Saturday, February 25, 2017

Kasih yg Tak Berbalas

Pernah tak kau rindukan seseorang tapi rindu kau tu tak berbalas?
Pernah tak kau mengharapkan seseorang tu utk tegur kau dulu but end up masing-masing diam membisu tanpa kata, tanpa sapa? Seolah² tak pernah kenal sebelum ni? Seolah² terlalu sibuk dengan kehidupan masing-masing sehingga tiada masa buat engkau? 

Aku? 

Pernah. Selalu. Tiap masa.

Salah aku sbb berjiwa sensitif. Halus. Tak boleh diusik hatinya. 

Ada masa aku kecil hati dgn mereka yg bergelar kawan. Kadang aku yg terlebih menyayangi dan mencintai mereka, sedangkan mereka? - Aku bukan siapa siapa. Mungkin.

Percaya tak? Walaupun aku dah habiskan banyak masa dgn org yg sama for the whole day, but nanti bila balik bilik, i'll miss that person like hell? Haha.
Ni lah lemahnya seorang farah liyana. Jiwang. 

Dan sbgi seorang manusia yg berjiwa lembut, i really wanna know how it feels when someone who i miss, miss me too. And someone who i love, love me too.

Ada masa, aku kecil hati bila mereka tak endahkan aku. 
Aku rindu mereka sgt-sgt. Tapi mereka tidak. Aku excited bila jumpa mereka. Tapi mereka tidak. 

Percaya tak? Aku prnh suruh mereka selfie byk-byk dan hntr semua gambar tu dlm grup wasap sbb aku rindukan mereka sgt-sgt. Gila kan? Sbb apa? Aku sygkan mereka. Penghibur duka lara. 

Aku menulis kerana aku rasa disisihkan.
Aku menulis kerana aku merindui mereka yg tidak prnh merindui aku.
Aku menulis kerana aku rasa kosong.
Aku menulis kerana aku rasa sepi, tak punya siapa. Utk meluah rasa, utk mengucap bahagia.

Teringin juga nak lenyap dari sini buat sementara waktu. Sekadar utk tahu, siapa yg akan rindu? Siapa yg benar menyayangi? Siapa yg akan mencari?

Aku cuma mahu diperlukan. Dihargai. 

Dan akhirnya aku sedar. Aku tiada sesiapa...selain Dia dan keluarga. 

No comments:

Post a Comment