Friday, May 1, 2015

Perlu ke berpuak???

Assalamualaikum :)

Hai! Rasa mcm kelakar pulak sbb baru tadi update entry lain, skrg sibuk nak update entry baru pulak. Nmpk tak di mana ke-sakai-an dia tu? Hahaha. Enough Farah enough. Straight to da point okay? -.-

Well guys, perlu ke berpuak? Ya, mmg skrg ni kita bkn lagi hidup pd zaman jahiliyah di mana wujudnya pelbagai puak dgn smgt assobiyah yg menebal dlm diri masing-masing. Tapi sedarkah kita yg sebenarnya jauh dlm diri kita tu masih ada lagi sisa-sisa sikap manusia yg tak bertamadun ini? Sedar tak?

Let me ask you first. Apa tu hidup berpuak? Hidup berpuak tu adalah kehidupan sekumpulan manusia yg suka bergaul dlm kumpulan tertentu shj sehingga tidak mahu bercampur dgn org sekeliling. Refresh. Recall. Ada lagi tak manusia mcm ni zaman skrg? Jgn tipu atau buat-buat tak perasan k. Ofc lah masih ada manusia sebegini. Even skrg kita dah berada dlm tahun 2015 pun we are still mundur dlm konteks ni right? Shoot me.

Aku dah lama perhati je kita punya society ni. Suka sgt berpuak. Or dlm bahasa modennya ber-geng. Dulu masa aku sklh rndh ada Geng MCR (My Chemical Romance kot) and Geng SLG (Standard Level Girls). *jap. i really wanna laugh hard right now! hahahahahaha!* Wait, no offense. Aku just nak berikan contoh yg relevan spy korang faham dan sedar apa yg mgkn korang tak sedar selama ni.

Dari aku kecik ke sklh rendah ke sklh menegah sampailah dah hbs sklh menengah ni pun, aku tak prnh lagi jumpa mana-mana tmpt yg takde geng. Tbh, kadang aku bangga dgn diri aku sendiri sbb walaupun aku bknlah jenis yg boleh survive sorang-sorang tanpa kwn, but aku juga tak perlukan geng utk buat aku nmpk valid dan diterima dlm society. Faham tak ayat aku ni?

Aku bkn apa weh...Aku just menyampah sgt dgn budak-budak yg suka bergeng ni.Lagi-lagi bdk-bdk melayu lah. Oh yes, mmg normally org melayu je pun yg suka hidup berpuak ni. Actually, nak bergeng ni is okay. Nothing is wrong with that. Tapi kalau korang ni jenis geng yg sombong dan tak nak mix dgn bdk-bdk lain ni yg eeeee aku rasa mcm nak sepak sorang-sorang bagi sedar yg korang bkn diva ok? -.- Asal nak poyo sgt mcm tu ek? Salah ke kalau kita bergaul dgn semua org? Salah ke kalau kita berkawan dgn semua org? Tak luak apa pun kalau kita tunjukkan sikit semangat muhibbah kita dkt org lain. We live in a country with multi-races remember? And for Muslims, dont forget that in Islam, setiap drpd kita itu bersaudara.

Aku dah penat dgn manusia mcm ni. Sbb apa? Sbb aku dah nmpk byk sgt kesan buruk bila kita hidup berpuak. Pentingkan diri sendiri, susah nak bagi kerjasama, mengumpat mengutuk dan bergosip bila berkumpul...Itu semua dah sinonim lah bila wujudnya puak-puak mcm tu. Puak ANWARINAS lain cerita k. Itu sembang meja kopi. Hahaha.

Back to topic. Ok baiklah. Aku mengaku. Sebenarnya ada sbb lain mengapa aku marah sgt dgn isu ni.
Aku mengaku dulu aku tak ramai kwn. I might say that dorang yg tak nak berkawan dgn aku kot sbb dulu aku ni bdk gemuk yg tak reti senyum dan sgt annoying dan bajet garang. Dan apabila aku takde kwn, aku byk spend time sorang-sorang mcm org bodoh. Yes, mcm org bodoh. Aku cuma memerhatikan betapa taksubnya seseorang manusia tu dgn geng dia yg dia bangga-banggakan tu.

Aku perhatikan je. Aku perhatikan je. Bila kau ada geng, everyting yg kau buat, semua kau buat antara korang-korang je. Lgsg mcm takde feeling nak offer org lain utk join geng korang. Tak salah weh, tak salah. Kalau mmg korang khaskan aktiviti tu just utk korang-korang je tak salah..But takkan la EVERYYYYYTHING yg korang buat korang buat sesama sendiri je? Ishhh tak produktif nya korang ni ya kwn-kwn? -.- At least sekali sekala tu cubalah ajak org lain jugak, especially org yg takde kwn mcm aku ni haa. Aku jeles tau tgk korang keluar outing sama-sama, study sama-sama, berborak sama-sama tapi tak ajak aku pun kan? Rasa diabaikan sgt tau. Aku umpama sekuntum Bunga tahi ayam yg hidup segan mati tak mahu je kadang :(

Lagi satu yg paaaaaling aku geram sgt dgn kewujudan hidup berpuak ni adalah sbb korang tend to bermasam muka dan bergaduh dgn geng lain. Ni acah-acah taiko ke apa? Hahaahahaha XD Well it sounds funny sometimes to think how immature you guys are XD Kalau jenis yg suka gaduh ni aku tahu sbb apa. Ini tak lain tak bkn sbb geng sblh sana lagi hot. Bdk-bdk dia lagi lawa, lagi pandai, lagi kaya, lagi popular...Kannnn? Takyah lah malu-malu awak..Awak mengaku jelahhh. Saya faham okay? Hehehek. And lagi satu korang paling tak suka bila geng sblh sana cuba nak rampas salah sorang drpd geng korang kannn? Kiranya mcm...weh Mat Dodol ni budak aku lah. Asal  kau nak tarik dia masuk geng kau pulak? Ishhh kemon guys, jgn bergaduh mcm tu please. Its so funnyyyy XD Hahahaha

And tak terlepas juga apabila korang yg bergeng ni suka menangkan geng korang je sbb korang rasa korang yg paling bagus, paling betul. Haishhh

Well guys, as i said earlier, hidup berpuak ni tak salah. But! as long as korang pandai control semangat assobiyah korang tu dan tahu limits yg korang patut letak dlm friendship korang lah. I just dont get it sometimes. Why we really hv to live like that when we can choose utk hidup sebagai one big family? Jgn sampai one day, kita terlalu setia sgt dgn puak kita ni sehinggakan kita tak bergaul dgn masyarakat di luar sana kerana mengganggap bahawa kita lebih baik drpd mereka dan kita tak setaraf sama sekali utk berada dlm kalangan mereka. No no no guys. Dont you guys ever think like that. No. Just dont. Sbb apa?

Ok ni aku ckp dlm konteks org melayu dan org Islam eh. Korang yg Melayu dan Muslim ni tahu tak org kat luar tu sana sukaaa sgt tgk kita hidup berpuak mcm ni? Sbb apa? Sbb mereka tahu apabila kita hidup berpuak-puak, maka snglah utk kita hidup berpecah. Bila kita hidup berpecah, maka snglah utk mereka menghancurkan kita. Utk apa mereka nak menghancurkan kita? Well guys, saya pasti semua dah matang, dah boleh faham apa yg saya nak ckp kan?

Look, maybe kalian rasa saya yg overacting sgt. Sengaja nak membesar-besarkan hal kecik yg sebenarnya takde hal pun. Sengaja nak cari topik yg entah pape just sbb nak bykkan entry and utk spend my leisure time. No. Tidak sama sekali. I found this scenario mcm percikan api. Bila dibiarkan nanti dia jadi api yg marak. Haa gitu. Got it? So marilah kita fikir-fikirkan. Panaskan otak. Lets create a better society. Cewah hahahahahahmmmm k lah tak tahu mcm mana nak buat closing. So bye lah. Hehe. Assalamualaikum :D



No comments:

Post a Comment