Monday, April 20, 2020

Sengaja aku mendiamkan diri, demi menjaga hati kalian.
Aku bukanlah manusia yg bijak mengatur bicara dan menyusun kata².
Aku tahu, sering kali ucapanku disalah erti, menyakitkan hati dan mengguris perasaan kalian.
Jadi, demi kemaslahatan kita, lebih baik aku mendiamkan diri, agar aku tidak melakukan silap yg sama sekali lagi.
Namun, seandainya diamku ini menimbulkan sakit di hati kalian, maka maafkanlah aku.
Bukan niatku mahu dicari², aku cuma perlukan ruang buat diri ini menginsafi diri.
Buat yg memahami, terima kasih ku ucapkan.
Doakan lah diri ini agar mampu menjadi manusia sebaik kalian.
Setelah 6 tahun, dia hadir lagi utk menawarkan kasih dan keikhlasan buatku.
6 tahun, tanpa jemu dia menungguku.
Entah apa lah yg istimewa ttg diri ini sehingga dia sanggup menungguku selama itu.
Ada hal yg aku suka ttg dia.
Dia lelaki yg tidak prnh mengambil kesempatan ke atasku. Tidak prnh lgsg!
Tidak prnh meminta aku melakukan hal² yg tidak wajar dan tidak prnh menyakitkan hatiku.
Berkali² juga dia katakan bahawa dia ingin jujur kpd ayahku ttg hubungan kami sbgi rakan yg sebenarnya telah terjalin sejak sekian lama.
Berkali² juga dia melamarku.
Tapi, hati aku belum terbuka untuknya.
Ye, dia lelaki yg baik.
Tetapi hati aku perlu berhati².
Perkahwinan bukanlah utk sehari dua, tetapi penyatuan dua jiwa dan keluarga sehingga ke syurga.
Aku perlu lebih bijak dalam menilai.
Semoga Allah membimbingku utk membuat keputusan.
Andai dia jodohku, semoga aku mampu menjadi penyejuk hatinya sehingga ke negeri abadi.
Seandainya tidak, aku doakan agar dia mampu bertemu seorang wanita yg mampu membahagiakannya.
InshaaAllah, aamiin.

Monday, March 2, 2020

Beruntunglah bagi mereka yang setelah berbuat dosa, mereka lantas sedar lalu bertaubat.
Kerana apa?
Tidak semua manusia punya rasa itu. Bahkan dia tidak tahu pun apa yg dilakukannya itu salah di mata Tuhan, serong di mata manusia.
Sesungguhnya kamu itu beruntung!

Sunday, February 2, 2020

IKIM FM


Aku bukan lah perempuan yg jenis alim dan solehah sampai tahap lagu2 yg menjadi halwa telinga aku semuanya lagu2 nasyid semata2. Ye, aku bdk dakwah. Pakaian aku menutup aurat. Tapi iman aku masih belum cukup padu mcm ustaz ustazah kat luar sana. Lagu2 hit zaman skrg tetap menjadi halwa telinga aku. Nasyid? Ah sudah....mmg bkn pilihan aku lah. Aku dgr pun cuma bila dia kebetulan keluar di radio.

Prnh lah dulu masa zaman aku berhijrah, aku mmg stick gila dgr IKIM FM. Time tu aku rasa ya Allah tenangnyaaa. Ini lah sebenar2 hiburan yg mendidik jiwa (tagline IKIM). Lagu2 cintanya semuanya ttg cinta kpd Tuhan, Rasulullah, para sahabat, ibu bapa..bukan cinta kpd si ajnabi semata2! Waktu tu, mmg aku tak dgr dah radio2 lain. 

Tapi tu lah. Benda tu tak lama...Sampai masanya, aku kembali dgr lagu2 yg melalaikan..IKIM? Hmmmm...bkn lagi menjadi pilihan no 1 aku. Biasanya kalau aku bukak pun cuma utk dgr bacaan al-Qurannya. Itu pun jarangg sekali.

Tapi nak dijadikan cerita, sejak aku intern di bawah Unit Hal Ehwal Islam ni, hari hariii aku kena dgr IKIM FM weh! Ustazah yg bukak..kalau bkn ustzh, ustaz yg pasang...Aku okay jelah. Takde lah rasa panas ke apa hahahahaha. Cuma....aku terkesan. 

Kalau takde ustaz ustazah, dah confirm2 aku bukak radio lain. Kalau aku intern kat tmpt yg tak islamik, for sure aku takkan dgr IKIM FM. Tapi tu lah. Allah nak tunjuk ibrah kan...

Ptg tadi paling aku terkesan lah.

Puan Hanan masuk office kami, tumpang buat kerja dia. Sambil2 tu kami pasang IKIM FM kuat2. Lepas tu puan hanan tak habis2 kata lagu2 nasyid ptg tadi semua sedap2, seronok sambil buat kerja. Rasa semangat! Aku...aku actually cannot brain ah. Apa yg sdp sgt lagu nasyid? Padahal lagu tu biasa2 je 😭 Ke..aku yg tak menghayati lagu tu eh? Atau farah liyana sudah keras hatinya!! 😭😭 haishhh jangan lah jangann. Doa yg baik2 je yee. Hahaha. 

Tapi, bagus jugak bila hari2 dgr radio yg islamik mcm tu. Sekurang2nya, walaupun kita tak dpt menghadirkan jasad kita ke majlis2 ilmu, tapi kita still ada medium utk menambah ilmu melalui tazkirah2 dan soal jawab yg disiarkan di radio kan? Nak2 lagi aku ni yg imannya naik turun naik turun ni. Lagiii lah kena baaaanyak2 dgr ceramah2 ttg Islam. So ada bagusnya ustazah pasang IKIM FM dalam office tu. Dpt lah sedikit sebanyak kembalikan farah liyana ke jalan yg benar...kihkih.

Haaaa korang suka dgr radio apa?

Tuesday, January 28, 2020

"Nk try"


"Nk (nak) try" - Simple words yet powerful.

Prnh tak korang berada dlm dilema yg mana korang nakkk sgt buat sesuatu tu, tapi korang takde enough courage and confidence to do that thing? Once in a while mesti ada kan? Biasa lah tu manusia. Ada waktu, kita takut utk berhadapan dgn sebarang kemungkinan yg mgkn tak berpihak kepada kita. So utk mengelakkan diri drpd kecewa, kita pun tak nak cuba buat benda tu. Tapi itu semua mainan perasaan je guys. Mcm mana kalau outcome nya sbnrnya positif, orrr maybe lebihhh baik drpd yg kita jangkakan? Haaaa tak ke rugi tu kalau kita tak nak mencuba kan? 

Kerana "nk try" tu, aku berpeluang utk mencuba sesuatu yg baru, iaitu menjadi pegawai bertugas palapes udara unisza. Kerana "nk try" tu, aku berpeluang utk berkenalan dan berbual dgn pengarah MPSTU iaitu Kol. Hj. Ahmad bin Yusof, seorang individu yg sgt hebat dlm dunia ketenteraan. Kerana "nk try" tu, aku belajar utk memberi arahan kpd kadet2, walaupun masih perlu dibimbing oleh ajutan aku. Kerana "nk try" tu....aku sedar satu perkara, iaitu.....

Kalau kau takut utk mencuba, sampai bila2 lah kau akan berada di takuk yg sama, berada dlm comfort zone kau je. Sesekali, kau kena cabar diri kau sendiri, buat something yg kau takut nak buat sblm ni. Sbb apa? Sbb ada satu pepatah mengatakan "kalau benda tu buat kau hesitate, kau kena try benda tu". Sbb apa? Sbb benda yg tak memberi kau apa2 impak positif jarang laaa kau teragak2 nak buat kan? Biasanya benda yg baik2 ni lah yg org takut nak buat kan? So, why dont u guys just give it a try? Untung2 benda yg korang takut nak cuba tu laa sbnrnya pembuka rezeki korang kpd perkara2 yg lebih baik lagi pada masa akan dtg. Betul tak?



So, dlm hidup ni, kau kena berani. Berani mencuba. Berani utk gagal. Berani utk melakukan kesilapan. Berani utk ditegur. Berani berani berani! Jgn biarkan ketakutan menguasai diri kau sampai kau tak nak lgsg explore kelebihan diri kau. Bila kau mencuba, itu lah lgkh pertama kau utk mencapai kejayaan sbnrnya. Trust me laaa.


Okay guys? So mulai skrg, apa2 je yg kau rasa nak cuba, jgn rasa2 je. Tapi, BUAT! TRY! TRY TRY TRY! Belum cuba blm tahu kata org. Bila nak mula? Skrg!!