Tuesday, November 8, 2022

Friday, August 12, 2022

Kekasihku 19

Abg, nak tahu tak? Kalau saya diberikan kuasa kan, saya teringinn sgt nak kuasa utk tahu isi hati org, terutamanya isi hati lelaki yg dulu paling sygkan saya.

Saya teringin nak tahu, sbnrnya dlm hati dia tu, ada saya lagi atau tak? Apabila dia berdoa, dia akan sebut nama saya atau tak.

Saya teringin nak tahu apa yg hati dia rasa bila saya diam, bila saya jauh drpd dia..Sebab saya pelik. Dulu, lelaki tu pantang saya senyap, mesti dia akan cari. Kalau saya block dia, mesti dia akan perasan, mesti dia akan call saya sampai dpt. Siap guna phone member dia lagi untuk call saya. Skrg, dia dah tak cari2 saya lagi. Dia tak kisah pun kalau saya senyap. Bahkan, dia tak sedar pun yg saya dah tak kawan dgn dia lagi dkt ig.

Saya teringin nak tahu isi hati dia. Betul ke dia sygkan saya lagi? Dia ckp dia sygkan saya. Tapi kadang kadang tindakan dia tak sama dgn apa yg dia ckp. Dia ckp dia sygkan saya, tapi dia selalu reply ws saya lambatt sgt..Dia ckp dia rindukan saya, tapi kalau saya tak call dia, dia tak call pun saya..Dia ckp dia sygkan saya, tapi dia tak tahu pun yg saya tgh sakit, saya tgh susah...Dia biarkan saya sorang2 sampai saya dah sembuh sendiri, dia biarkan saya sorang2 sampai saya dah boleh selesaikan mslh saya sendiri..sdgkan pada waktu tu saya amat2 memerlukan dia sebagai pasangan saya...

Saya teringin nak tahu, sbnrnya dia masih dgn saya sbb apa....Kalau dia dah tak nak saya, dia dah takde rasa nak teruskan hubungan ni, kenapa dia masih berikan saya harapan? Saya prnh kata dkt dia, kalau dia dah tak nak saya, tolong lepaskan saya dgn cara yg baik sebagaimana dulu dia mampu dtg kpd saya dgn cara yg baik sampai saya boleh jatuh cinta dgn dia..Tapi kenapa dia diam? Mksdnya dia nak saya lagi ke?

Kalau betul dia masih nak saya, kalau betul dia masih sygkan saya..Kenapa saya dah tak rasa disayangi? Saya rasa saya dah kehilangan diri dia yg dulu. Sikap dia dlm melayani saya dah berubah sepenuhnya......

Monday, July 25, 2022

Kekasihku 18

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

Hari ini aku gembiraa sangat. Gembira dan bahagia.
Kerana setelah dua minggu aku dan dia berada dalam fasa konflik dan hampir sahaja mengakhirkan perhubungan ini, akhirnya kami berdua kembali berbaik dan kembali seperti sebelum ini.
Saling bertanya khabar, bertukar cerita, bergurau senda..Alhamdulillah

Syukurku setinggi-tingginya buat Yang Maha Mendengar yang telah memakbulkan doa-doaku.

Aku janji, akanku jaga hubungan ini dengan sebaiknya, lebih baik drpd sebelum ini. 
Kali ini, lebih teguh dengan iringan doa dan bimbingan daripada Yang Maha Esa, inshaaAllah..

Wednesday, July 20, 2022

Kekasihku 17

Abg, walaupun skrg kita dah berbaik dan hubungan kita dah kembali mcm dulu, tapi jauh dalam hati saya, saya dpt rasakan seperti abg dah berubah..

Suara abg apabila bercakap dgn saya, dah tak manis dan penuh dgn pujian dan gurau senda spt dulu..

Kalau dulu, abg suka ungkapkan perkataan sayang, tapi skrg tidak lagi..

Abg ikhlas kah melayan saya? Atau ia sekadar atas rasa kasihan atau bersalah?

Abg dah tak mahukan saya?

Abg dah putus asa dgn saya?

Abg....dah tak cintakan saya?

Saya keliru.

Friday, July 15, 2022

Kekasihku 16

Assalamualaikum abg

Saya rasa bersyukurr sgt. Sebab akhirnya, hubungan kita dah kembali spt sedia kala. 

Kita dah boleh bergurau mcm sebelum ni. Saling bertanya khabar, usik-mengusik..

Abg dah kembali kpd rutin abg sblm ni, iaitu call saya setiap malam. Alhamdulillah..


Abg, kehilangan awak tak mampu saya tanggung.

Walaupun hanya sekejap, walaupun dlm tempoh itu awak masih berhubung dgn saya..Tapi cukuplah sekadar itu.

Kini saya sedar bahawa perpisahan bukanlah apa yg lahir dari hati saya. 

Saya takkan pernah sanggup kehilangan awk sekali lagi abg.


Saya janji, saya akan lebih memahami abg

Saya janji, saya akan lebih menghargai abg

Saya janji, saya akan belajar utk mengawal fikiran saya


Saya sayangkan awk abg...

Wednesday, July 13, 2022

Kekasihku 15

Sampai bila kau nak seksa aku mcm ni? Sampai bila?

Sampai bila kau nak bersikap dingin dgn aku?

Terlalu kejamkah kata2 aku?

Terlalu hina ke diri aku?

Aku tahu kata2 aku dah buat hati kau terguris

Aku tahu hati yg dah berkecai takkan mudah bercantum semula

Tapi adakah tiada langsung ruang kemaafan utk aku

Adakah tak ada langsung cinta yg tersisa











Adakah tiada langsung kasih yg tersisa, wahai sayangku........................

Monday, July 11, 2022

Kekasihku 13

Dulu, aku juga yg mahu kau benci aku agar lebih mudah kau lepaskan aku dan lebih mudah aku lupakan kau.

Tapi skrg..

Apabila benda tu berlaku, aku pula yg tak boleh terima. 

Aku terlalu syg sgt pada kau. Aku takut kau benci aku. Aku takut kau tinggalkan aku..

Ya Allah..ampunilah aku.

Aku tak bersedia kehilangan dia ya Allah :")))

Thursday, July 7, 2022

Kekasihku 12

Entah apa yang terjadi akhir-akhir ini

Terasa seperti kita semakin menjauh

Adakah ini pengakhiran bagi takdir kita

Atau masih ada sinar buat hubungan ini


Aku takut jika kau pilih untuk melepaskan aku

Tapi aku juga takut andai kita tak bahagia dengan jalan yang dipilih kini

Apakah harus kita pertahankan

Atau membiarkan hubungan ini semakin dingin

Tuesday, June 7, 2022

Kekasihku 11

kenapa susah sangat kau nak faham

kau dan aku takkan mungkin bersama

hubungan ni tak akan jadi

berhenti lah sedapkan hati aku, pujuk aku..

aku nak kau benci aku, berhenti bagi aku harapan

kita takkan bersatu

Tuesday, May 10, 2022

Bertatih ke Syurga

Panduan dan pantang-larang buat diriku:

1. Solat 5 waktu jangan tinggal.
2. Solat ganti untuk solat-solat yang sengaja ditinggalkan sebelum ni.
3. Puasa setiap Isnin dan Khamis.
4. Baca al-quran sekurang-kurangnya 4 helai setiap hari.
5. Jangan keluar dengan lelaki.
6. Jangan keluar malam dengan lelaki.
7. Banyakkan mendengar bacaan ayat al-quran.
8. Jangan post gambar sendiri di social media sekiranya gmbr tu memang tujuan utk riak.
9. Jangan balas story lelaki terutamanya yang sudah berpasangan.
10. Jangan balas mesej lelaki dengan emoji yang tak sopan.
11. Jangan menggedik.


Saturday, April 23, 2022

Apa ekk

Assalamualaikum and hai!

Korang okay tak tu? Sihat? Fizikal mungkin sihat, tapi mental korang apa khabar pulak? Ingat geng, our mental health is as important as our physical, so jangan sesekali korang abaikan benda tu tau. INGATT TAUU. So kalau korang tengah stress, depress, burnout ke apa, korang rest dulu k? Kalau penat dgn kerja, cuba mintak halfday atau mintak cuti terus drpd boss korang and korang pergi laa tidur kat rumah ke, jalan2 shopping ke, makan2 kat tepi pantai ke...Just do whatever that can make you feel better okay? Sorry I cant help much :(

Aku? Alhamdulillah..boleh boleh lah. Harini hari sabtu, so kerja halfday je. Bila kerja halfday, maka mood tu better lahh drpd hari2 lain. Hihik XD

Apa plan korang harini? Aku ingat balik kerja ni nanti aku nak tidur dulu. Pastu petang nanti aku nak ajak family aku pusing2 kat bazar ramadan. Aku ingat nak bagi deme setiap sorang RM10 pastu biarkan depa nak beli apa2 dgn duit tu..Okay tak? Aku dah lama doe tak bersedekah dkt family sendiri..huhu.

Nanti kat bazar nak beli apa ek? Emmm soalan susah ni. Walaupun aku bukan jenis yang kuat makan, tapi nak pilih makanan apa utk berbuka ni payah gak geng. Aku rasa aku nak air katira atau air asam boi. Pastu makanan pulak, aku nak beli nasi berlauk, ayam percik, murtabak, kuih2, nasi beriani, ayam goreng..ehhh tetiba terbanyak pulak nafsu ni mintak!!

Ahhh sumpah aku takleh decide nak makan apa nanti. Kita tunggu dan lihat jelah eh.

Salam Ramadan hari ke-21 guys!!

Friday, April 22, 2022

Di sebalik face mask

Hai korang..

Harini aku takde mood sikit, sebab badan aku rasa lemauu sangat. Aku rasa mengantuk, penat dan tak cukup tidurrr. Puncanya? Malam semalam aku tidur lambat, pastu pagi ni aku terbangun sahur awal sangat pulakk 😭 Biasanya aku bangun pkl 5 pagi tau... Tapi harini mak aku dah kejutkan aku dulu sebelum alarm aku berbunyii. Aku ingatkan aku yg tak dengar bunyi alarm pastu mak tolong kejut sebab aku dah terlewat sahur, tapi rupa2nya mmg mak yg sengaja kejutkan awal gile pagi tadii. Yang aku pulak jenis tak tengok jam terus bangun. Patut lah mata aku rasa berat gile pagi tadi masa nak makan sahur.

Pastu bila dah sampai office, aku rasa tak bersemangat langsung lah kan nak buat kerja. Baru masuk office dah start countdown bila laa nak pukul 12 ni sebab aku dah tak sabar nak tidur kat surau. Haha. Tapii nasib baik laa harini ada banyak lah jugak kerja, so aku takde lah makin lemau kan sebab duduk saja tak buat apa2? Kira harini okay laa sebab aku banyak ke sana ke sini jumpa orang. Tapi still aku ada masa lapang jugak lah, thats why lah aku boleh update blog ni. Kehkeh. Sekarang pkl 1.53 tengah hari. Japgi pukul 2 aku nak gi solat jap kat office atas.

Oh btw ada cerita kelakar semalam. Semalam tuu aku tidur lewat sbb aku keluar moreh dgn abg lepas isyak. Kitorang pergi drive-thru mekdi. Aje gileee aku dah di alam mimpi dah masa tu, pastu boleh pulak abg call 

"sayang, siap2 skrg. Abg amik". 

"Eh, tak nak tak nak tak nakk. Esok saya kerja laa. Saya nak tidur ni"

...but abg being abg. Dia mana nak dgr kalau aku cakap tak nak. Maka dgn berat matanya aku pun ikut laa dia keluar. Before tu kitorang singgah bengkel dia jap sbb dia nak settlekan sikit kerja office dia. Pastu baru kitorang gi mekdi.

Tadi ckp ada benda kelakar. Apa yg kelakarnya??

Hahahah cerita kelakarnya..

Masa kat mekdi tu..time nak bayar tu kan, rupa2nya staff mekdi yg amik order tu Azhar laa, ex budak shell jugak!! Partner membawang aku dulu.. Hahaha. Aku punyalah excited tegur dia, "WEH AZHAR! AZHARRRR, HAIII!!" pastu dia boleh buat blur pulak guyss. Aku ingatkan sebab dia tak nampak muka aku (kan sebab aku duduk kat seat penumpang) plus masa tu gelap kan...But then baru aku teringat..Azhar mana kenal aku sebab dia mana pernah tengok muka aku!! Hahahaha. Bongok laa. Punyalah beria aku tegur diaaa. Duluuu masa kitorang sama2 kerja kat shell, aku tak pernah bukak face mask aku depan Azhar..Takde siapa pun staff shell yg tahu muka aku mcm mana..Thats why laa masa aku tegur dia kat mekdi tuu dia tak cam akuu sebab masa tu aku tak pakai face mask and aku pakai tudung sarung je masa tu..hahahaha

Eiii mmg lah korang rasa cerita ni tak kelakar, tapi aku rasa kelakar lah!! Hahahaha

Tapi masa tu tak sempat nak borak2 dengan azhar sbb kereta kat belakang dah beraturrr. Korang tahu lah kann, drive-thru mekdi ni mana pernah tak pannjanggg lagi2 masa bulan puasa. Pakat moreh mekdi belake org kite boh.

Eh sambung cerita tadi. Lepas aku tegur azhar tu kan, abg marah aku tauu sbb dia tak suka aku tunjuk muka aku kat lelaki..Dia suruh aku pakai face mask tapi aku tak nak..Yelah, dalam kereta kan, buat apa nak pakai kan? Tapi abg tak bagi aku bukak face mask masa tu walaupun dlm kereta je. Dia kata 'nak tunjuk muka cantik lah tu'. Hahaha korang lekluuu. Mmg lah aku tak cantik, tapi pada pandangan abg kan aku cantik, so dia tak suka laa aku tunjuk2 muka aku gitu..Korang jgn lah marah aku ckp ginii hahahaha. 

Kenapa masa kerja kat shell tak pernah bukak face mask?

Satu je jawapan dia. Sebab aku insecure!! Masa awal2 aku kerja dekat shell tu, aku blm pakai braces lagi tau..so aku malu laa kalau org tahu yg gigi aku ni tak lawa..So untuk menutup kekurangan tu, aku ambil lah keputusan utk tak bukak face mask walau dlm apa keadaan sekali pun. Kalau nak makan ke nak minum ke, aku akan buat masa takde org tgk aku. So masa aku kerja kat shell tu senang cerita takde siapa pun kenal aku dan tahu muka aku mcm mana sbb aku sentiasa pakai face mask sbb aku malu kalau org tahu gigi aku buruk. Begitulaa.

Tapi sekarang gigi aku dah cantik sebab aku dah setahun lebih pakai braces. Alhamdulillah gigi aku dah tersusun cantik, cuma bite aku jelaa yg masih belum sempurna dan masih perlukan rawatan lagi 😊

Ehh terpanjang pulak blog aku harini. Niat asalnya cuma nak bagitahu yg aku penat je. Hahahah okaylah. Aku nak sambung buat kerja jap. Nanti aku free aku sambung cerita lain pulak k? Aku rasa aku nak istiqomah dalam meng-update blog laa since kerja aku yg skrg ni ada banyak masa lapang, so drpd aku surf benda entah pape baik aku update blog kan? Okaylah, bye guyss. Assalamualaikum!

Tuesday, April 19, 2022

Life Update

Hai korang, lama dah kita tak berjumpa kan? Korang mesti bosan kan sbb aku asyik bercerita pasal kekasih aku je? Hmm, sorry guys..Aku bukan tak nak share dgn korang apa2 pasal aku, tapi aku rasa life aku biasa2 je lah, takde pape yg best pun untuk dikongsikan. Korang jangan lah tinggalkan aku pulakk. Aku cuba berusaha utk banyakkan tulis pasal benda2 lain pula lepas ni k? Harini aku rasa mcm nak borak2 sikit lah dgn korang. Aku tengah bosan ni sebenarnya sebab aku takde kerja dah nak buat kat office, so..jom lah start!
First
Alhamdulillah aku sihat je..Harini adalah Ramadan yang ke-17 bersamaan dengan Hari Nuzul Quran. So far, aku tahu ini bukanlah Ramadan aku yang terbaik. Banyak sangat sunnah-sunnah dan lubuk-lubuk pahala yang aku lepaskan begitu sahaja dek kemalasan aku. Allahu robbi..Kenapa ek? Kita tahu tau kita tak baik, kita tahu yg kita nak berubah, but still lagi kita berada dalam zon yg sama? Korang faham tak mksd aku? Mksd aku, aku tahu aku tak baik, aku tahu aku nak berubah menjadi orang yg lebih baik, tapi still...ibadah aku masih mcm tu, akhlak aku, mindset aku, amalan-amalan aku..semuanya masih lagi mcm tu. No improvement. Haih..entahlah..Bukan aku tak nak bergerak tau, tapi...i dont know!! Kenapa eh? Adakah kerana aku kurang berdoa? Atau tak sungguh2 beristiqomah? Cuba korang komen kat bawah, mana tahu korang boleh menjadi asbab utk aku berubah jadi lebih baik drpd sebelum2 ni..?

Second
Dah hampir sebulan aku kerja kat tempat baru. Sebelum ni kan aku kerja kat Shell sebagai cashier kan..Alhamdulillah sekarang aku dah kerja kat kilang kotak sebagai QA Officer. Aku bersyukur sangat sebab doa2 aku dimakbulkan Allah. Aku sbnrnya dah lama dah teringin nak kerja kat kilang tau..Aku nak try kerja kat bhgn admin sbnrnya..Admin, HR or kerani. Tapi Allah bagi aku peluang utk jadi QA pulak, which is bagus jugak tauu sebab aku boleh kumpul pengalaman baaanyak banyak and then bila aku lompat kerja inshaaAllah aku boleh demand gaji yg lagi tinggi. Aku bersyukur juga sebab manager aku sudi terima aku utk jawatan ni walaupun degree dan pengalaman kerja aku sblm ni langsung takde kaitan dengan job scope aku. Aku berjanji untuk menggunakan sepenuh kepercayaan yg diberikan ni utk melakukan yg terbaik! Aamiin..

Third
Alhamdulillah..Puji dan syukur diucapkan sepenuhnya kpd Allah swt atas segala kurniaan rezekiNya kpd keluargaku. Bertubi2 rezeki yg datang kpd kami sekeluarga. Bermula dengan finally kitorang dapat install air-cond kat rumah kitorang..Lepas tu, kakak belanja sofa baru..Then, ada orang beli rumah kitorang yg lagi satu tu..And now alhamdulillah ayah dah panggil orang utk renovate rumah kitorang jadi lagi besar. Soo dapat lah kami merasa 'rumah baru' masa hari raya nanti! InshaaAllah aamiin.

Korang apa cerita pulak? Aku tak pandai lah nak borak2 sbnrnya..Aku ni kat real life introvert, kat socmed pun introvert jugak tau. Apa kata korang pulak share psl life korang kat bawah ni..Aku janji aku akan baca and respon!!

Saturday, February 5, 2022

Kekasihku 9

Aku tak akan mendesak dia untuk membalas mesejku lagi. Cukuplah selama ini aku sudah bersikap seperti terhegeh2 dgn dia. Sekarang, biarlah aku pasrah dengan apa sahaja cara layanannya terhadapku. 

Aku harus sedar. Aku bukan sesiapa baginya. Walaupun dia selalu memanggilku 'isteri', tetapi hakikatnya aku hanyalah orang luar dalam hidupnya.