Ye, mmg lah tak mudah. Tapi Allah dah janji siapa yg berusaha pasti akan ada ganjarannya. Kau boleh!
Kau akan rasa manisnya bila semua yg kau buat hanya bersandar pd Dia, hanya demi Dia. Bila dunia kau letak di tangan dan akhirat di hati, inshaaAllah hidup kau akan dipermudahkan. Kau akan rasa bahagia. Sbb apa? Sbb kau yakin Dia ada, Sentiasa ada. Dia Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Berkuasa. Lelah kau, sakit kau, derita kau, sepi kau, lemah kau, semua Dia tahu. Dia bukan biarkan kau terkontang-kanting tanpa pengharapan dan bantuan, tapi Dia berikan kau masa. Dia nak ajar kau jadi kuat. Sbb apa? Sbb dunia bkn utk org yg lembik. Sbb tu kau kena kuat. Melalui ujian yg Dia bagi, kau akan kuat. Kau akan kuat. Tenang. Dia tak pergi mana pun. Kau cari lah Dia. Dia ada je dgr rintihan kau. Setiap masa. Tanpa gagal.
Janji, mulai detik ini, semuanya hanya demi Dia. Bkn kerana manusia.
Janji, kau takkan mengalah kerana mulut manusia.
Janji, kau takkan kalah dengan cacian dan kejian manusia.
Janji, mereka takkan sesekali mampu hancurkan semangat kau.
Janji, semuanya demi Dia.
Harapan masih hidup.
Buat diri sendiri, engkau boleh!
11:21
4.3.2017
No comments:
Post a Comment