Kenapa Tuhan pisahkan kita?
Kadang, niat kau bkn kerana-Nya.
Mungkin atas dasar rupa, harta atau populariti.
Zahir kena dengan selera nafsu.
Akhlak dan malu kau sisih ke tepi.
Soal agamanya apatah lagi.
Permulaan cerita cinta, segala indah bahagia.
Tak cukup meluah rasa sekadar di skrin fon, mesti bersua muka dan keluar bersama.
Mabuk cinta buat iman hilang di dada.
Halus saja permainannya, demi cinta, yang haram itu dihalalkan.
Yang betul-betul halal, dilengahkan.
Pegang-pegang kauanggap ok saja.
Yang berat-berat itu bukti cinta.
Wah, sejak bila undang-undang kaugubal ikut suka?
Bukan Tuhan tidak melihat.
Apa yg kau berdua perbuat.
Malu dan maruah bukan lagi soal utama.
Ramai bahagia tayang kebahagiaan dengan aurat terbuka.
Megah asal kaya dan jelita.
Masa bercinta, tayang kononnya sweet, acah-acah pasangan paling bahagia atas dunia.
Lagi hebat, ibu bapa milenia restui belaka apa saja kelakuan anak mereka.
Janji femes.
Janji masyuk paid reviews.
Yelah, enjoy masa muda, tua nanti tobatlah!
Tibalah saatnya diuji Tuhan.
Dugaan melanda dlm hubungan.
Hati asalnya penuh kasih, mulai tawar.
Layanan mesra mulai dingin.
Biasanya, seorang daripadanya berubah.
Seorang lagi setia, cuba bertabah.
Hati bahagia bertukar gelisah.
Senyuman berganti dgn air mata.
Mulalah persoal, Ya Allah! Kenapa?!
Throwbacklah.
Sebahagian kita,
Barulah sedar setelah putus.
Sebahagian lagi,
Hilang pedoman, makin teruk.
Down bertahun, dendam dan luka.
Tak nampak yang;
Allah masih sayang sbb itu Dia pisahkan.
Allah dah lihat masa depan, bukan dia yang pimpinmu ke syurga.
Hei, jodoh bkn di tangan kita.
Kita selalu rasa,
"Aku dah pilih yg terbaik"
Terbaik bagimu blm tentu terbaik pada Allah.
Kadang, kita salahkan takdir kerana pertemukan kita dgn org yg salah.
Tapi, kita lupa, kita yg memilih seseorang itu dgn kriteria nafsu.
Allah ciptakan akal bukan utk ia tidur lena.
Bersyukurlah dipisahkan.
Tak kisahlah putus sebelum atau sesudah nikah.
Kerana, hikmah di sebaliknya lebih mahal.
Mungkin bila kaureda, Dia ganti dgn gantian lebih membahagiakan.
Mungkin bkn gantian pasangan, tapi rezeki dan rahmat di sudut lain.
Jika bersih dari maksiat dan mungkar, tapi dipisahkan jua, terimalah sebagai ujian tingkat iman.
Allah nak naikkan level lebih tinggi di sisi-Nya.
Kadang, kita nilai baik seseorang drpd imej dan pemakaiannya.
Nampak islamik, tapi cuma topeng.
Anggaplah Allah dah selamatkan .
Allah tak tipu.
Orang baik utk org baik.
Tak ada kebahagiaan kekal selagi di dunia.
Tuntas, di kuburan bersendirian jua.
Segala cinta dan soal hati tidak dibawa masuk bersama.
Kecuali amalan kerana tulus kasih pada Allah, sejati sayang pada Rasulullah.
Bahagia itu sederhana.
Terlalu cinta pada si dia, akhirnya binasa.
Telah jelas firman-Nya, 'harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian...' (QS Al-Anfal:28)
Bermakna, kesayanganmu adalah ujian semata.
-Muhammad Rusydi-
No comments:
Post a Comment