Tuesday, April 19, 2022

Life Update

Hai korang, lama dah kita tak berjumpa kan? Korang mesti bosan kan sbb aku asyik bercerita pasal kekasih aku je? Hmm, sorry guys..Aku bukan tak nak share dgn korang apa2 pasal aku, tapi aku rasa life aku biasa2 je lah, takde pape yg best pun untuk dikongsikan. Korang jangan lah tinggalkan aku pulakk. Aku cuba berusaha utk banyakkan tulis pasal benda2 lain pula lepas ni k? Harini aku rasa mcm nak borak2 sikit lah dgn korang. Aku tengah bosan ni sebenarnya sebab aku takde kerja dah nak buat kat office, so..jom lah start!
First
Alhamdulillah aku sihat je..Harini adalah Ramadan yang ke-17 bersamaan dengan Hari Nuzul Quran. So far, aku tahu ini bukanlah Ramadan aku yang terbaik. Banyak sangat sunnah-sunnah dan lubuk-lubuk pahala yang aku lepaskan begitu sahaja dek kemalasan aku. Allahu robbi..Kenapa ek? Kita tahu tau kita tak baik, kita tahu yg kita nak berubah, but still lagi kita berada dalam zon yg sama? Korang faham tak mksd aku? Mksd aku, aku tahu aku tak baik, aku tahu aku nak berubah menjadi orang yg lebih baik, tapi still...ibadah aku masih mcm tu, akhlak aku, mindset aku, amalan-amalan aku..semuanya masih lagi mcm tu. No improvement. Haih..entahlah..Bukan aku tak nak bergerak tau, tapi...i dont know!! Kenapa eh? Adakah kerana aku kurang berdoa? Atau tak sungguh2 beristiqomah? Cuba korang komen kat bawah, mana tahu korang boleh menjadi asbab utk aku berubah jadi lebih baik drpd sebelum2 ni..?

Second
Dah hampir sebulan aku kerja kat tempat baru. Sebelum ni kan aku kerja kat Shell sebagai cashier kan..Alhamdulillah sekarang aku dah kerja kat kilang kotak sebagai QA Officer. Aku bersyukur sangat sebab doa2 aku dimakbulkan Allah. Aku sbnrnya dah lama dah teringin nak kerja kat kilang tau..Aku nak try kerja kat bhgn admin sbnrnya..Admin, HR or kerani. Tapi Allah bagi aku peluang utk jadi QA pulak, which is bagus jugak tauu sebab aku boleh kumpul pengalaman baaanyak banyak and then bila aku lompat kerja inshaaAllah aku boleh demand gaji yg lagi tinggi. Aku bersyukur juga sebab manager aku sudi terima aku utk jawatan ni walaupun degree dan pengalaman kerja aku sblm ni langsung takde kaitan dengan job scope aku. Aku berjanji untuk menggunakan sepenuh kepercayaan yg diberikan ni utk melakukan yg terbaik! Aamiin..

Third
Alhamdulillah..Puji dan syukur diucapkan sepenuhnya kpd Allah swt atas segala kurniaan rezekiNya kpd keluargaku. Bertubi2 rezeki yg datang kpd kami sekeluarga. Bermula dengan finally kitorang dapat install air-cond kat rumah kitorang..Lepas tu, kakak belanja sofa baru..Then, ada orang beli rumah kitorang yg lagi satu tu..And now alhamdulillah ayah dah panggil orang utk renovate rumah kitorang jadi lagi besar. Soo dapat lah kami merasa 'rumah baru' masa hari raya nanti! InshaaAllah aamiin.

Korang apa cerita pulak? Aku tak pandai lah nak borak2 sbnrnya..Aku ni kat real life introvert, kat socmed pun introvert jugak tau. Apa kata korang pulak share psl life korang kat bawah ni..Aku janji aku akan baca and respon!!

No comments:

Post a Comment