8 Ogos 2016.
Hari yg paling malang buat aku. Bkn sbb putus cinta atau aku jatuh ditimpa tangga, tapi sbb aku tak dpt apa yg aku nak. Ye, aku tak dpt apa yg aku nak.
Aku kecewa. Sedih. Marah. Sakit. Down. Mcm mcm perasaan aku rasa waktu tu. Susah utk aku terima result UPU yg keluar petang smlm.
Keputusan yg aku dpt bknlah spt apa yg aku nak sgt sgt selama ni. Apa yg aku target adalah UKM dan course Sains Sosial (Psikologi). Tapi apa yg aku dpt....
UniSZA - Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah).
Ya Allah...kecewanya aku. Terlukanya aku.
Knp aku tak dpt apa yg aku target tinggi tinggi ya Allah? Dan kenapa...kenapa kau letak aku di UniSZA? Sekali lagi??
Sblm ni aku prnh jugak dpt tawaran drpd UniSZA dlm course TESL. Tapi waktu tu aku dpt elak sbb aku lebih interested utk masuk matriks. Tapi kali ni....mcm mana aku nak elak? Itu je option yg aku ada.
Jujur, pada awalnya aku sgt marah dgn Allah. Aku mempertikaikan apa yg Dia dah tulis. Kawan kawan aku yg lain pointer dorang lebih rendah drpd aku, malah ada yg tak sampai 3.10 pun, tapi diorang dpt tough course dkt top universities! Sdgkan aku? Aku?? Pointer aku 3.47 tapi knp aku tak layak masuk UKM? Kenapa???
Jujur waktu tu aku bengang sgt. Apa guna aku bljr mcm nak mati, pulun habis habisan masa kat matriks dulu kalau end up aku tak dpt course yg aku nak?? I thought UPU's result would be the best reward for all my sacrifices and hard work masa matriks dulu. Tapi....
Masa aku tgk keputusan aku tu, sumpah aku ckp. Aku mmg patah hati sgt sgt. Aku rasa mcm separuh nyawa aku dah takde. Semangat aku nak sambung degree dah hilang. Lenyap. Apatah lagi dpt universiti yg jauhhh dari rumah. How can i survived?? Berjauhan sekejap drpd family pun aku dah homesick teruk, apatah lagi berjauhan yg sgt jauh dan lama? Allahu...aku tak leh fikir.
Tapi. Sejujur jujur jujurnya, aku ada jugak merasakan yg apa aku dpt ni semua mcm kifarah drpd Allah utk aku. Ye.
Aku bongkak. Aku pandang jauh ke langit lgsg tak tgk bawah.
Aku tak prnh langsung berdoa utk diberikan rezeki masuk ke UKM, dpt first choice dlm UPU aku. Aku cuma berdoa spy dimurahkan rezeki dlm final exam dan semoga Allah permudahkan interview aku. Thats all. Aku tak prnh merayu dan merintih kpd Allah spy mudahkan jalan aku utk bljr course yg betul betul aku nak. Yes, aku anggap ni semua tarbiyah dan teguran drpd Allah.
Aku cuma cari Dia masa aku susah. After aku pergi interview kat UKM tu, aku confident sgt yg aku boleh dpt masuk sana since masa interview tu aku tgk result aku paling bagus sekali kalau nak compare dgn calon yg lain. Aku rasa aku dah selesa. Aku rasa confirm aku boleh dpt sana. Keyakinan aku tinggi melonjak. Tapi aku lupa satu benda, rezeki. Ye. Rezeki.
Disebabkan aku tak percaya pada rezeki, aku tak mahu lgsg berusaha utk dpt apa yg aku mahu. Aku hanya menunggu dan menunggu. Penantian yg pd akhirnya menjatuhkan aku sendiri.
Aku tahu. Tiada hak walau sedikit pun utk aku pertikaikan apa yg Allah beri pd aku. Tiada hak sedikit pun utk aku marah marah. Sdgkan semuanya salah aku. Sedangkan mmg itu yg Allah dah tulis.
Satu hal yg pasti, aku bersyukur sbb aku ada ramai kenalan dan kawan kawan yg support aku. Di saat aku down dan mula mempersoalkan takdir, mereka hadir utk beri aku kekuatan. Kata kata semangat spy sabar, tabah dan redha. Supaya sentiasa sedar yg aku sbnrnya bertuah sbb masih diberi peluang utk smbg bljr di saat mgkn ada di luar sana yg patah hatinya kerana tak dpt tawaran drpd mana mana universiti. Ye, aku patut bersyukur.
Aku bersyukur sbb ada mereka yg sentiasa ada utk aku dari duluuu lagi sampai skrg di saat susah sng aku. Saat terang dan kelam aku. Menghulur tangan utk tarik aku bangun. Memberikan kata kata positif yg cukup menenangkan hati. Aku tahu, aku patut bersyukur.
Ye, aku risau juga dgn course yg aku dpt ni. Perkara pertama yg terlintas dlm fikiran aku masa first first tgk result tu bknlah "ada ke peluang kerja" tapi..."mampu ke aku?" "Layak ke aku"??
Aku ni perempuan biasa biasa je. Masih byk kurang kat sana sini. Ikhtilat tak terjaga, aurat pun kadang kadang terlepas pndg, ibadah pun ala kadar, mulut pulak tak prnh menyenangkan hati yg mendengar. Jadi...layak ke aku berada dlm course ni? Dakwah? Allahu....betul ke?
Tapi sesungguhnya demi Allah, aku redha dgn apa yg Dia dah bagi. Aku redha atas jalan yg dia mahu aku lalui. Cukup lah aku buat yg terbaik dgn lillahi ta'ala. InshaaAllah Dia permudahkan.
Lagipun apalah sgt ujian yg aku hadapi ni berbanding dgn org lain. Aku kena bljr terima dan bersyukur. Ye.
Aku janji. Aku takkan mengalah dan mempersoalkan lagi takdir Allah. Semoga entry ni nanti menjadi ingatan buat aku utk sentiasa muhasabah diri aku. Jadi yg lebih baik.
Utk yg jumpa blog saya ni dan terbaca entry ini, maafkan saya atas kelancangan saya. Doakan saya semoga berjaya menyumbang sesuatu utk ummah :)
InshaaAllah :)
Tulus, Nur Farah Liyana bt A'fendi.
No comments:
Post a Comment