Setelah 6 tahun, dia hadir lagi utk menawarkan kasih dan keikhlasan buatku.
6 tahun, tanpa jemu dia menungguku.
Entah apa lah yg istimewa ttg diri ini sehingga dia sanggup menungguku selama itu.
Ada hal yg aku suka ttg dia.
Dia lelaki yg tidak prnh mengambil kesempatan ke atasku. Tidak prnh lgsg!
Tidak prnh meminta aku melakukan hal² yg tidak wajar dan tidak prnh menyakitkan hatiku.
Berkali² juga dia katakan bahawa dia ingin jujur kpd ayahku ttg hubungan kami sbgi rakan yg sebenarnya telah terjalin sejak sekian lama.
Berkali² juga dia melamarku.
Tapi, hati aku belum terbuka untuknya.
Ye, dia lelaki yg baik.
Tetapi hati aku perlu berhati².
Perkahwinan bukanlah utk sehari dua, tetapi penyatuan dua jiwa dan keluarga sehingga ke syurga.
Aku perlu lebih bijak dalam menilai.
Semoga Allah membimbingku utk membuat keputusan.
Andai dia jodohku, semoga aku mampu menjadi penyejuk hatinya sehingga ke negeri abadi.
Seandainya tidak, aku doakan agar dia mampu bertemu seorang wanita yg mampu membahagiakannya.
InshaaAllah, aamiin.
No comments:
Post a Comment