Bisik hati benar mahu kembali kepadaNya.
Namun hati yg masih cintakan dunia melebihi dunia sana, membuatkan diri goyah dan alpa.
Ke mana perginya janji lama dgn sahabat dahulu, yg katanya mahu ke syurga bersama-sama?
Benar. Istiqamah itu tidak mudah.
Sukar. Sungguh ia sukar.
Ya, iman itu ada naiknya. Ada turunnya.
Tapi apa kau rasa bila iman kau semakin lama semakin rapuh?
Kau mahu berubah.
Kau tahu hakikat sebenar kehidupan adalah Allah semata-mata.
Kau tahu dunia ini sementara.
Kau tahu syurga itu cita-cita kau.
Tapi kau lemah.
Tewas dgn segala pujuk rayu nafsu kau yg merajai hati dan fikiran.
Apa kau lupa?
Sewaktu kecil dulu, ayah kau selalu ajak kau solat berjemaah?
Apa kau lupa?
Masa kau kecil dulu, setiap minggu kau baca yaasin sbgi amalan tambahan?
Apa kau lupa?
Dulu, kau selalu menghiasi rumah kau dgn bacaan Dia yg maha indah?
Skrg?
Apa ibadat yg kau lakukan selama ini kerana terpaksa?
Atau kerana engkau takut dikutuk oleh manusia-manusia lain?
Soalan yg kau juga tak tahu apa jawapannya.
Semoga Dia masih bukakan peluang utk engkau berubah.
Wahai diri sendiri, engkau boleh.
No comments:
Post a Comment