Friday, May 12, 2017

Aku yg bersalah kerana menganggap bhw manusia akan sentiasa ada utk aku. Pd hakikatnya, tiada siapa yg akan kekal di sisi selain keluarga dan maha Esa.
Sepatutnya dari dulu lagi aku fahamkan benda ni. Supaya nanti takde lah aku sendiri memasang harapan yg terlalu tinggi terhadap manusia lepas tu aku juga lah yg kecewa dan menuduh semua org tak faham aku.
Rupa-rupanya, aku yg salah. Aku yg complicated dan menyukarkan keadaan.
Alahai, belum matang lagi rupanya aku ni.
So cerita dia skrg, aku kena belajar utk meletakkan sepenuh kebergantungan aku terhadap Allah s.w.t semata. Dannn, aku juga kena didik hati aku spy tidak terlalu sensitif. Oh, penat lah jadi org yg super sensitive ni. Semua benda nak terasa. Auch!
Tapi papehal pun, semua manusia buat silap dan semua manusia boleh berubah. Yes, semua manusia.
Aku boleh berubah jugak, cuma it takes time laa. Bkn sng nak berubah kan, lagi-lagi nak ubah benda yg dah sebati dlm diri sejak azali. Ye dok?
Jadi utk itu, farah liyana berjanji utk CUBA BERUBAH walau sesukar mana pun. Kalau berjaya, terima kasih utk yg mendoakan. Kalau tidak, maafkan lah saya ini dan teruskan berdoa utk saya ye hahah!

12 Mei 2017
2018H
#roadto20
#dlmperjalananperubahan

No comments:

Post a Comment