Friday, June 29, 2018

Moga 1

Moga aku bisa terus berjalan berpimpinan tangan dgn kedua org tuaku sehingga ke akhir hayat mereka.
Amiin.

Thursday, June 28, 2018

Cinta 2

Aku ketemu seorang lelaki Korea yg gigih mencari blouse putih sebagai hadiah buat si dia yg nun jauh di sana.
Pastinya penerimanya seorang wanita dan pastinya wanita itu sgt istimewa dlm hidupnya!
Kerana hampir setengah jam aku melayan dia, membelek setiap baju yg berwarna putih.
Jenuh aku melayan kerana kami berkomunikasi ibarat ayam dan itik.
Tidak sedikit pun aku mengerti apa yg cuba disampaikannya.
Mcm mana lah nak faham dah kalau aku berbahasa melayu dan dia dgn bahasa koreanya!
Akhirnya, dia memutuskan utk membeli sehelai baju putih bermanik ungu yg dijahit di sekeliling lengannya.
Ya, pilihan yg tepat. Jika aku wanita itu aku pastinya akn berasa gembira dgn hadiah tersebut!

P/s
Putih, ya. Aku juga suka putih. Kerana ia melambangkan kesucian. Dan mgkn cinta lelaki Korea itu juga sesuci cintanya terhadap wanita itu!

Cinta 1

Aku ketemu seorang wanita yg tak sedetik pun melupakan Tuhannya.
Bismillah sentiasa membasahi lidah di setiap awal perlakuannya.
Selawat ke atas Baginda menjadi halwa mulut seolah-olah rindu itu tidak prnh surut.
Allah....
Adalah aku begitu?
Mampukah?
Dan setelah sekian lama,
Perasaan itu hadir lagi.
Mencengkam jiwa seolah tidak mahu memberi ruang utk bahagia.
Menitis lagi air mata buat entah kali yg ke berapa.
Sangka diri sudah kuat, rupanya masih bodoh membiarkan perasaan ini hanyut bersama sejuta kata tak terluah, kasih tak terungkap.
Ku pinjam bahu nya, melepaskan segala resah dan kecewa di kalbu.
Persetankan semua itu dan teruskan berjalan!
Mudah bagi yg hanya mendengar, tapi yg merasa, ia ibarat batu besar yg menghimpit rapat jantung ini, dalam ruang dimensi yg padat.
Dahulu, ia satu nama yg cukup indah. Kini, tidak lagi.

Saturday, June 23, 2018

TARBIYAH JALANAN

Setiap hari kita akan bertemu dgn org yg berbeza2.
Setiap satunya tidak lain dan tidak bukan adalah utk mendidik kita sesuatu yg baru.

Tarbiyah jalanan.

Melalui mereka, kita bljr erti berkongsi. Berkongsi wang, makanan, kegembiraan, kesedihan, ilmu dan apa sahaja di dunia ini yg asalnya milik Dia.

Melalui mereka, kita bljr utk tidak memandang serong dan berprasangka. Kerna yg baik bisa jadi jahat, yg jahat bisa jadi baik, yg cantik bisa jadi sememangnya cantik, dan yg palsu bisa jadi sememangnya palsu. Setiap satunya hanya Dia yg Tahu segalanya.

Melalui mereka, kita bljr bahawa dunia ini indah seandainya kita saling mengasihi dan memahami.
Mengapa harus bertengkar seandainya berdamai itu lebih menyenangkan? Mengapa perlu bermusuhan seandainya saling menerima itu lebih baik?

Hidup ini suatu persinggahan yg singkat. Tak kah kau merasa rugi seandainya kau terus-terusan beremosi sendiri?

Berhenti sejenak.
Perhatikan apa yg berlaku di sekelilingmu.
Dan kau akan mengerti, mengapa Tuhan menjadikan manusia begini dan begitu.

Wednesday, June 13, 2018

Maha Pemurah

Alhamdulillah alhamdulillah.

Kelmarin check result sem 4. Guess what? Alhamdulillah dekan!!
Result kali ni better drpd sem yg lepas. Alhamdulillah kali ni farah liyana dpt 3.63. Syukur sgt sgt ya Allah!

Demi Allah lgsg tak expect yg result kali ni boleh dekan. Aku ingat maybe kali ni jatuh kot...sbb before final tu kan aku tgh heartbroken, so bljr pun tak fokus and sepanjang sem tu pun actually aku tak faham sgt pun apa yg lecturer ajar...hahaha. Tapi itu lah. Allah kan Maha Pemurah. Dikurniakannya aku rezeki cemerlang dlm peperiksaan ni. Alhamdulillahhhh.

Baik kan Allah? Kita selalu lupakan dia, tinggalkan dia, tapi dia tetap kurniakan kita nikmat melimpah ruah.
Kalau dgn manusia, bila kita buat salah sikit je terus dia nak hukum kita, terus dia rasa dah tak nak tolong kita.
Tapi Allah?
Allahu rabbi....baiknya Allah tu, Dia tetap berikan kita kebahgiaan di sebalik ketidaktaatan kita terhadap-Nya.
Pemurahnya Allah!

Friday, June 8, 2018

Takdir ke?

Iya. Mmg betul sebaik-baik perancang adalah Allah sw.t.
Manusia suka gunakan ayat "manusia hanya mampu merancang. Allah yg menentukan" utk menutup rasa serba salah bila apa yg mereka rancang, tersasar drpd plan asal.
Sayang, ye. Mmg kita ni takde kuasa utk tentukan masa dpn kita sbb sehebat mana pun kita merancang, Allah lebih hebat mengatur jalan hidup kita.
Tapi check balik diri kau.
Utk jadikan rancangan kau tu satu kenyataan, apa usaha yg kau dah buat? Sejauh mana kau dah pergi? Betul ke kau dah buat sehabis baik? Fight semampu yg boleh?
Atau kau hanya pasrah?? Weh, PASRAH dgn TAWAKAL tu tak sama!
Kau rasa patut ke kau menyerah pada takdir tanpa sedikit pun usaha atau kau ada usaha, tapi usaha kau cuma hangat2 tahi ayam? Patut ke??
Entah lah. Aku fedap dgn manusia yg suka gunakan alasan mcm ni utk cover salah dia.
Check balik. Ada takdir yg kita tak boleh ubah. Tapi ada jugak takdir yg kita BOLEH UBAH. Yg boleh ubah ni kau cuba lah fight utk dpt apa yg kau nak. Bkn menyerah bodoh2 mcm tu je. Kalau benda tu hanya mengecewakan kau sorang je takpe kot sbb itu life kau. Tapi kalau tak psl2 org lain pun kecewa sama, tanggung derita atas kekhilafan kau, kau rasa adil ke??!
Tolong lah faham dan sedar..... :")

Wednesday, June 6, 2018

Hidup ini indah jika kita melihatnya dari sudut yg berbeza.
Segala masalah dan penat lelah, pasti akan rasa berbaloi apabila kita tahu manisnya di sebalik kedua-dua rasa itu.
Bukankah hidup ini satu pilihan?
Saat kita celikkan mata di pagi hari lagi, byk keputusan harus kita lakukan, demi memenuhi kehendak hati.
Dan kini, aku pilih utk hidup bahagia.
Bahagia yg aku mahu cipta sendiri, dgn doa, usaha dan tawakal hanya kepada-Nya.
Syukur, semakin jelas kini bahawa setiap yg terjadi itu ada hikmahnya.
Tuhan, terima kasih kerana memberikan perasaan seindah ini kepadaku.
Perasaan yg telah sekian lama tidak aku rasai.
Kini, aku mahu menilai kehidupan dlm dimensi yg berbeza.
Lihat dgn mata hati, bkn dgn jiwa yg tak ber-roh.
Hidup ini indah. Sgt indah.
Lihatlah pemandangannya. Lihatlah gelagat makhluknya. Cinta dan kasih yg wujud...semuanya terlalu indah.
Tuhan, terima kasih atas rasa ini.
Aku mohon, kekalkan ia Tuhan, agar aku sentiasa mencintai-Mu tanpa syarat.