Pernah dulu aku minta pada Dia agar aku diberi kesempatan ini.
-Sebuah kesempatan yg indah. Kesempatan utk rasa dicintai dan mencintai.
Dulunya aku putus harap. Lelaki yg aku simpan namanya dlm doaku sehari-hari tidak prnh memandangku sedikit pun. Aku cuba bertahan. Utk tidak membiarkan rasa ini pudar. Ye, ia tidak prnh pudar. Namun masih saja lelaki itu tidak akan mempunyai rasa yg sama terhadapku.
Sehinggalah aku memilih utk melepaskan dan mencari yg baru. Akhirnya aku ketemu dia. Yg sbnrnya telah lama wujud di hadapan mata namun masing-masing seolah-olah tidak berjisim terhadap keduanya. Makin diteliti, iye, aku rasa aku suka dia.
Dia rajin. Dia baik hati. Dia penyayang. Dia prihatin. Dia tidak berkira. Dia punya rupa. Dia punya harta. Yg penting...dia punya agama.
Aku kira aku mahu dia. Selamanya.
Tapi sekali lagi aku terfikir. Layakkah aku utk dia? Aku? Yg tak punya harta, tak punya rupa, bahkan...aku tidak punya apa2 utk seseorang lelaki itu berasa bangga memiliki aku.
Dgn sedikit keberanian, aku jujur padanya ttg rasa ini. Dan ye, dia terima. Malah rupa2 nya aku dan dia punya rasa yg sama.
Tapi....adakah rasa ini akan diredhai selamanya? Akan kekal hingga ke syurga? Akan sentiasa mekar mewangi spt bunga di taman2 syurga?
Aku mahu lelaki yg berani menegur kesilapanku. Lelaki yg berfikir jauh ke hadapan dan mampu merubah persepsiku terhadap sesuatu. Lelaki yg mampu membuat aku takut utk berlebih rasa. Adakah lelaki itu adalah dia?
No comments:
Post a Comment