Thursday, May 24, 2018

Cinta

Cinta.
Kerana cinta, manusia menjadi buta, menjadi bodoh.
Kerana cinta, manusia lupa pd nilai hidup dan prinsip yg dipegangnya selama ini.
Kerana cinta, manusia yg suci menjadi hina.
Kerana cinta, manusia pekakkan telinga, butakan mata akan kebenaran hakiki.
Kerana cinta, manusia lupa siapa dirinya yg sbnrnya.
Kerana cinta, manusia lupa siapa Tuhan nya.

Kerana cinta -Cinta yg dusta. Yg dibina kerana nafsu dan bukan kerana Illahi.

Tuesday, May 22, 2018

Once in a Lifetime

Alhamdulillah.

22 Mei 2018, hari ni hari jadi aku. Aku sangat2 gembira. Kali pertama aku rasa betul2 gembira pada hari jadi aku. Sbb apa? Kerana...ini kali pertama aku dpt sambut bday aku dgn kwn2 rapat aku. Ini kali pertama aku dpt hadiah hari jadi. Ini kali pertama aku rasa aku wujud :')

Since kelmarin, Sab asyik ajak berbuka sama2 dkt luar. Mgkn tujuan utamanya adalah sbb nak sambut bday Yen which falls on 21st May. Aku malas nak berbuka kat luar sbnrnya. Sbb aku tgh cuba nak ikat perut skrg ni. Duit yg aku ada cukup2 utk makan nasi bujang and tambang balik Johor je sbnrnya. Jadi aku ckp kat Sab aku tak nak join diorang berbuka kat luar. Lagipun, aku kalau boleh tak nak duduk dlm satu ruang dgn org yg rapat dgn Syuk (Yen and Iman) :')

Tapi Sab paksa jugak. Tak sampai hati nak tolak dah, so aku ikut jelah plan diorang...

Masa otw nak pergi kedai makan tu, tiba2 ternampak Syuk dgn Alim. Naik motor. Tak pakai helmet. Waktu tu terus zapppp. Tangan aku menggigil. Aku terus capai tgn sab. Sab mgkn pelik kenapa aku tiba2 pegang tgn dia. Tapi aku rasa dia faham kenapa...Waktu tu mood aku yg mmg tgh tak okay terus jadi makin tak okay. Terus takde mood nak bercakap. Waktu tu aku cuma fikir satu je. Syuk ni nak cari nahas ke naik motor kat jalan yg tgh busy tak pakai helmet? Tak sayang nyawa ke? Kalau ye pun kau tak syg diri kau, kau ingat lah aku ni masih sygkan kau!! Ah farah.

Okaylah fast forward. Aku bkn nak cerita psl Syuk.

So dah berbuka apa semua...diorang ajak gi makan aiskrim kat PB Square pula. Aku pun okay jelah kan? Ikut jelah...sampai saat ni pun aku tak expect diorang nak sambut bday aku sbb aku yakin diorang lupa tarikh bday aku tau hahah.

Okay dah habis makan aiskrim, diorang ajak gi pantai pulak. Pantai Batu Buruk. Sbnrnya time tu aku kalau boleh nak balik tidur je. Sbb dah beberapa hari kepala aku asyik sakit. Lagi satu pantai batu buruk tu, tmpt aku dgn syuk selalu pergi dulu. Tmpt dia temankan aku buat esaimen Bacaan Terarah, tmpt kitorang mkn A&W sama2... Ala ala alaaa kenangannnnn. Walaupun berat hati, tapi bila dgr je PANTAI, ofkos sis takkan menolak!!

And yes honestly aku ingat diorang ajak gi pantai sbb saje2 nak amik angin kat pantai. And maybe Sab nak bagi hadiah kat Yen time ni kott hahahaha. Okay lah ikut lah kan...

Dah sampai pantai tu aku terus pergi kat bawah tu...dgr bunyi ombak. Yg lain semua stay kat atas, main buai...Then tgh syok layan perasaan tu tiba2 Sab dgn Farhiy dtg kat aku, ajak main deejay2 pulak. Aduhh hahahaha. Layan jelah kan.

Then tetiba.

Diorang ramai2 yg tgh main buai tadi dtg kat kitorang bertiga and nyanyi lagu Happy Birthday. Waktu tu aku blur lagi. Aku fikir diorang nyanyi utk Yen kot, sbb smlm bday Yen. Tapi masalahnya diorang semua duk buat bulatan kat dpn aku, tgk aku, and dah kenapa Yen pun nyanyi lagu tu sekali?! Hahahahaha. Lps tu baru lah sis sedar yg diorang nyanyi utk aku??? Huwaaaa rasa cam nak nangis tapi tak tahu mcm mana nak respon sbb tak prnh kena benda2 giniiiii so sis senyap je. Hambar lah jugak time tu hahahahaha.

Yg plg terharu sekali diorang bagi hadiah teddy bear besarrrr gila ya Allah terharuuuuu sgt2 sbb mmg teringin nak dpt hadiah teddy bear buat peluk malam2 sbb sis ni lembut kot kena lah ada teddy bear!! Tapi honestly rasa malu gila nak terima hadiah tu sbb tak biasa kot dpt hadiah mahal2 gitu :') Paling mahal hadiah aku dpt hadiah cincin drpd Syuk itupun aku nak pulangkan balik nanti huwaaaa sis cedihhhh hmmm :'( Kemurungan.

Ah ni apa kes dari tadi sebut nama Syuk. Spoil lah Farah~

Ha sambung cerita. Sikit lagi.

So lps diorang dah buat surprise apa semua, kitorang pun balik lah unisza...hambar en cara aku cerita? Hahahahaha.

K k. Sbnrnya tu je nak cerita. Nanti dua tiga tahun akan dtg bila rasa sedih boleh lah baca balik post ni and ingat betapa gembiranya farah liyana suatu masa dulu...hahaha

Anyway.
Mlm ni akan jadi malam paling bersejarah dlm hidup seorang farah. Dan aku akan pastikan mlm ni akan sentiasa dlm ingatan dan hati aku. Tak akan aku lupakan kebahagiaan yg mereka dah beri pada aku. Tak akan aku lupa jasa mereka bersusah payah carikan hadiah dan beli hadiah mahal ni utk aku. Tak akan.

.....
Tuhan, jgn kau biarkan aku jadi manusia yg tak bersyukur. Jgn kau biarkan aku sakiti hati mereka. Jgn Tuhan :')

Utk kalian bertujuh, farah syg korang. Tapi farah tak tahu mcm mana nak tunjuk. Farah bknlah manusia yg bijak bermadah kata2 manis dan buat kejutan utk gembirakan korang. Tapi ketahuilah farah sgt2 sygkan korang, dan farah sentiasa berusaha utk jadi kwn yg terbaik utk korang. Tapi kalau farah gagal, maka maafkanlah farah. Maafkan farah....

.....
Moga2 dgn meningkatnya usia, Nur Farah Liyana juga semakin matang dan bijak dlm menjalani kehidupan. Semoga dipanjangkan umur agar lebih byk budi dpt ditabur. Semoga berjaya mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. Semoga menjadi anak yg solehah dan beriman dan bertakwa dan kuat dan sabar dan penyayang dan semuanya yg baik2. InshaaAllah amiin.
Semoga dipertemukan jodoh yg baik2 juga. Amiinnn. Eh. Hahaha. Okbye.

Ni lah hadiah yg mereka bagi. Nama dia Laila :) Walaupun dah ada Laila, kakak takkan prnh lupakan Pia tau :') 

I just loveee this picture sooo muchhhhh

Mereka, Iman (dpn) and Yen (yg blkg, our bday boy!!)

Mereka :)

Sunday, May 20, 2018

Turning Point 2

Bismillah.

Life is getting better. Alhamdulillah.

18 Mei 2018.

Sejak asar, sayu terasa. Teringat semua dosa. Malu. Rasa jijik dgn diri sendiri.

Bulatkan hati
-Kau kena bangkit.

Langkah pertama, tukar nama contact dia. Kedua, buang semua gmbr dia semasa kami bercinta.

Tekadkan hati.

Mulai hari ini, kau jgn cari dia lagi. Biarkan dia. Dia ada Tuhan dan keluarga utk jaga dia. Cukup lah kau jaga diri sendiri Farah.

Demi Allah, aku betul2 mahu berubah. Tapi aku takut. Aku takut kalau aku tak istiqomah dan mula tersasar apabila hati sudah mula rasa nikmat bahagia dan bebas.

Aku mohon, doakan lah aku. Mungkin ada yg fikir aku berubah kerana sdg kecewa putus cinta. Mgkn hakikatnya begitu. Tapi utamanya adalah kerana aku mahu cari cinta Dia pula. Doakan aku.

Aku nak jadi baik. Desperately wanna be good.

Sumpah aku nak raih cinta Dia. Aku tahu aku takkan rasa kasihnya manusia sampai bila-bila. Aku ni manusia hina yg takde apa-apa. Tak layak utk dicintai. Jadi hanya kasih Dia yg aku ada utk aku tagih. Doakan aku :') Doakan aku, aku merayu....

Tuesday, May 15, 2018

Kenapa Tuhan Pisahkan Kita?

Kenapa Tuhan pisahkan kita?

Kadang, niat kau bkn kerana-Nya.
Mungkin atas dasar rupa, harta atau populariti.
Zahir kena dengan selera nafsu.
Akhlak dan malu kau sisih ke tepi.
Soal agamanya apatah lagi.

Permulaan cerita cinta, segala indah bahagia.
Tak cukup meluah rasa sekadar di skrin fon, mesti bersua muka dan keluar bersama.
Mabuk cinta buat iman hilang di dada.
Halus saja permainannya, demi cinta, yang haram itu dihalalkan.
Yang betul-betul halal, dilengahkan.

Pegang-pegang kauanggap ok saja.
Yang berat-berat itu bukti cinta.
Wah, sejak bila undang-undang kaugubal ikut suka?

Bukan Tuhan tidak melihat.
Apa yg kau berdua perbuat.

Malu dan maruah bukan lagi soal utama.
Ramai bahagia tayang kebahagiaan dengan aurat terbuka.
Megah asal kaya dan jelita.
Masa bercinta, tayang kononnya sweet, acah-acah pasangan paling bahagia atas dunia.
Lagi hebat, ibu bapa milenia restui belaka apa saja kelakuan anak mereka.
Janji femes.
Janji masyuk paid reviews.
Yelah, enjoy masa muda, tua nanti tobatlah!

Tibalah saatnya diuji Tuhan.
Dugaan melanda dlm hubungan.
Hati asalnya penuh kasih, mulai tawar.
Layanan mesra mulai dingin.
Biasanya, seorang daripadanya berubah.
Seorang lagi setia, cuba bertabah.

Hati bahagia bertukar gelisah.
Senyuman berganti dgn air mata.
Mulalah persoal, Ya Allah! Kenapa?!
Throwbacklah.

Sebahagian kita,
Barulah sedar setelah putus.
Sebahagian lagi,
Hilang pedoman, makin teruk.
Down bertahun, dendam dan luka.

Tak nampak yang;
Allah masih sayang sbb itu Dia pisahkan.
Allah dah lihat masa depan, bukan dia yang pimpinmu ke syurga.
Hei, jodoh bkn di tangan kita.

Kita selalu rasa,
"Aku dah pilih yg terbaik"
Terbaik bagimu blm tentu terbaik pada Allah.

Kadang, kita salahkan takdir kerana pertemukan kita dgn org yg salah.
Tapi, kita lupa, kita yg memilih seseorang itu dgn kriteria nafsu.
Allah ciptakan akal bukan utk ia tidur lena.

Bersyukurlah dipisahkan.
Tak kisahlah putus sebelum atau sesudah nikah.
Kerana, hikmah di sebaliknya lebih mahal.
Mungkin bila kaureda, Dia ganti dgn gantian lebih membahagiakan.
Mungkin bkn gantian pasangan, tapi rezeki dan rahmat di sudut lain.

Jika bersih dari maksiat dan mungkar, tapi dipisahkan jua, terimalah sebagai ujian tingkat iman.
Allah nak naikkan level lebih tinggi di sisi-Nya.

Kadang, kita nilai baik seseorang drpd imej dan pemakaiannya.
Nampak islamik, tapi cuma topeng.
Anggaplah Allah dah selamatkan .
Allah tak tipu.
Orang baik utk org baik.

Tak ada kebahagiaan kekal selagi di dunia.
Tuntas, di kuburan bersendirian jua.
Segala cinta dan soal hati tidak dibawa masuk bersama.
Kecuali amalan kerana tulus kasih pada Allah, sejati sayang pada Rasulullah.

Bahagia itu sederhana.
Terlalu cinta pada si dia, akhirnya binasa.
Telah jelas firman-Nya, 'harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian...' (QS Al-Anfal:28)
Bermakna, kesayanganmu adalah ujian semata.

-Muhammad Rusydi-
Walking down 29th and Park
I saw you in another's arms
Only a month we've been apart
You look happier
Saw you walk inside a bar
He said something to make you laugh
I saw that both your smiles were twice as wide as ours
Yeah, you look happier, you do
Ain't nobody hurt you like I hurt you
But ain't nobody love you like I do
Promise that I will not take it personal, baby
If you're moving on with someone new
'Cause baby you look happier, you do
My friends told me one day I'll feel it too
And until then I'll smile to hide the truth
But I know I was happier with you
Sat on the corner of the room
Everything's reminding me of you
Nursing an empty bottle and telling myself you're happier
Aren't you?
Ain't nobody hurt you like I hurt you
But ain't nobody need you like I do
I know that there's others that deserve you
But my darling, I am still in love with you
But I guess you look happier, you do
My friends told me one day I'd feel it too
I could try to smile to hide the truth
I know I was happier with you
Baby, you look happier, you do
I knew one day you'd fall for someone new
But if breaks your heart like lovers do
Just know that I'll be waiting here for you

Sunday, May 13, 2018

Kongsi Angan

Bismillah
Tergerak hati utk berkongsi ttg angan masa dpn. Ttg siapa Nur Farah Liyana bila dah grad nanti. InshaaAllah... :)

Alhamdulillah skrg ni dah nak hbs second year bergelar student Antropologi kat UniSZA. Kalau tiada halangan, inshaaAllah lagi dua tahun aku akan grad dan konvo mcm kwn2 yg lain, amiin. Doakan.

Kalau dulu sis masih samar2 ttg masa dpn sis. Tak tahu nak jadi apa. Time tu dlm kepala target satu je - G.O (Graduated Officer). Lgsg takdak back up plan, mcm confirm2 je layak masuk kan...hahahaha
Tapi inshaaAllah skrg aku dah ada target baru, mudah-mudahan Allah izin dan permudahkan.

1) GRADUATED OFFICER (GO)
-Hat ni tak taw mcm mana nak explain. Basically, siapa2 yg ada degree and rasa nak sambung army, boleh join latihan GO ni ha. Boleh masuk ATM. Sebagai apa? Sebagai pegawai :)

Sbnrnya dari dulu lagi teringin nak masuk askar, tapi disebabkan byk  kekurangan dari segi fizikal, aku terpaksa lupakan hasrat tu. Tapi inshaaAllah rasanya Allah dah buka jalan utk aku sambung semula angan2 aku tu.

Sebelum ni aku prnh cerita ttg Palapes kan? Siapa2 yg terlepas pndg boleh google apa maksud palapes ni. Palapes ni sng cerita mcm tiket utk aku masuk army lah......Sbb palapes itself  dah under MPSTU. Hihi XD Aduhhh terasa mcm special pulak hahahahaha.

"Knpa nak masuk askar?"
 Minat. Patriotisme. Dua ni je alasan aku sbnrnya. Ayah aku askar juga. So dari ayah lah dtgnya minat nak jadi askar tu. Bezanya ayah berceloreng, aku inshaaAllah bersayap. Hehe faham2 kan XD

"Nanti dah kawin mcm mana?"
Kita tgk mana yg dtg dulu. Kalau jodoh sampai awal, mgkn terpaksa lupakan hasrat nak join GO, sbb mesti suami takkan bagi isteri dia masuk askar kan? Tapi andai kata jodoh dtg lmbt, dan tawaran sambung GO yang sampai dulu, inshaaAllah i'll go for it. Soal jodoh, berserah jelah. Kalau ada, alhamdulillah Allah bagi nikmat rasa bahagia berpasangan. Kalau takde, kita mewahkan mak ayah dgn kasih syg jelah ekkk. Hihi mudah-mudahan.


2) BUKAK KEDAI ROTI DAN KAFE
-Hat ni rasanya timbul selepas 3 hari aku tolong skuad aku meniaga makanan masa karnival kat UniSZA haritu. Time tu kami ada jual popis, yong tau foo....and so on. Tugas aku time tu utk siapkan order drpd customer. Walaupun penat, tapi nikmat dia tu....sumpah best! And minat nak bukak kafe ni jugak muncul disebabkan pengalaman aku kerja dkt kedai makan kot. Nmpk mcm best je kan bila dpt kenyangkan perut org XD heheh!

Nak bukak kedai roti sbb ayah reti buat macam-maaacaaammmm jenis roti! Ayah dulu prnh pergi kursus buat pastri kat PERHEBAT lepas ayah pencen dulu. So boleh lah manfaatkan kepakaran ayah tu kan XD hehe. Lagipun masa aku kecik2 dulu ayah mmg nak bukak kedai roti. Dah plan apa semua, modal pun ada. Tapi sygnya modal ayah burn utk apa entah. So tak dpt lah nak teruskan hasrat ayah tu. So tak salah kan andai anak perempuan ayah ni nak teruskan cita2 ayah? Moga Allah permudah :)

Hat kafe ni pulak mgkn aku akan berkolaborasi dgn buddies aku iaitu Afiq and Zuryn, sbb diorang pun rupa2nya target nak bukak kedai makan bila dah hbs bljr nanti!! Hahahahahahaha aduh perlu ke sama cita2!! XD Hahahaha. Takpe lah nanti kalau diorang setuju aku nak bukak kafe dgn diorang. Lps tu kita lebarkan sayap ke seantero malaysiaaaaa jyeahhhh. Kita boleh kita boleh!





So itu lah dua cita2 aku. Wow tak sangka besor jugak angan2 farah liyana ni hahahahaha. Eh eh takpe. Bak kata org, biar lah berangan2 sbb angan2 boleh menjadi cita2. Dan cita2 boleh menjadi realiti. Teruskan. Drpd blur tak tahu nak buat apa kan? Sbb ada pepatah tu kata "gagal merancang adalah merancang utk gagal". Yes. Fahami, hadam.

Biar org nmpk kita ni mcm angan2 mat jenin ke apa ke. Takpe. Kita hidup bkn utk penuhkan expectation org. Yg pntg, kita happy, family kita happy, dan apa saje yg kita buat dpt memberi manfaat dan kebahagiaan kpd org lain jugak. Ini lagi pntg.

As for now, walaupun cita2 aku ni tak lah sehebat cita2 org lain, mudah2an aku tetap fokus dgn study aku. Bljr elok2 sampai dpt dekan. Baru lah cun kan bila org sebut "eh owner kafe tu dulu student dekan unisza tau" hahahahahaha weh makin hebat angan2 aku ok sis geraklu sblm makin jauh sis pergi. Pape rogerrr.

P/S Siapa2 yg terbaca blog ni tanpa kerelaan (hahahaha) , sis mohon doakan sis berjaya di dunia dan di akhirat ye :) Dan semoga kalian pun turut sama berjaya di dunia dan di akhirat. InshaaAllah amiin. xoxo

Thursday, May 10, 2018

An-Nur

Seperti biasa, setiap kali selepas solat cuba sedaya upaya utk membaca surat cinta drpd-Nya.

Kali ini, bacaan terhenti pada satu ayat.

Bila dialun, terasa indah ritmanya. Seperti sebuah puisi yg menjadi kegemaran aku.

Terus dilirik maksudnya.

"Perempuan-perempuan yg keji utk laki-laki yg keji. Dan laki-laki yg keji utk perempuan-perempuan yg keji (pula).Sedangkan perempuan-perempuan yg baik utk lelaki yg baik, dan lelaki yg baik utk perempuan-perempuan yg baik (pula). Mereka itu bersih drpd apa yg dituduhkan org. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yg mulia (syurga)." -An-Nur (18:26)

Tersentak.

Mgknkah perpisahan aku dan dia adalah kerana aku bkn wanita yg baik utknya? :')

Sungguh dia seorang lelaki yg baik. Sdgkan aku? Terlalu byk kelemahan aku di sana sini. Aku bknlah seorang wanita muslimah seperti solehnya dia :') Layakkah aku utk dia?

Tuhan, izinkan aku dan dia bersama pd akhirnya. Kerana walau setegar mana hati cuba melupakan dia dan mencari yg baru, tetap saja dia yg hatiku mahukan :')

Aku mahu jadi yg terbaik utknya Tuhan :')

Jadikan Aku

Tuhan

Jadikan aku sekuat Siti Aishah

Jadikan aku setenang Nur Nadhirah

Jadikan aku setulus Nor Sabrina

Jadikan aku sesabar Nur Anissa Bismi

Jadikan aku sebaik Syarifah NurNadia

Jadikan aku secerdik Farah Hidayah

Jadikan aku secekal Nurin Nabihah

Jadikan aku se-redha Farah Lee

Jadikan aku manusia yg lebih baik Ya Allah. Bantulah aku, bimbinglah aku :')

Wednesday, May 9, 2018

Positive Circle

Alhamdulillah
Allah hadirkan ramai insan-insan yg positif di sekeliling aku.
Di saat berjauhan drpd keluarga tercinta terutamanya mak ayah, aku masih ada kawan2 yg sentiasa menjaga diri aku kat sini. Di tanah org.

Mereka lah yg bawa ke klinik, mereka lah yg belikan mknn ketika sakit, mereka lah yg suapkan mknn bila selera tiada, mereka lah yg byk bagi nasihat di saat diri jatuh ke bawah.
Mereka. Kawan2.
Alhamdulillah.

Itu lah pentingnya utk kita cari sahabat yg benar2 baik dan ikhlas.
Yg pntg adalah kualiti, dan bkn kuantiti.
Utk apa punya ramai kwn andai mereka hilang di saat susah kita?
Biarlah sedikit cuma, asalkan ada mereka utk mengingatkan apa yg kita lupa, ada mereka yg bantu support saat kita kealpaan.

Dan jgn kau lupa, kwn2 yg baik juga adalah salah satu bentuk rezeki drpd Tuhan.
Hargai, syukuri.