Bismillah
Tergerak hati utk berkongsi ttg angan masa dpn. Ttg siapa Nur Farah Liyana bila dah grad nanti. InshaaAllah... :)
Alhamdulillah skrg ni dah nak hbs second year bergelar student Antropologi kat UniSZA. Kalau tiada halangan, inshaaAllah lagi dua tahun aku akan grad dan konvo mcm kwn2 yg lain, amiin. Doakan.
Kalau dulu sis masih samar2 ttg masa dpn sis. Tak tahu nak jadi apa. Time tu dlm kepala target satu je - G.O (Graduated Officer). Lgsg takdak back up plan, mcm confirm2 je layak masuk kan...hahahaha
Tapi inshaaAllah skrg aku dah ada target baru, mudah-mudahan Allah izin dan permudahkan.
1) GRADUATED OFFICER (GO)
-Hat ni tak taw mcm mana nak explain. Basically, siapa2 yg ada degree and rasa nak sambung army, boleh join latihan GO ni ha. Boleh masuk ATM. Sebagai apa? Sebagai pegawai :)
Sbnrnya dari dulu lagi teringin nak masuk askar, tapi disebabkan byk kekurangan dari segi fizikal, aku terpaksa lupakan hasrat tu. Tapi inshaaAllah rasanya Allah dah buka jalan utk aku sambung semula angan2 aku tu.
Sebelum ni aku prnh cerita ttg Palapes kan? Siapa2 yg terlepas pndg boleh google apa maksud palapes ni. Palapes ni sng cerita mcm tiket utk aku masuk army lah......Sbb palapes itself dah under MPSTU. Hihi XD Aduhhh terasa mcm special pulak hahahahaha.
"Knpa nak masuk askar?"
Minat. Patriotisme. Dua ni je alasan aku sbnrnya. Ayah aku askar juga. So dari ayah lah dtgnya minat nak jadi askar tu. Bezanya ayah berceloreng, aku inshaaAllah bersayap. Hehe faham2 kan XD
"Nanti dah kawin mcm mana?"
Kita tgk mana yg dtg dulu. Kalau jodoh sampai awal, mgkn terpaksa lupakan hasrat nak join GO, sbb mesti suami takkan bagi isteri dia masuk askar kan? Tapi andai kata jodoh dtg lmbt, dan tawaran sambung GO yang sampai dulu, inshaaAllah i'll go for it. Soal jodoh, berserah jelah. Kalau ada, alhamdulillah Allah bagi nikmat rasa bahagia berpasangan. Kalau takde, kita mewahkan mak ayah dgn kasih syg jelah ekkk. Hihi mudah-mudahan.
2) BUKAK KEDAI ROTI DAN KAFE
-Hat ni rasanya timbul selepas 3 hari aku tolong skuad aku meniaga makanan masa karnival kat UniSZA haritu. Time tu kami ada jual popis, yong tau foo....and so on. Tugas aku time tu utk siapkan order drpd customer. Walaupun penat, tapi nikmat dia tu....sumpah best! And minat nak bukak kafe ni jugak muncul disebabkan pengalaman aku kerja dkt kedai makan kot. Nmpk mcm best je kan bila dpt kenyangkan perut org XD heheh!
Nak bukak kedai roti sbb ayah reti buat macam-maaacaaammmm jenis roti! Ayah dulu prnh pergi kursus buat pastri kat PERHEBAT lepas ayah pencen dulu. So boleh lah manfaatkan kepakaran ayah tu kan XD hehe. Lagipun masa aku kecik2 dulu ayah mmg nak bukak kedai roti. Dah plan apa semua, modal pun ada. Tapi sygnya modal ayah burn utk apa entah. So tak dpt lah nak teruskan hasrat ayah tu. So tak salah kan andai anak perempuan ayah ni nak teruskan cita2 ayah? Moga Allah permudah :)
Hat kafe ni pulak mgkn aku akan berkolaborasi dgn buddies aku iaitu Afiq and Zuryn, sbb diorang pun rupa2nya target nak bukak kedai makan bila dah hbs bljr nanti!! Hahahahahahaha aduh perlu ke sama cita2!! XD Hahahaha. Takpe lah nanti kalau diorang setuju aku nak bukak kafe dgn diorang. Lps tu kita lebarkan sayap ke seantero malaysiaaaaa jyeahhhh. Kita boleh kita boleh!
So itu lah dua cita2 aku. Wow tak sangka besor jugak angan2 farah liyana ni hahahahaha. Eh eh takpe. Bak kata org, biar lah berangan2 sbb angan2 boleh menjadi cita2. Dan cita2 boleh menjadi realiti. Teruskan. Drpd blur tak tahu nak buat apa kan? Sbb ada pepatah tu kata "gagal merancang adalah merancang utk gagal". Yes. Fahami, hadam.
Biar org nmpk kita ni mcm angan2 mat jenin ke apa ke. Takpe. Kita hidup bkn utk penuhkan expectation org. Yg pntg, kita happy, family kita happy, dan apa saje yg kita buat dpt memberi manfaat dan kebahagiaan kpd org lain jugak. Ini lagi pntg.
As for now, walaupun cita2 aku ni tak lah sehebat cita2 org lain, mudah2an aku tetap fokus dgn study aku. Bljr elok2 sampai dpt dekan. Baru lah cun kan bila org sebut "eh owner kafe tu dulu student dekan unisza tau" hahahahahaha weh makin hebat angan2 aku ok sis geraklu sblm makin jauh sis pergi. Pape rogerrr.
P/S Siapa2 yg terbaca blog ni tanpa kerelaan (hahahaha) , sis mohon doakan sis berjaya di dunia dan di akhirat ye :) Dan semoga kalian pun turut sama berjaya di dunia dan di akhirat. InshaaAllah amiin. xoxo
No comments:
Post a Comment