Aku ketemu seorang lelaki Korea yg gigih mencari blouse putih sebagai hadiah buat si dia yg nun jauh di sana.
Pastinya penerimanya seorang wanita dan pastinya wanita itu sgt istimewa dlm hidupnya!
Kerana hampir setengah jam aku melayan dia, membelek setiap baju yg berwarna putih.
Jenuh aku melayan kerana kami berkomunikasi ibarat ayam dan itik.
Tidak sedikit pun aku mengerti apa yg cuba disampaikannya.
Mcm mana lah nak faham dah kalau aku berbahasa melayu dan dia dgn bahasa koreanya!
Akhirnya, dia memutuskan utk membeli sehelai baju putih bermanik ungu yg dijahit di sekeliling lengannya.
Ya, pilihan yg tepat. Jika aku wanita itu aku pastinya akn berasa gembira dgn hadiah tersebut!
P/s
Putih, ya. Aku juga suka putih. Kerana ia melambangkan kesucian. Dan mgkn cinta lelaki Korea itu juga sesuci cintanya terhadap wanita itu!
No comments:
Post a Comment