Wednesday, June 6, 2018

Hidup ini indah jika kita melihatnya dari sudut yg berbeza.
Segala masalah dan penat lelah, pasti akan rasa berbaloi apabila kita tahu manisnya di sebalik kedua-dua rasa itu.
Bukankah hidup ini satu pilihan?
Saat kita celikkan mata di pagi hari lagi, byk keputusan harus kita lakukan, demi memenuhi kehendak hati.
Dan kini, aku pilih utk hidup bahagia.
Bahagia yg aku mahu cipta sendiri, dgn doa, usaha dan tawakal hanya kepada-Nya.
Syukur, semakin jelas kini bahawa setiap yg terjadi itu ada hikmahnya.
Tuhan, terima kasih kerana memberikan perasaan seindah ini kepadaku.
Perasaan yg telah sekian lama tidak aku rasai.
Kini, aku mahu menilai kehidupan dlm dimensi yg berbeza.
Lihat dgn mata hati, bkn dgn jiwa yg tak ber-roh.
Hidup ini indah. Sgt indah.
Lihatlah pemandangannya. Lihatlah gelagat makhluknya. Cinta dan kasih yg wujud...semuanya terlalu indah.
Tuhan, terima kasih atas rasa ini.
Aku mohon, kekalkan ia Tuhan, agar aku sentiasa mencintai-Mu tanpa syarat.

No comments:

Post a Comment