Sunday, September 2, 2018

Buku baru

Alhamdulillah, subuh tadi aku selamat menjejakkan kaki ke bumi terengganu ini sekali lagi. Demi menuntut ilmu, perjuangan harus diteruskan. Masih utuh dgn impian aku utk menyambung pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi iaitu PhD, moga Allah permudahkan semuanya dan kurniakan daku kekuatan dan ilham utk menghadapi segala rintangan dan cabaran yg bakal mendatang di kemudian hari.

Sem kali ini, aku mahu buka buku baru. Dgn penampilan yg lebih kemas, semangat yg lebih jitu, aku juga berjanji utk kekal disiplin, siapkan esaimen sebelum due date, tak mahu bertangguh.

Semoga sem kali ini juga aku bisa mengawal perbelanjaan dan menguruskan kewangan aku dgn baik agar tiada lagi drama2 yg mengharukan seperti sem 3 dan 4 yg lalu.

Semoga semuanya baik2 saja. Ya Allah, bantu aku ye....amiinnn.

No comments:

Post a Comment