Monday, April 30, 2018

AMANAH

Muhasabah.
Dah terlalu byk masa kau bazirkan utk menangisi lelaki yang bkn sesiapa dlm hidup kau.
Seharusnya air mata itu jatuh kerana kesal atas segala dosa, bkn atas segala impian yg tak tercapai.

Ubah diri kau tu farah. Nak kena tegur brpa banyak kali baru nak sedar?

Sampai bila nak jadi org yg terlalu ikutkan perasaan? Sampai bila nak berperangai bdk2 mcm ni? Sampai bila nak jatuh? Aduhai...kalau ye pun maksud 'LIYANA' tu kelembutan tapi jgnlah jiwa tu lembut dan rapuh sgt. Malu kat org weh.

Ingat satu hal. Kau yg mintak ni semua jugak. Kau lupa azam kau ke farah? Kalau masih ingat kau kena hadap semua ni. Kalau betul syg Allah, terima je ujian yg Dia bagi ni.

Sedar tak farah? Dah terlalu byk nikmat suka yg Dia bagi kat kau? Takkan Dia baru jentik sikit gini kau nak lemah? Alahai farah.....knpa lah mcm ni.....

Bljr utk redha. Bljr utk lupakan semua yg menyakitkan. Kita hidup utk ke dpn. Bkn ke blkg farah oiii. Kalau hg asyik tgk blkg, asyik nak nangis mcm org mati suami, hg ingat hg boleh bahagia ka? Hg ingat hidup hg akan jadi lebih baik ka?? Hg ingat hg punya pahala tu bertambah ka?? Amboi3..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wahai Nur Farah Liyana, 

mmg hidup ni tak akan sentiasa berjalan seperti yg kita harapkan. Ada masa, kita berterbangan di awan. Ada masa, kita jatuh tersembam ke bumi. Allah ni adil farah. Dia uji hamba Dia mengikut apa yg hamba Dia mampu hadapi.

Selama ni, jika kau hitung satu persatu, terlalu byk keinginan kau yg Dia penuhi. Soalnya cuma cepat atau lambat. Kau selalu jadi top student, kau dpt bljr dkt tmpt yg bagus2, kau dpt ramai kwn2 yg baik hati, kau bljr byk benda baru, kau dpt masuk palapes, kau jarang sakit teruk, kau ada parents yg supportive, kau ada adik-beradik yg tak berkira, kau dpt baaaanyak lagi nikmat farah.  Jadi, tolonglah jgn bersedih utk satu ujian duka yg Allah timpakan ke atas kau skrg. Nak bersedih tu boleh sayang. Kau manusia biasa. Mana ada manusia yg tak rasa sedih, yg tak nangis bila Allah tarik kembali org yg dia syg kan? Tapi biasalah tu, lumrah kehidupan. Maybe because this is the first time u loss a person u love so much then u feel so broken and dying. Sbnrnya, kau boleh hadap semua ni farah. Tapi kau tu je yg asyik nak fikir negatif.

Nur Farah Liyana, 
Mmg kau menyesal dgn apa yg dah jadi. Tapi kau pun dah cuba yg terbaik kan? Cuma 'terbaik' kau tu bkn yg 'terbaik' pd lelaki tu dan yg paling penting sekali, kau bkn yg terbaik pd pandangan Allah. Malu tak? ha ha ha.

Dah lah tu farah...mcm yg kau ckp sblm ni laa, takde apa yg akan berubah walau kau usaha mcm mana sekali pun sbb lelaki tu dan keluarga dia dah tak nak kat kau. Takpe farah, kau patut rasa bersyukur dan berbangga tau. Sbb at least kau ada lah jugak pengalaman kena reject kaw2 dgn org yg kau syg kan? Nanti boleh cerita dkt org lain sbgi pengajaran. Tak ke? XD hahaha.

Lupakan farah....lupakan. LUPAKAN!

Malu tau bila org tgk kau lemah mcm ni. Mcm org takde iman je. Nak sedih2 buat apa? Hilang lelaki ja pun bkn hilang parents. 

Nur Farah Liyana,
jadilah wanita yg bermaruah.
wanita yg tetap tersenyum dlm kepayahan.
wanita yg hanya Allah yg tahu rahsia hati.
wanita yg tahu mana baik dan mana buruk.
wanita yg cekal.

Bljr utk tidak berkongsi rasa. Selagi boleh tahan, tahan. Luahkan segala rasa pada Dia. Sbb Dia boleh ubah takdir. Manusia tak boleh farah.
Allah tu maha besar maha kuasa. Manusia takde apa pun. Yg kau tak hbs2 nak cari manusia tu kenapa!!

Nur Farah Liyana, 
ini amanah drpd diri kau sendiri. 

Berjanjilah.
Utk lupa semua ttg lelaki itu.
Utk maafkan diri sendiri.
Utk maafkan semua org.
Utk buang rasa menyesal.
Utk jaga diri.
Utk jaga iman.
Utk kuat.
Utk sabar.
Utk tabah.
Utk cekal.
Utk jadi org yg lebih matang.
Utk jadi org yg tak cpt marah.
Utk buang rasa ego.
Utk bljr terima kekurangan diri sendiri.
Utk jadi org yg lebih baik.

Berjanjilah. Demi Illahi. Bkn poyo farah, tapi demi kebaikan kau jugak. Berjanjilah.

No comments:

Post a Comment