahkan rezeki dia aamiin :)

Sunday, March 12, 2017

Walau dah ditolak byk kali, dlm diam dan terang...aku masih mahukan dia Ya Allah.
Mmg salah utk aku terus berharap pd perkara yg tak pasti. Apatah lagi perkara itu mustahil dan takkan terjadi. Tapi dia yg aku mahu Ya Allah.
Hanya dia.

Aku janji aku akan berusaha menjadi org yg lebih baik, demi dia.
Aku mahukan dia...
Ye, aku dgn dia mcm langit dgn bumi.
He is almost perfect while me? Im not even near to 'good'.
Mmg tak setanding aku dgn dia. Tapi aku tetap mahukan dia. Aku boleh berusaha.
Aku cuma nak dia...

Thursday, March 9, 2017

Ditolak.
Tertutup ruang, peluang.
Sakit yg selamanya akan dikenang.
Sedar diri.
Tak layak berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengannya.
Tenanglah jiwa....

Saturday, March 4, 2017

Demi Dia

Cukup. Masa utk leka dengan dunia dah tamat. Sekarang bkn waktunya utk menagih simpati manusia. Bkn masanya utk main-main. Skrg kena serius. Waktu makin singkat. Penantian dah makin hampir. Pengakhiran semakin tiba. Janji pada diri sendiri ye. Demi Dia, kau akan berubah. Tak mintak jadi alim pun. Kau mampu utk jadi yg lebih baik drpd hari semalam pun dah bagus. Ingat, kau dah pernah berjanji. Org munafik je yg mungkir janji. Ingat, bila kau kejar akhirat, dunia pun akan turut kejar kau jugak. Apa lah sgt yg ada dkt dunia ni? Semuanya tak kekal pun. Baik kau kejar akhirat. Tu tempat terakhir engkau, tujuan kau, matlamat kau. Tak ke? Jgn lupa....

Ye, mmg lah tak mudah. Tapi Allah dah janji siapa yg berusaha pasti akan ada ganjarannya. Kau boleh!

Kau akan rasa manisnya bila semua yg kau buat hanya bersandar pd Dia, hanya demi Dia. Bila dunia kau letak di tangan dan akhirat di hati, inshaaAllah hidup kau akan dipermudahkan. Kau akan rasa bahagia. Sbb apa? Sbb kau yakin Dia ada, Sentiasa ada. Dia Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Berkuasa. Lelah kau, sakit kau, derita kau, sepi kau, lemah kau, semua Dia tahu. Dia bukan biarkan kau terkontang-kanting tanpa pengharapan dan bantuan, tapi Dia berikan kau masa. Dia nak ajar kau jadi kuat. Sbb apa? Sbb dunia bkn utk org yg lembik. Sbb tu kau kena kuat. Melalui ujian yg Dia bagi, kau akan kuat. Kau akan kuat. Tenang. Dia tak pergi mana pun. Kau cari lah Dia. Dia ada je dgr rintihan kau. Setiap masa. Tanpa gagal.

Janji, mulai detik ini, semuanya hanya demi Dia. Bkn kerana manusia.
Janji, kau takkan mengalah kerana mulut manusia.
Janji, kau takkan kalah dengan cacian dan kejian manusia.
Janji, mereka takkan sesekali mampu hancurkan semangat kau.
Janji, semuanya demi Dia.











Harapan masih hidup.
Buat diri sendiri, engkau boleh!
11:21
4.3.2017
Bagai pungguk rindukan bulan.
Umpama melukut di tepian gantang.

Bagaimana boleh lupakan dia, kalau dah setiap minggu muka dia yg aku kena hadap?
Bagaimana boleh lupakan dia, kalau dlm mimpi pun asyik muka dia yg muncul?
Bagaimana boleh lupakan dia, kalau org di kiri kanan juga asyik berbicara ttg dia?
Bagaimana boleh lupakan dia, kalau suara dia, tingkah laku dia dah sebati dlm fikiran dan hati?
Bagaimana boleh lupakan dia, kalau hati masih mahukan dia?

Dah cuba. Dah cuba nak move on. Tapi tak mampu lah. 

Kalau ikutkan hati, mahu saja berdoa spy Allah bukakan pintu hati dia utk aku pula. Tapi, kelakar lah. Sumpah kelakar. Tak layak doe. Mcm langit dgn bumi. Merak dgn gagak. Potato dgn cheesy wedges. Ayam goreng dgn ayam madu. Argh!


Wednesday, March 1, 2017

Mati

Mati
Bagaimana nanti andainya kita mati, tanpa sempat kita menutup aurat dgn sempurna?
Bagaimana nanti andainya kita mati, tanpa sempat kita bertaubat atas segala dosa yg sengaja dan tidak kita lakukan?
Bagaimana nanti andainya kita mati, sedangkan solat yg menjadi tiang agama itu sendiri jarang sekali kita dirikan?
Bagaimana nanti andainya kita mati, tanpa sempat kita meminta maaf atas segala kesalahan kita terhadap keluarga kita, sahabat kita, jiran-jiran kita...?
Bagaimana nanti andainya kita mati, dengan amalan yg sebesar zarah sedangkan dosa seluas lautan?


Mati.
Bila? Kenapa? Bagaimana?

Selamatkah kita di sana nanti?


Apa rasanya apabila roh terpisah dari jasad??
Apa rasanya apabila hati memberontak utk bersama keluarga, sdgkan kini kau sudah di dalam kubur, keseorangan?
Apa rasanya nanti bila jasad kau ditimbus di dalam tanah? -Tiada cahaya. Tiada udara. Tiada ruang. Tiada suara. Tiada harta.
Apa rasanya bila akhirnya kau sedari bahawa sesungguhnya janji Allah itu benar, Akhirat itu kenyataan, Dunia itu fana?
Apa rasanya bila akhirnya engkau sedari bahawa selama ini engkau terlalu hanyut dgn dunia sehinggakan engkau lupa hakikat sebenar kehidupan?

Hidup utk mati.
Kita di dunia utk kembali kepadaNya.

Tapi.
Kita di sini masih bersuka ria.
Masih terhanyut dgn dunia maya dan gajet.
Masih sombong tidak mahu mencari Dia.
Masih berduka apabila nikmat dunia tidak dirasai.
Masih leka dgn urusan duniawi.
Masih selesa di katil yg empuk tanpa memikirkan nasib saudara kita yg ditindas?
Masih jahil tidak mahu mencari ilmuNya yg tak akan prnh habis digali.
Masih risau dgn pandangan manusia andai kita tidak spt mereka.
Masih hanyut mencari cinta manusia. Sedangkan cinta kita terhadap Dia?

Mati.
Andai esok aku mati, aku mahu pinta kpdNya, kembalikan aku di dunia

-kerana aku mahu ibadatku, hatiku, hidupku dan matiku hanya demi Dia.