Friday, February 9, 2018

How i recover my face from sunburn

Hello assalamualaikum! :)

So guys kali ni aku sgt2 lah teruja utk berkongsi dgn korang mcm mana aku kurangkan sunburn aku. Before ni mmg aku selalu jugak sunburn sbb join palapes, and it will take me a longgggg time to recover from it! But Alhamdulillah, kali ni, walaupun im having a severe sunburn, but i managed to recover it in only 2-3 weeks! Antara simptom-simptom sunburn yg aku hadapi this time adalah perbezaan tona kulit yg sgttt ketara, kulit rasa pedih dan mengelupas, hidung jadi hitam dan mengelupas and tumbuh jerawat-jerawat baru.

Walaupun sis bkn retis, model mahupun instafemes, sis masih mempunyai hak utk berkongsi tips yg berkaitan dgn wanita ye kwn2. Haha.

So lets get started.

Firstly, aku stop guna any cosmetic products.
Selama ni kalau aku nak gi mana-mana aku akan apply foundation dulu kat muka aku, but since muka aku burn, aku terus stop pakai benda alah tu. Selain takut muka aku jadi kelabu, tujuan aku stop apply anything on my face adalah supaya muka aku tak tercemar dgn apa-apa chemicals. Sbb masa tu kulit muka tgh tak elok kan, im just trying not to make it worse.

Aloe Vera Gel
Tiap kali before tidur aku akan sapu aloe vera gel kat muka aku. But before tu mcm biasa lah, kena cuci muka dulu guna cleanser yg sesuai dgn kulit muka. Alhamdulllah kulit aku bkn dlm kategori sensitif, so apa-apa jenis cleanser pun aku boleh guna. Right now aku guna pencuci muka Safi je sbb murah. Biasanya aku guna Garnier. Utk aloe vera gel ni, aku guna yg murah punya jugak. Korang mesti selalu dgr kan org kata aloe vera ni bagus utk kulit? Aku tak tahulah sama ada dia mmg bagus utk merawat kulit atau kebetulan je, tapi aloe vera ni sgt membantu utk pulihkan kulit aku drpd sunburn. Yg best nya psl aloe vera gel ni, bila kita apply kat muka rasa sejukk je.

Image result for guardian aloe vera gel
Gambar ni aku curik dari blog org sbb ni je yg 100% sebijik dgn apa yg aku guna. 

Facial Mask/Sheet Mask
Selain aloe vera, kekadang aku akan pakai facial mask jugak before tidur. Aku guna yg jenama Watsons tu. Aku prnh try yg green tea punya scent, and ada lagi dua scent tapi aku lupa apa nama dia. Utk first timer mcm aku ni, aku mmg tak selesa bila guna benda alah ni kat muka, sbb kulit akan rasa tegang, nak senyum nak bercakap pun tak boleh. Hahahaha. Tapi dia bantu utk mosturise and putihkan kulit kita jugak sebenarnya.

I use this one. Depends lah korang prefer jenama apa pun.



Conclusionnya, hanya dgn mengamalkan ketiga-tiga perkara di atas, aku berjaya kurangkan sunburn aku in just 2 weeks. Kalau korang nak try boleh lah try sbb aku punya kaedah ni sgtlah praktikal and economic, tak perlu pun beli produk-produk mahal guys.

Muka masa baru2 kena sunburn



2 weeks after that...nmpk lah perbezaannya kan!! hahak



Tuesday, February 6, 2018

Dekat tapi jauh?

Makin lama makin jauh
Ada tapi mcm takde
Patut rasa apa
Bersyukur mgkn
Sekurang2nya taklah asyik selalu nak keluar sama
Betul lah
Dkt tapi jauh
Nak terasa. Tapi tak patut.
Patutnya kena memahami.
Sumpah, makan hati...

Monday, February 5, 2018

Achievement unlocked #2

Alhamdulillah alhamdulillahhh.
Lps dua kali kena reject takleh derma darah sbb hb low sgt, smlm for the first time aku berjaya lepas derma darahhh!!
And plg best bila nurse tu puji darah aku cantik, byk oksigen XD Awww terharu! Hihi.

Walaupun side effect dia aku jadi pening, rasa loya2, kaki mcm nak putus.. (hiperbola sgt lol) tapi best ah perasaan nya tu bila dpt derma drh kita dkt org kan hahahaha.

Moga2 sesiapa yg dpt darah aku tu menjadi seorang manusia yg cantik, pandai, baik hati, gojes, perform, mantap and fit mcm aku hahaha #doneriak.

Okbye!

P/s Kenapa #2 ? Sbb before ni aku dah unlocked satu lagi mission aku.

Saturday, February 3, 2018

Kahwin Dgn Saya?

  



TAJUK: KAHWIN DENGAN SAYA?
PENULIS: ALEYA ANEESA
PENERBIT: GRUP BUKU KARANGKRAF SDN.BHD.
HALAMAN: 662

Bagi aku novel ni bkn novel yg typical - Org miskin kahwin dgn org kaya. Keluarga menghalang tapi lama2 hidup bahagia. Tak. Walaupun heroin dia mmg miskin, berkahwin dgn si hero yg kaya, tapi bkn itu fokus utama novel ni. It is more than that aku rasa. Yg pasti, ni second time aku menangis dan gelak sorang2 baca novel. Really, worth my money :)


P/s BUKAN NOVEL REVIEW

Friday, February 2, 2018

Farah...farah...faham lah sikit. Dia bkn ada kau sorang je, kerja nak melayan kau je. Dia pun ada life dia jugak. Jgn mengada-ngada sgt weh 😌

Thursday, February 1, 2018

Syukur

Belum terlewat kiranya utk aku berkongsi rasa
Ttg sebuah rasa yg aku terlalu ingin merasakannya setelah sekian lama.
Sebuah rasa...yg terbit hasil usaha, doa dan tekad yg tinggi.

Alhamdulillah, setelah setahun aku menanti, akhirnya pd sem 3 kali ni...aku dpt merasa keputusan dekan. Walaupun bkn dekan fakulti (dekan fakulti 3.69), tapi aku sangat sangattt bersyukur atas apa yg aku dpt skrg.

3.56.

Bagi org lain result ni mgkn biasa2 saja. Org lain ada lagi yg jauhhh lebih cemerlang result dia. 3.69, 3.72, 3.85, 3.90....tapi lain org lain rezekinya. Dan aku bersyukur dgn rezeki yg Allah dah kurniakan pd aku.

Alhamdulillah result aku semakin baik semester by semester.

Sem 1- 3.15
Sem 2- 3.49
Sem 3- 3.56

Alhamdulillah bkn?

Aku harap, sem 4 nnti aku mampu capai sekurang2 nya 3.60. InshaaAllah itu tidak mustahil selagi aku punya usaha dan doa yg berterusan.

Moga Allah izinkan.

Kerana result ni bkn lah utk aku semata, tetapi juga buat emak ayah yg dah byk berkorban utk anak ketiganya ni. Aku tak mampu membahagiakan mereka dgn benda lain, jadi aku harap dgn keputusan cemerlang dlm peperiksaan, mak ayah akan bangga dgn aku.

Mohon doa drpd semua ye :)

Kawan

Kawan,
Aku suka bila kau peluk aku
Aku suka bila kau ceritakan mslh kau pd aku
Aku suka bila kau gelak pd apa yg aku buat atau ckp
Aku suka bila kau bercakap dgn aku
Dan kau nak tahu? Hanya dgn kau menyebut nama aku, aku dah rasa terlaluuu gembira!
Sbb waktu tu, aku rasa aku dihargai. Aku dipeduli. Aku wujud dlm hidup kau.

Tapi kwn.....

Knp dlm ramai2 org, aku yg plg susah nak rapat dgn kau? Dan kau yg plg susah nak kamceng dgn aku?
Mgkn sbb kau api dan aku juga api, maka susah utk kita bersatu kepala?
Aku cuma nak kau layan aku sebagaimana kau layan member2 kita yg lain
Tapi yg berlaku hanyalah...kita awkward sesama sendiri. Itupun kalau kau perasan...

Kwn, dah dua tahun kita kenal, knp masih susah kita nak rapat?
Utk dua tahun lagi yg masih berbaki, aku harap kita betul2 dpt jadi sebuah keluarga yg sempurna.
Aku harap kau juga punya mahu yg sama.
Boleh kan?