Alhamdulillah, 22 April 2017 haritu secara tidak rasminya menjadi hari terakhir buat aku dan 46 org lagi sahabat-sahabatku bergelar Junior PALAPES. Kenapa secara tidak rasmi? Sebab selagi kami belum dinaikkan pangkat, selagi appulate kami belum ditukar, selama tu lah kami masih digelar junior.
PALAPES? PALAPES tu apa?
PALAPES tu akronim utk PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN. Di UniSZA, kitorang ada kor PALAPES Udara. Kira mcm airforce lah. Melalui penglibatan kami di dlm kor palapes ini, kami akan dilatih sbgi seorang pegawai. Cara kami bercakap, berjalan, berurusan dan semuanya akan diasuh agar nmpk lagak spt seorang pegawai tentera udara.
Kenapa aku masuk palapes?
Sejujurnya, sejak aku sekolah menengah lagi, impian aku bila masuk universiti nanti adalah nak join Kor SUKSIS (more less like Kadet Polis) sbb aku nak terlibat secara aktif dalam aktiviti kawad. Yes yes, sumpah cakap. Aku mmg dari kecik suka berkawad tau kalau korang nak tahu. Hahahaha. Tapi apakan daya, masa pemilihan batch baru utk Kor SUKSIS UniSZA, aku telah direject tanpa perasaan hanya disebabkan aku kurang ketinggian. Hey kemon lah, kurang 1cm je punnnn, rigid betul! :'( Jadi, memandangkan impian aku utk masuk suksis sudah terkubur selepas puas aku memujuk rayu jurulatih suksis tu agar membenarkan aku utk mengejar cita-cita aku, maka dgn hati yg redha dan pasrah, aku pun cuba nasib utk masuk palapes pulaa. So conclusionnya, aku masuk palapes adalah kerana paksa rela, sekadar utk merawat hati yg luka...Hahaha!
Mcm mana aku boleh terjebak dgn PALAPES UDARA UNISZA?
Sebenarnya, keputusan aku utk sertai palapes ni bkn lah semata-mata utk merawat hati yg luka berdarah. Jauh dlm sudut hati aku yg plg dlm, aku sebenarnya sgt berminat dgn pasukan beruniform jadi boleh dikatakan aku pilih palapes pun atas kehendak aku jugak. Tapi mcm mana aku boleh terjebak dgn palapes?
It all started masa orientation week.
While i was wandering dkt kafe, tetiba aku terlalu dkt dpn booth palapes. Waktu tu diorang ada buka booth palapes dkt kafe tu utk cari junior baru. Masa mula-mula tu, aku takde niat pun nak isi borang atau nak tahu dgn lebih lanjut ttg Palapes ni. Since i never heard abt palapes before this, aku pun malas lah nak cuba nasib kat sana kan? Lagipun waktu tu aku yakin aku akan terpilih utk masuk suksis sbb aku mmg layak. Hahahahaha sungguh riak takabbur bunyinya XD (confidence kena ada) Tapi masa tu ada seorang lelaki ni (Tuan Ainur) begitu bersungguh-sungguh nak suruh aku dgr dia briefing psl palapes. So aku dgr jelah kan. Tak rugi apa pun.
Tuan Ainur (currently my senior in palapes) cakap kalau masuk palapes ni nanti boleh dpt byk elaun, boleh duduk kat asrama, boleh dpt pengalaman...and I was like, oh. okay. Elaun je pun. Asrama je pun. Pengalaman je pun!! Nothing really interesting pun. Ha ha ha. Aku pun tak tahu laa apa masalah aku ni sampai dgn elaun pun aku tak tertarik. Duit tu woi!! Hahaha. But then, pujuk punya pujuk, aku pun mengalah. Aku isi jelah borang ahli tu kan..tak rugi apa pun kalau isi.
(okay fast forward)
Kan aku ada cakap aku kena reject dgn suksis kan? Starting from that, aku selalu berdoa dkt Allah, Ya Allah kau izinkan lah aku terpilih utk masuk palapesss. Hanya Allah je yg tahu betapa geram, kecewa and sedihnya aku bila kena reject dgn suksis tu. Dan utk tebus balik semua perasaan tu, aku nekad utk cuba nasib dlm palapes.
Kau ingat nak masuk palapes ni sng ke?
Banyak proses yg kau kena lalui sebelum secara sahnya kau menjadi anggota palapes kau tahu tak?
Proses-prosesnya:-
1) Ujian darah
Ujian darah ni utk test sama ada kau ada penyakit atau tidak. Aku hampir-hampir tidak dibenarkan utk menyertai palapes sbb kata org yg check kesihatan aku tu, tekanan darah aku sgt rendah. Tapi alhamdulillah, itu bkn lah mslh yg besar, buktinya hari ini aku di sini! Hehe
2) PT Test
PT adalah singkatan utk physical training which is ujian yg plg mencabar sekali sblm nak masuk palapes. The core of the test adalah berlari sejauh 2.4km. Walaupun menyakitkan, tapi pt test ni lah antara pengalaman yg aku akan kenang selamanya. PT test ni lah bukti bahawa seorang Nur Farah Liyana adalah manusia yg bermotivasi tinggi dan tidak cepat mengalah! Bukan nak bermegah tapi itu lah hakikatnya. Kenapa aku ckp mcm tu?
As i said earlier, nak masuk palapes bkn sng. Kau kena kuat fizikal dan mental. Sblm mental kau tercabar, fizikal kau tu haruslah sihat dulu. Kalau tak sihat mcm mana nak jadi askar kan? So itu lah sbbnya mereka buat ujian PT test ni. Utk melihat sama ada kau layak atau tidak menjadi seorang askar.
Aku hampir-hampir putus asa disebabkan test ni. Kata jurulatih, utk larian 2.4km ni, hanya 54 org pertama yg sampai ke garisan penamat je yg akan terpilih utk masuk palapes. Awal-awal lagi aku dah cuak. Mana taknya, aku ni dah lah gemuk, tak fit, mcm mana nak lari laju? Cuak aku bertambah parah bila aku tgk calon-calon lain yg kesemuanya ada dlm 60+ org semuanya tinggi-tinggi, kurus-kurus, bdn atlet....Ah sudah. Mmg gagal lah ni.
Tapi, berkat keinginan aku yg sgt-sgt tinggi, aku paksa diri aku spy berlari. Walau ada masanya aku rasa mcm nak pengsan, kepala aku sakit sbb cuaca panas, dada aku sesak, semput, kaki aku kebas, tapi aku teruskan juga larian aku. Prnh satu tahap tu aku ckp kat diri aku "ah sudahlah. aku nak stop. takpe laa tak masuk palapes. palapes je pun. byk lagi benda lain aku boleh masuk". Tapi entah knp, ego aku tak membenarkan aku utk berhenti. "No farah. Kau jugak yg mintak kat Allah kau nak masuk palapes kan? Kau jugak yg beria sgt nak masuk benda ni kan? kalau kau berhenti kau akan menyesal farah. kau akan salahkan diri kau sendiri". Kata-kata ni lah yg menjadi pembakar semangat utk aku agar aku teruskan larian tu.
Dan alhamdulillah, aku berjaya....aku tersenarai dlm 54 org tu. Aku dpt no 45/47/what, cant remember :') and that was the most amazing thing that hv ever happened in my life.
3)Temuduga bersama jurulatih
4) Pengisian borang BATD64 (couldnt remember what is this for)
5) Temuduga bersama pegawai PSTU
6) Angkat sumpah - Finally im officially junior palapes !!!
Dan ini lah cerita di sebalik bagaimana aku boleh terlibat dalam pasukan palapes udara unisza...
GAMBAR-GAMBAR SEMASA PT TEST...
GAMBAR-GAMBAR SEMASA MSK (MINGGU SUAI KENAL)









