Tuesday, April 3, 2018

Luah Rasa

Dah lama tak luahkan perasaan kat sini kan? Bkn sbb hidup makin senang. Tapi entahlah...masa tak mengizinkan.
.
Terlalu byk benda yang jadi lately ni. Syukur masih teguh berdiri utk hadap semuanya.
.
Semalam masuk hari keempat aku kerja part time kat kedai makan. penat? entahlah...setakat kerja dkt kedai makan tu, blm sampai tahap penat yg amat sgt mcm yg aku rasa dlm latihan palapes. Tapi penat mmg penat. Tak tipu. Tapi...Alhamdulillah so far penat bekerja sambil bljr tu aku masih boleh handle lagi. Cuma aku sedih. Sedih sbb aku dah takde masa utk berehat waktu mlm. Dah lama rasanya aku tak ddk santai2 dlm bilik sambil borak2 dgn sep jomblo malam2. Kalau tak, dulu bila mlm je byk benda aku boleh buat dkt bilik.
.
Sejak bekerja ni pun...aku selalu sakit2 kepala dan cirit-birit. sakit kepala tu mgkn sbb kurang rehat. yg cirit-birit tu sbb apa pulak?? lol sgt. hahahaha. tapi tu lah. Tak tahan jugak rasanya bila setiap kali bgn tidur je sakit kepala. Kadang2 tu sakit satu bdn. Haha. Kadet lemau XD
.
Sejak bekerja ni jugak, aku makin rasakan yg diri aku ni tak guna. Selalu menyusahkan org. Sbb apa aku ckp camtu? Sbb aku ni pekerja yg lembap, blur, cuai, pekak..................apa lagi??!! Patutnya aku ni meringankan beban Cikza boss aku. Tapi yg ada aku ni buat Cikza makin stress. Cikza tak beritahu pun aku boleh baca dari riak muka dia :') Aku bkn apa....aku tak biasa kerja dkt kedai mkn. Jadi standardlah kan kalau byk benda aku tak tahu? Nak2 pulak kadang2 aku tersalah tafsir apa yg Cikza suruh buat. Lain yg dia suruh lain yg aku buat. Bkn sbb aku tak fhm. Tapi tafsiran aku berbeza drpd apa yg Cikza suruh sbnrnyaaaa. Mcm ada communication barrier camtu lah...Huhuhuhu.
.
Hidup aku ni mmg teruk kan? Lahir2 bkn nak menyenangkan org malah tak hbs2 menyusahkan. Kesian......
.
Ada jugak rasa nak berenti kerja. Sbb aku rindu life aku yg dulu. Yg santai, yg tak perlu risau kalau boss aku stress dgn aku....Tapi ni je cara utk aku survive uni life. Ni je cara aku nak cari duit mkn tanpa perlu menyusahkan kakak dan abg aku. Walaupun sehari gaji cuma RM15, tapi RM15 tu sgt3 byk utk aku sbnrnya. Duit tu lah aku guna utk mkn aku. Duit tu lah aku guna utk bayar duit kelas, duit topap....Nak tak nak aku kena terus bekerja jugak walau apa yg menghalang sekalipun. Allah dah bagi jalan, aku takkan sia-siakan. Nak bekerja sampai bila? Sampai aku yakin kewangan aku dah stabil utk survive kat unisza. Bila? Allahu'alam....
.
Skrg ni aku kena fikir positif je. Bila aku kerja part time ni... at least aku takdelah melagha je mlm2 buat benda2 yg tak berfaedah. Bila aku kerja part time ni...aku dpt lah jugak sikit duit saku. Bila kerja part time ni...dpt lah aku bljr something drpd Cikza. Bljr nak buat air, bljr potong sayur...Yg pntg, ni semua pengalaman. Bekerja sambil bljr. Tak semua org mampu buat. Tapi farah liyana sdg melakukannya. Keep going dearself.

No comments:

Post a Comment