Thursday, January 26, 2023

Perjuangan

Bismillah

Perjuangan - 

bunyinya seperti aku sedang mengangkat senjata untuk mengalahkan musuh negara
tapi hakikatnya ia hanyalah sekadar sebuah perjuangan kecilku untuk mengalahkan nafsu dan perasaan.

Semalam, 25 Januari 2023.
Ia adalah hari pertama dalam perjuanganku untuk melupakan dan meninggalkan dia.
Kebiasaannya aku akan ws dia seawal pagi lagi untuk mengucapkan selamat pagi, mendoakan agar harinya berjalan mudah dan sekadar bertanya khabar walaupun aku tahu ia tidak pernah berbalas.
Tapi semalam, aku tidak melakukannya lagi.

Dia sudah menyekat aku dari hidupnya. Dia sudah membuang aku dari hidupnya.
Dan aku harus sedar diri bahawa aku tidak lagi mahu diperjuangkannya.

"walau apa pun yg jadi, awak jgn harap abg akan lepaskan awak"
"kita dah mulakan, kita habiskan"

Kata-kata indah darinya ini tidak pernah aku lupakan. 

Tapi..aku harus ingat. Itu hanya sekadar kenangan silam yg tidak mungkin berulang lagi.
Mungkin aku yg tidak sempurna untuk dia, tidak mampu membuatnya gembira, apa lagi bahagia.
Mungkin melepaskannya adalah keputusan yg terbaik buat kami agar dia lebih bahagia, dan aku lebih..........
tidak, aku tidak akan lebih bahagia.

Namun aku harap, perjuangan ini akan berakhir dengan sebuah kemanisan yg tidak pernah aku duga.

Hari pertama sudah aku berjaya lalui - tanpa cuba mencari tahu ttgnya, tanpa merasa sedih saat melihat gambarnya. 
Hari pertama sudah aku berjaya lalui - dengan membuang nombor telefonnya dan mula membuang gambar2nya juga.

Menuju 39 hari lagi, mudah-mudahan aku berjaya...
Mungkin tak mudah, tapi aku boleh berjaya. Aku yakin, inshaaAllah.

Tuesday, January 10, 2023

Entah apa sebenarnya rasa yg sedang menjeruk jiwa ini
Ia semakin hari semakin parah
Setiap kali bangun pagi, aku dihimpit dengan pelbagai persoalan
Berhargakah aku
Bermaknakah aku
Dia sayang aku lagi ke
Kenapa dia berubah
Aku ke yg buat hati dia berubah
Dia dah tawar hati dengan aku ke
Apa yg aku dah buat
Ikhas ke dia dgn aku sebenarnya
Bersungguhkah dia terhadap aku
Nak ke dia menikahi aku

Bila aku boleh bebas drpd fikiran ini
Bila aku boleh bebas drpd perasaan ini

Aku penat
Aku penat

Monday, January 2, 2023

31.12.2022

Pada 31.12.2022 yang lalu..

Itu waktu puncak di mana aku sudah terlalu membenci diriku.

Aku menangis.

Aku sedih, aku marah.

Kenapa aku selalu sakitkan hati orang? Kenapa aku tak pandai nak hargai orang? Kenapa aku suka menangkan emosi aku, hati aku? Kenapa aku tak berfikir secara waras sebelum mengambil keputusan? 

Kenapa aku mcm ni...

Aku benci diri aku.

Kenapa aku mintak maaf? Kenapa aku mintak maaf?

Aku ke yg salah? Aku je ke yg salah?

Kenapa aku selalu mengalah dgn kau? 

Aku penat. Aku selalu rasa keseorangan. Orang tak suka aku, tak sayang aku.

Atau salah aku kerana aku yg meletakkan jurang?

Asyik aku je yg cari orang, orang tak cari aku pun.

Bila ada salah faham, aku terus salahkan diri aku.

Aku bodoh, aku bodoh, aku bodoh!

Aku yg pilih kau, bermakna aku dah siap untuk makan hati setiap hari. Aku dah siap untuk menangis, untuk kecewa, untuk cemburu.

Aku worthless.....

Aku tak ada apa-apa. Orang tak nak layan aku.

Aku penat, aku penat, aku penat!

Aku yg selalu terikat. Hakikatnya orang tak peduli, orang tak rasa apa.

Kalau kau tak suka aku, kau pergi lah

Aku dah biasa sorang-sorang...