Tuesday, May 22, 2018

Once in a Lifetime

Alhamdulillah.

22 Mei 2018, hari ni hari jadi aku. Aku sangat2 gembira. Kali pertama aku rasa betul2 gembira pada hari jadi aku. Sbb apa? Kerana...ini kali pertama aku dpt sambut bday aku dgn kwn2 rapat aku. Ini kali pertama aku dpt hadiah hari jadi. Ini kali pertama aku rasa aku wujud :')

Since kelmarin, Sab asyik ajak berbuka sama2 dkt luar. Mgkn tujuan utamanya adalah sbb nak sambut bday Yen which falls on 21st May. Aku malas nak berbuka kat luar sbnrnya. Sbb aku tgh cuba nak ikat perut skrg ni. Duit yg aku ada cukup2 utk makan nasi bujang and tambang balik Johor je sbnrnya. Jadi aku ckp kat Sab aku tak nak join diorang berbuka kat luar. Lagipun, aku kalau boleh tak nak duduk dlm satu ruang dgn org yg rapat dgn Syuk (Yen and Iman) :')

Tapi Sab paksa jugak. Tak sampai hati nak tolak dah, so aku ikut jelah plan diorang...

Masa otw nak pergi kedai makan tu, tiba2 ternampak Syuk dgn Alim. Naik motor. Tak pakai helmet. Waktu tu terus zapppp. Tangan aku menggigil. Aku terus capai tgn sab. Sab mgkn pelik kenapa aku tiba2 pegang tgn dia. Tapi aku rasa dia faham kenapa...Waktu tu mood aku yg mmg tgh tak okay terus jadi makin tak okay. Terus takde mood nak bercakap. Waktu tu aku cuma fikir satu je. Syuk ni nak cari nahas ke naik motor kat jalan yg tgh busy tak pakai helmet? Tak sayang nyawa ke? Kalau ye pun kau tak syg diri kau, kau ingat lah aku ni masih sygkan kau!! Ah farah.

Okaylah fast forward. Aku bkn nak cerita psl Syuk.

So dah berbuka apa semua...diorang ajak gi makan aiskrim kat PB Square pula. Aku pun okay jelah kan? Ikut jelah...sampai saat ni pun aku tak expect diorang nak sambut bday aku sbb aku yakin diorang lupa tarikh bday aku tau hahah.

Okay dah habis makan aiskrim, diorang ajak gi pantai pulak. Pantai Batu Buruk. Sbnrnya time tu aku kalau boleh nak balik tidur je. Sbb dah beberapa hari kepala aku asyik sakit. Lagi satu pantai batu buruk tu, tmpt aku dgn syuk selalu pergi dulu. Tmpt dia temankan aku buat esaimen Bacaan Terarah, tmpt kitorang mkn A&W sama2... Ala ala alaaa kenangannnnn. Walaupun berat hati, tapi bila dgr je PANTAI, ofkos sis takkan menolak!!

And yes honestly aku ingat diorang ajak gi pantai sbb saje2 nak amik angin kat pantai. And maybe Sab nak bagi hadiah kat Yen time ni kott hahahaha. Okay lah ikut lah kan...

Dah sampai pantai tu aku terus pergi kat bawah tu...dgr bunyi ombak. Yg lain semua stay kat atas, main buai...Then tgh syok layan perasaan tu tiba2 Sab dgn Farhiy dtg kat aku, ajak main deejay2 pulak. Aduhh hahahaha. Layan jelah kan.

Then tetiba.

Diorang ramai2 yg tgh main buai tadi dtg kat kitorang bertiga and nyanyi lagu Happy Birthday. Waktu tu aku blur lagi. Aku fikir diorang nyanyi utk Yen kot, sbb smlm bday Yen. Tapi masalahnya diorang semua duk buat bulatan kat dpn aku, tgk aku, and dah kenapa Yen pun nyanyi lagu tu sekali?! Hahahahaha. Lps tu baru lah sis sedar yg diorang nyanyi utk aku??? Huwaaaa rasa cam nak nangis tapi tak tahu mcm mana nak respon sbb tak prnh kena benda2 giniiiii so sis senyap je. Hambar lah jugak time tu hahahahaha.

Yg plg terharu sekali diorang bagi hadiah teddy bear besarrrr gila ya Allah terharuuuuu sgt2 sbb mmg teringin nak dpt hadiah teddy bear buat peluk malam2 sbb sis ni lembut kot kena lah ada teddy bear!! Tapi honestly rasa malu gila nak terima hadiah tu sbb tak biasa kot dpt hadiah mahal2 gitu :') Paling mahal hadiah aku dpt hadiah cincin drpd Syuk itupun aku nak pulangkan balik nanti huwaaaa sis cedihhhh hmmm :'( Kemurungan.

Ah ni apa kes dari tadi sebut nama Syuk. Spoil lah Farah~

Ha sambung cerita. Sikit lagi.

So lps diorang dah buat surprise apa semua, kitorang pun balik lah unisza...hambar en cara aku cerita? Hahahahaha.

K k. Sbnrnya tu je nak cerita. Nanti dua tiga tahun akan dtg bila rasa sedih boleh lah baca balik post ni and ingat betapa gembiranya farah liyana suatu masa dulu...hahaha

Anyway.
Mlm ni akan jadi malam paling bersejarah dlm hidup seorang farah. Dan aku akan pastikan mlm ni akan sentiasa dlm ingatan dan hati aku. Tak akan aku lupakan kebahagiaan yg mereka dah beri pada aku. Tak akan aku lupa jasa mereka bersusah payah carikan hadiah dan beli hadiah mahal ni utk aku. Tak akan.

.....
Tuhan, jgn kau biarkan aku jadi manusia yg tak bersyukur. Jgn kau biarkan aku sakiti hati mereka. Jgn Tuhan :')

Utk kalian bertujuh, farah syg korang. Tapi farah tak tahu mcm mana nak tunjuk. Farah bknlah manusia yg bijak bermadah kata2 manis dan buat kejutan utk gembirakan korang. Tapi ketahuilah farah sgt2 sygkan korang, dan farah sentiasa berusaha utk jadi kwn yg terbaik utk korang. Tapi kalau farah gagal, maka maafkanlah farah. Maafkan farah....

.....
Moga2 dgn meningkatnya usia, Nur Farah Liyana juga semakin matang dan bijak dlm menjalani kehidupan. Semoga dipanjangkan umur agar lebih byk budi dpt ditabur. Semoga berjaya mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. Semoga menjadi anak yg solehah dan beriman dan bertakwa dan kuat dan sabar dan penyayang dan semuanya yg baik2. InshaaAllah amiin.
Semoga dipertemukan jodoh yg baik2 juga. Amiinnn. Eh. Hahaha. Okbye.

Ni lah hadiah yg mereka bagi. Nama dia Laila :) Walaupun dah ada Laila, kakak takkan prnh lupakan Pia tau :') 

I just loveee this picture sooo muchhhhh

Mereka, Iman (dpn) and Yen (yg blkg, our bday boy!!)

Mereka :)

No comments:

Post a Comment